Posted on

Cara mencuba Windows 8 versi awal

windows 8

Kalau anda dah selalu baca jomphp dan fanpage JomPHP, pasti tahu bahawa saya seorang yang sukakan mencuba perisian; tak kira perisian itu masih dalam versi alpha dan beta. Sebabnya adalah tak puas kalau setakat tengok gambar atau video yang dipaparkan di blog orang lain kena cuba sendiri baru dapat tahu macam mana.

Baru-baru ini; disebabkan Windows 8 build 7850 telah leaked dan boleh didapati merata-rata di internet. Saya telah mencuba di dalam vmware untuk melihat sejauh mana pembaharuan dalam windows 8 versi awal ini. Boleh kata banyak lagi features yang belum siap tapi beberapa leaked features baru menunjukkan windows 8 bakal menjadi jauh lebih bagus daripada windows 7. Tak sabar tunggu keluar tahun 2012 atau awal 2013 nanti boleh beli laptop baru dengan windows original.

Jika anda berminat nak cuba windows 8 versi awal boleh cuba cara-cara berikut:

windows 8 poison

Download Windows 8 Bluepoison tool daripada windows 8 italia.

Bluepoison adalah tool yang direka oleh Windows8Italia untuk memudahkan orang ramai mencuba windows 8 versi awal. Tool ini membolehkan anda mengakses download link kepada versi leaked terbaru, unlock hidden features dan juga activate windows 8.

Perlu diingat bahawa Windows 8 masih dalam versi pembangunan dan tidak boleh digunakan sebagai sistem operasi harian kerana tidak stabil. Download jika perlu dan berminat sahaja, dan buat masa sekarang antaramuka windows 8 tidak jauh beza dengan windows 7. Anda kena tunggu hingga windows 8 keluar dalam versi beta atau release candidate baru banyak perubahan dari segi antaramuka.

windows 8 vmware

Untuk mencuba, anda boleh gunakan Vmware Workstation, vmware free atau virtualbox. Install sebagai windows 7 sahaja.

Selamat mencuba!


RELATED POSTS

BACA :  Download Windows 8 Developer Preview – 32 bit dan 64 bit

4 thoughts on “Cara mencuba Windows 8 versi awal

  1. Windows 8 Build 7959 [M3] pun dh leak…byk features unlocked..

    1. Aku x sempat lg try M3…last try 7955 tp syok tgok byk features unlocked

      1. tapi yang 7959 nie server build.

        1. yup, versi server & 64 bit…
          pe lg, dload je la…:devil: :devil: :devil:

Tinggalkan komen anda