Posted on

Cara membuat full backup windows dengan Macrium Reflect

macrium

Jika anda sudah bosan memformat windows kerana pelbagai masalah yang dihadapi, sudah tiba masanya anda menggunakan software untuk membackup windows anda.Seperti saya, selepas saya baru format windows, install semua driver dan software yang penting,saya akan backup windows tersebut sebagai image dan boleh direstore kembali sekiranya windows saya menghadapi masalah.Malah jika windows saya tidak dapat boot sekali pun, saya tetap dapat restore dengan menggunakan Rescue CD.Oleh itu, sudah sangat lama saya tidak format windows saya 😉

Software yang popular bagi tujuan ini ialah Norton Ghost, tetapi malangnya Norton Ghost merupakan software berbayar.Oleh itu saya akan menggunakan alternatif lain yang percuma untuk tutorial ini iaitu Macrium Reflect.

Langkah untuk backup:

1.Download dan install Macrium Reflect Free Edition

2.Run software Macrium Reflect.

macrium2

3.Klik pada menu Backup->Create Image

mac3

4.Pilih partition yang mengandungi windows anda.

mac4

5.Pilih lokasi untuk backup image anda.Anda boleh pilih untuk simpan dalam hard disk, dalam dvd atau dalam network folder.Dalam tutorial ini saya memilih untuk backup dalam folder K:\Vista System

mac5

6.Klik Finish dan proses membackup akan bermula.

mac6

 

Langkah untuk restore:

 

1.Klik menu Restore->Restore Image

mac7

2.Klik Next

3.Cari dimana image backup terletak dan klik Next

mac8

4.Klik Next

mac9

5.Pilih partition yang mengandungi Windows yang sedang gunakan.Atau jika anda mahu restore ke partition lain, tick pada partition yang anda mahu.

mac10

6.Pilih option 3 jika anda menghadapi masalah ini.Pastikan anda telah membuat Recovery CD.Tutorial ada dibawah.

mac11

 

Langkah membuat Recovery CD:

 

1.Klik pada menu Other Tasks

mac12

2.Jika anda menggunakan Window XP,pilih BartPE.Anda juga boleh memilih Linux.

mac13

3.Jika anda menggunakan Windows Vista, pilih option Linux.

BACA :  Windows 10 Threshold 2 (Build 10586) Lebih Laju dan Stabil

mac14

4.Klik Finish dan proses burn Rescue CD akan bermula.

mac15

 

Sekiranya windows anda menghadapi masalah yang sangat teruk dan tidak dapat boot, anda hanya perlu boot Rescue CD dan restore kembali image yang telah dibackup.

Selamat mencuba 😉


RELATED POSTS

26 thoughts on “Cara membuat full backup windows dengan Macrium Reflect

  1. Mcm tau2 je mu ni aku tgh cri info pasal ni. Bgs2….keep it up, bro! heheheheeh…

    1. gimana cara buat mac buat install ulang axio pico djh lengkap driver ama software nya???
      thanks!!!……

  2. Nice tutorial…selama ni aku tau guna Norton Ghost jer 🙂

  3. huhuhu.. hebat2… nice tuto beb.. tapi aku terkesima jap dengan satu benda…

    hard disk ko tu 10 partition… semuanya 1TB kan? mmg banyak nya space..

    rasa nak curik aje partition movie series tuh… ehem2, yg japan tu ape ek.. hehehee… :devil:

    Kill-Vearn´s last blog post..Hide Your File in Picture

    1. Aah hard disk dia 1TB…aku pun jeles…haha ak hd aku baru x smpai sparuh dari tu..

      Hehe…ak tlg jwb bg pihak dia, japan tu anime n drama only~

      xde mende lain :whistle:

  4. Threaded comment boleh style jgk ke kaler dia tuk komen kedua, ketiga strusnya? Bg nampak berbeza…baru la smart

  5. Macrium Reflect ni memang laju giler time die backup, lagi laju dari Norton Ghost atau PING. Cuma waktu nak restore tu la yang lambat sangat.

    Pe pun, dari segi GUI dan kefungsian, Macrium Reflect ni memang software cloning percuma yang terbaik la.

    MK´s last blog post..Jangan Jadi Hamba Hiburan

    1. Ya masa backup memang laju giler.Must have for a freeware :happy:

  6. hoh…aku guna Norto Ghost
    x tahu lak ada prog lain lagi

    thanks for the info 🙂

  7. alhamdulillah… dah lame
    aku mencarik mende ni. akhirnya jumpe jugak alternatif lain untuk norton ghost.

    nak carik kat internet tuh, paham paham jer la kan. banyak bebenor spywareznye… tapi ni percuma kan?

    so terima kasih sekali lagi~

    Azman Ishak´s last blog post..Anniversary Contest.

    1. sama2 :biggrin:
      ni freeware je :biggrin:

  8. Aku x paham la masa nak buat Recovery CD tu..lpas click Bart PE tu dia kuar copy bart PE plugin ..lpas clik finish just ada folder..PEExplorer ngan ReflectPE…camna nak buat ni

    Kaizer´s last blog post..Kesibukkan…

  9. boleh restore sume software ngan driver ke???

    1. backup segala content windows ko maksudnya 🙂

  10. kalau nak jadikan pendrive sebagai wuindows, boleh x. on je laptop atau pc dia akan cari windows tu ke pendrive.

  11. akhirnya ketemu juga solusi instal os yg menjemukan..

    Thx a lot buat infonya 😀 :biggrin: :biggrin:

  12. Salam,
    bleh tak bg info,
    Is this software compatible for Windows 7 and Vista?
    thnx

  13. weh,thanks

  14. window yg dah di backup tu boleh di restore kat komputer lain tak??

  15. Thanks banget..jadi mudah nih hidup

  16. lepas siap buat recovery cd
    kemudian ku tukar hdisk baru yg lebih besar GB nya
    lepas tu ku install balik guna recovery cd tu dalam
    laptop yg sama, boleh ke?
    Windows ku guna skrg : Vista Home Pre.

  17. MK saya nk bertanya. Bila kita nk buat image ia akn ambil semua fail yg ada dalam system include software yg dh install. Tapi masalahnya kalau kita buat awl n msa tu sftwre bru install sikit jer n skrg dh byksftware dh install tpi bila time restore msti sftwre yg dh installl akn tiada lagi. mcm mna tu???

    Stu lgi klau nk sve dlm dvd mna muat kapasitinya. of course la kan file dlm c besar. Mcm mna tu ???

  18. betul la. CT pun keliru. macam mana nak buat a mcm ud dell tanya tu. pihak jomphp takde siapa tahu nak jawab ke???

    TQ. :cheerful:

  19. salam.nak tanye ak de hark disk 1tb semua movie dalam tu baru-baru nie hark disk ak de masalah die leh detect n play movie dalam hard disk tu tapi xleh transfer ke pc bile nak copy die kuar “can’t read from source file or disk” ak igt nk format balik hark disk tu tapi sebelum nak format mesti kene back up dulu.camner nak back up.leh tolong ajar x.ak tau backup gune transfer je gune software mmg xtau.

  20. assalamualaikum.. tmpang tanya, kalo dah full install semua software blh jgk ke? tq

Tinggalkan komen anda