Posted on

Cara melindungi wireless network anda daripada hackers

wireshark

Semalam saya ada buat dua post di Eins.MY – 2 popular methods to hack Wifi password. Ada antara satu komen di facebook kami bertanyakan bagaimana nak mengelakkan wireless network dari kena hack atau dicuri oleh jiran. Kalau anda nak tahu bagaimana, ini ada sedikit tips untuk melindungi wireless network anda daripada diceroboh dan melindungi password wifi daripada dicuri.

Screenshot di atas adalah program Wireshark – bukan tool untuk hack wifi sebenar tetapi sangat berguna dalam packet sniffing dan analysing. Kalau nak guna untuk wardriving pun sangat sesuai.

Tips untuk mengelakkan wireless network diserang hackers

1.  Tips ini memerlukan anda untuk login ke dalam wireless router interface. Biasanya ialah 192.168.1.1, 192.168.11.1, mungkin berbeza mengikut jenis router.

2. Tukar default password ke dalam router anda. Contohnya default user admin password admin atau 123456 mungkin senang orang nak akses masuk ke router anda untuk tukar setting, jadi tukar password kepada yang lebih panjang dan susah orang nak jangka.

3. Sembunyikan SSID. Contohnya SSID ialah nama wireless network seperti “Wifi JomPHP”. Walaupun penggodam yang advanced boleh sniff packet Wireless Network yang sudah disembunyikan SSID, ia dapat menghalang lebih 50% cubaan untuk masuk ke dalam wireless network anda sebab orang ingatkan anda tak pasang wireless network.

4. Jangan gunakan Open Network. Ini ibarat anda sedekah percuma internet dari wireless network tu kepada orang lain. Silap-silap orang guna network anda untuk buat kerja-kerja jenayah siber, dan bila check IP kena atas nama anda.

5. Untuk wireless encryption, jangan guna WEP password. WEP paling senang kena crack dan banyak sangat tools dan tutorial crack WEP password di youtube. Kalau anda guna WEP encryption orang biasa yang perasan kewujudan network tu pun akan timbul niat nak test power hack password WEP.

BACA :  Microsoft akan melancarkan Windows 8, Windows Phone 8 dan Surface pada Oktober 2012

wireless encryption

6.  Wireless Encryption Level ada banyak jenis. Open itu anda tak letak password langsung dan WEP wireless network paling lemah dan vulnerable untuk kena hack. Saya cadang set kepada WPA2 (AES) sebab WPA2 lebih kebal daripada tools2 biasa yang orang gunakan untuk hack wifi.

7. Limit access kepada spesifik MAC Address. MAC Address ialah physical adress kepada wireless adapter interface anda. Boleh check mac adress dengan type CMD , ipconfig /all dan check physical address. Kiranya anda whitelist device2 tertentu sahaja yang boleh masuk wireless network.

8. Walaupun MAC Address boleh clone atau spoof, tetapi teknik dapat mengganggu niat orang untuk hack wireless network anda.

9. TIps ini sekurang-kurangnya boleh membantu menghalang wireless network anda daripada kena hack. Lain la kalau orang tu betul2 handal hacking, dia tahu semua cara nak counter balik security anda.

10. Kalau paranoid sangat takut kena hack, tutup wireless dan guna cable lan sahaja. Tak perlu risau lagi wireless kena curi atau wireless kena hack.

Selamat mencuba!


RELATED POSTS

31 thoughts on “Cara melindungi wireless network anda daripada hackers

  1. trimas bro. kwn sudh lama tunggu ini pnya tuto 😉

    1. awat cek tak habaq awai2

  2. Tips no 10 tu memang terbaekk 😀

  3. thanks for the good info..
    nk tnya, kalo kita dah off modem, internet connection pencuri wifi akan terputus jgk ke? sori tak tahu..

    1. yep…terputus jugak…sepatutnya kita boleh check sapa yg guna wireless kita…lupa nak include

  4. ak x risau sebab area umah ak ni x de spe yg nk curi guna. huhu…

  5. Tudia.. sikit punya bagus penerangan… tak kena hack dah la lepas ni.. lepas tu hacker tu curi masuk rumah, curi modem terus..

  6. ala kalau semua pakat buat tips ko ni kesian la kat aku tak le pinjam orang punya dah..HAHAHA

    1. style sekarang gune wifi extender je.. hotel2 n mcD yg free wifi tu sauk je la..

  7. dan paling penting. hebat mana pun password tu, tinggi mana pun encrypt level yang anda gunakan, spesifik mana pun anda letak mac add resctriction, kalau anda tunjuk password anda kat mana2 memang tak berbaloi.

    itu semua social engineering.

  8. klau nk jahat sikit lg sniffing dulu pncuri wifi tu,,bleh la buka fb dia n buat2 komen jhat ckit kat fb dia tu,,kat youtube byk aku tgk tutorial nk wat sniffing,,

  9. kawasan mana pun kita tinggalkan.
    pasti akan ada pengodam.jadi kena
    sekuriti kan wifi.

  10. bro!! cmne nk tgk org yang sedang access wifi kite?? leh ajar tak?

      1. salam…bole bagi x cara2 step by step cmna nk setting modem streamyx?

  11. thanks for sharing 🙂 nice tips

  12. Yg no dua tu memang ada kebenaran gak sbb sekali sekala terguna line wireless bila cuba masuk password tu. Hehehe….

  13. saya ada sediakan tools dan tutorial hack wifi khas utk newbie yg baru blaja…sume lengkap…cume tggal nk launch je…lawat:
    http://godamwifi.blogspot.com/

    note: hack itu salah..gunekn utk tujuan tertentu je…saya jual tools utk berniaga..bukan galakkan hack2 nih…harap faham k..sy pn xmau wifi saya dihack pnat je baya bulan2… 🙂

  14. walaupun aku suka hack wifi orang (time emergency) , aku tetap jugak tak halal kalo orang hack wifi aku. kehkeh.

    memang kena try cara ni.

  15. Assalamualaikum…

    saya ada masalah cket… hopefully, awak dapat membantu…
    acctually hari tu, saya dah banyak kali test saya punya wifi password… my dad lupa password tu… then, bila2 banyak sangat try password… line tu dah jadi limited access… then macam mana nak ubah dia untuk jadi tak limited access balik??

    yang saya buat research cket… dia suruh masukkan security key… security key pun saya tak taw… what should i do??

    hopefully, u can help me… 🙁

    1. salam. cara paling mudah reset router tu, lepastu setup balik. boleh bagitau model apa router kat rumah?

  16. aku tak faham nape kalau pakai lan speed jadi lambat gile. wifi laju plak. 🙁

  17. terima kasih taiko

  18. aku sekuritikan wifi dgn ilmu batin je ke ke…

  19. yg no 3 tu mcm mana cara nk Sembunyikan SSID…kurang faham..

    1. dalam router biasanya ada option untuk hide SSID daripada broadcast

  20. selain WPA2 (AES), WPA2-PSK (AES) okay tak admin??

  21. admin tlg update gambar tuh boleh tak? thanks 🙂

  22. Adakah anda dalam mencari Hacking Perkhidmatan boleh dipercayai?
    Kami menawarkan pelbagai Perkhidmatan
    1.School Gred Tukar
    Lesen 2.Drivers
    penyelesaian 3.Provide dalam peperiksaan profesional
    e-mel 4.Hack, Pangkalan hack & Facebook, Whatsapp
    5.Retrieve, dipadam data dan pemulihan mesej di telefon bimbit
    6.Crediting, Pindahan Wang dan sebagainya
    kad 7.Credit penggodaman
    8.Monitor telefon rakan-rakan anda

    Kami Menyediakan gred techs tinggi dan cip penggodaman dan alat jika anda
    berminat untuk Mengintip sesiapa.
    Hubungi kami melalui e-mail @ gl[email protected]

Tinggalkan komen anda