Posted on

Cara Melajukan iOS 7 pada peranti iPhone 4, 4s, iPad 2, 3 dan iPad Mini

ipad ios 7 laju

iOS 7 merupakan kemaskini terbaru daripada Apple untuk pelbagai generasi peranti yang menggunakan sistem operasi iOS. Setakat ini, iOS 7 disambut baik oleh ramai pengguna kerana ianya lebih segar, moden dan lebih elegan berbanding iOS 6 yang semakin berusia penampilannya.

Namun, iOS 7 juga mempunyai kelemahannya juga kerana pengguna peranti iOS generasi lama seperti iPhone 4, 4s, iPad 2,3 dan iPad Mini 1 mengalami masalah “lag” atau “delay” selepas kemaskini dari iOS 6 kepada iOS 7. Masalah ini mungkin disebabkan oleh hardware (processor, gpu, ram dll) yang digunakan pada peranti generasi lama ini ‘tidak cukup laju’ untuk menjalankan semua fungsi dan animasi baru di dalam iOS 7.

Sebagai pengguna iPad Mini generasi 1, agak terasa juga “lag” dan “delay” selepas menggunakan iOS 7…dan masalah ini tidak pernah dialami ketika menggunakan iOS 6. Mujurlah ada beberapa cara yang berkesan untuk menjadikan iOS 7 ini lebih “laju” dan “ringan” daripada biasa.

Jom ikuti tutorial ringkas tapi penuh info ini dengan membaca artikel secara penuh.

Cara Melajukan iOS 7 pada peranti iPhone 4, 4s, iPad 2, 3 dan iPad Mini

1. Buat full restore (skip OTA upgrade)

fresh restore

Full Restore ialah equivalent dengan full format pada komputer…di mana anda buang semua data dan masukkan OS baru yang lebih “segar” dan “bersih” tanpa tinggalan daripada OS lama.

Agak digalakkan bagi anda cuba sekiranya sebelum ini anda hanya membuat OTA upgrade…contoh dari IOS 6 kepada 6.1 kepada 6.1.3 kemudian ke iOS 7.0.

Pastikan anda backup semua data-data penting seperti apps, gambar, lagu dulu ke dalam iTunes atau iCloud kerana fresh restore akan delete semua data dalam iPhone atau iPad anda.

Fresh Restore juga dikenali sebagai Clean Install, Fresh Install, Fresh Restore, Factory Restore dan sebagainya.

Note : Jika anda ingin jailbreak peranti iOS, sentiasa elakkan daripada guna OTA upgrade, sebaliknya buat upgrade iOS guna iTunes.

2. Disable Spotlight Search

disable spotlight ios 7

Spotlight Search merupakan fungsi carian menyeluruh di iOS, anda boleh cari contacts, apps, music dll dengan mudah dan cepat.

Namun, jika anda tidak menggunakan fungsi ini, anda boleh disable atau limitkan carian Spotlight untuk menjadikan peranti anda lebih ‘ringan’.

Untuk akses Spotlight Seach > masuk Settings > General > Spotlight Search.

3. Disable Dynamic Wallpaper

disable dynamic wallpaper

iOS 7 memperkenalkan fungsi Dynamic Wallpaper iaitu wallpaper yang beranimasi. Jika anda tidak perlukan fungsi ini, anda boleh matikan Dynamic Wallpaper dan gunakan wallpaper biasa sahaja.

BACA :  Kamera iPhone 6s : 12 Megapixel, Rakaman Video 4K dan Kamera Depan dengan Flash

Untuk akses Wallpaper > masuk Settings > tekan pada bahagian Wallpapers & Brightness.

4. Reduce Motion iOS 7

reduce motion ios 7

iOS 7 juga memperkenalkan fungsi baru iaitu Parallax Effect. Mula-mulanya ia agak wow namun lama kelamaan fungsi ini tidak berguna dan boleh dikurangkan.

Percubaan di iPad Mini 1 saya selepas mengurangkan Parallax Effect ini…menjadikan animasi lebih laju dan tidak delay ketika minimize di home screen serta ketika melancarkan apps.

Akses fungsi ini di Settings > General > Accessibility > Reduce Motion & Parallax.

5. Disable Siri

disable siri iOS7

Siri adalah fungsi Voice Assistant yang aktif di dalam background dan bersedia untuk menerima arahan daripada anda bila-bila masa sahaja. Namun, jika anda tidak perlukan Siri, anda boleh disable Siri dan hasilnya iOS 7 lebih ringan dan lebih jimat bateri.

6. NoSlowAnimation (Cydia Jailbreak Tweak)

noslowanimationsbanner

Anda memerlukan jailbreak pada peranti iOS 7 untuk menggunakan tweak ini.

Cydia tweak “NoSlowAnimations” melajukan animasi yang perlahan di iOS 7 seperti ketika melancarkan apps, minimize pada homescreen dan sebagainya. Hasilnya, iOS 7 dirasakan lebih laju terutama ketika digunakan pada peranti single-core seperti iPhone 4.

Anda boleh download tweak NoSlowAnimations di Cydia (percuma).

Note : saudara Izamir Ridzwan juga mencadangkan tweak Speed Intensifier sebagai tweak addon atau alternatif bagi NoSlowAnimations.

7. Parallax Enablur (Cydia Jailbreak Tweak)

Parallax Enablur merupakan tweak Cydia ($0.99) yang membolehkan anda mematikan fungsi Parallax dan Blur Effect. Hasilnya, iOS 7 yang lebih laju dan ringan terutamanya pada iPhone 4, 4s, iPad 2 dan iPad Mini.

Anda memerlukan tweak HiddenSettings7 untuk mengubah setting Parallax Enablur ini.

8. Barrel (Page Fade)

barrel page fade

Barrel merupakan Cydia tweak yang memberikan efek menarik ketika anda scroll pages di Homescreen.

Untuk menambah ‘efek laju’ kepada peranti iOS 7 anda, saya cadangkan guna efek “Page Fade” seperti dalam gambar di atas.


Semoga tutorial ringkas ini dapat membantu anda menjadikan iOS 7 lebih laju daripada yang asal. Ada masa kami buat video comparison antara speed asal dan speed selepas guna cara-cara di atas.

Anda ada cara yang lebih berkesan? Kongsikan dalam ruangkan komen di bawah untuk kebaikan bersama Winking smile

Selamat mencuba ! 🙂


RELATED POSTS

17 thoughts on “Cara Melajukan iOS 7 pada peranti iPhone 4, 4s, iPad 2, 3 dan iPad Mini

  1. Eins, maaf menambah. Kalau dah jailbreak blh tambah 1 lg tweak ni. “Speed Intensifier”.. Mmg terbaik.

    1. terima kasih atas perkongsian saudara

  2. Last aku guna speed intensifier kt iis 4 dlu, laju sgt battery pon drain laju.. last2 kong ipod tu. ;D

    1. kat ios 7 aku tak try sebab dah pakai NoSlowAnimations. so far battery ok

  3. berapa jam tahan bateri ipad mini dgn ios7 sebelum dan selepas buat cara ni.. mohon kongsi..

  4. 4s dan keatas jangan risau, tak pakai tweak cara biasa yang eins tunjukkan dah boleh laju, iphone 4 hmm no komen.. Tweak la kena..

  5. thanks ein, laju sikit ip4 aku

  6. Salam..saya nak tahu boleh x beli game yang berbayr kat ipad ni guna bsn Visa ni…mksd saya kad bsn sya nie…:)

    1. boleh nash kalau kad bsn tu ada visa. boleh buat sebagai debit kad.

  7. Saya dah install dah..nk kne on enable parallex dan enable blur ? Atau on enable blur sahaja?

  8. bila admin nak share tutorial jailbreak ios7 pulak. mesti menarik dan mudah difahami, n lagi satu, dile nak buad update hari-II, ada iklan pun takpa rajin je nak click sbb sentiasa ternanti2 post baru. TQ

  9. Thanks Admin….
    Nak Tanya Bagaimana Cara Nak DownGrade ios7.1.1 to 4.3.3 ?
    Guna Itune X Bleh Lah….

    1. memang tak boleh downgrade dh

      1. Memang X Dah Cara dah Ker?

  10. Ingin bertnya.. Bru selesai update ipad utk 6.1.3. Selesai update. Bila on kena connect ke itunes. Mcmne langkah seterusnya sbb kena connect ke itunes bru bleh bukak. Noob sgt psl bnda2 nie… Tq

Tinggalkan komen anda