Posted on

Cara install iFlix pada TM Unifi HyppTV

xfile

iFlix merupakan satu servis movies dan tv series streaming yang baru bertapak di Malaysia. Banyak movie dan tv series menarik boleh di tonton dengan sangat cepat dan mudah.

xfile

Berita baik buat pengguna UniFi di mana iFlix telah memberi langganan percuma selama setahun buat semua pengguna UniFi. Best tu!

Bagaimanapun, app iFlix tidak di datangkan secara default pada peranti Set Top Box HyppTV, dan anda perlu install sendiri aplikasi iFlix untuk menikmati streaming movies dari iFlix. Ikuti tutorial ini untuk menambah aplikasi iFlix pada STP HyppTV anda.

Jika anda pengguna baru Unifi bermula dari pertengahan tahun 2015, anda akan mendapat Set Top Box HyppTV yang mempunyai Android dan PlayStore terbina dalam. Dengan hadirnya fungsi PlayStore, ini memudahkan pengguna Unifi untuk menambah pelbagai aplikasi baru yang berguna.

unifistp

Langkah-langkah install iFlix pada HyppTV

  1. Buka Playstore dan cari app “ES File Explorer”iflix-hypptv1
  2. Download dan install pada peranti HyppTV anda
  3. Sekarang kita perlu download APK iFlix dari web untuk di install. Ini kerana jika anda cuba download dari Playstore, akan terdapat satu error yang menyebabkan anda tidak dapat install iFlix secara terus dari PlayStore.
  4. Untuk download APK iFlix latest version, kunjungi link ini https://apkpure.com/iflix/iflix.play
  5. Download APK dan copy ke dalam pendrive anda.iflix-hypptv2
  6. Cucuk pendrive tersebut ke USB port pada peranti HyppTV Set Top Box.
  7. Selepas itu buka kembali app ES File Explorer dan cuba cari menu untuk akses ke pendrive anda.
  8. Klik pada APK iFlix dan mulakan proses install.
  9. Selepas iFlix siap di install, akses iFlix dan anda boleh terus menonton movie dan tv series pilihan tanpa sebarang pendaftaran!
  10. Enjoy your movie 😉
BACA :  Panduan Menggunakan Deluge (men-deluge)

Selamat mencuba dan jangan lupa share jika artikel ini membantu anda.


RELATED POSTS

27 thoughts on “Cara install iFlix pada TM Unifi HyppTV

  1. Yang stb yang lama punya memang tak boleh ke?

    1. Kalau stb lama yg bukan based on android x boleh install apk iflix.

  2. X dpt akses play store dlm stb..knp ye

    1. cuba tukar DNS pada STB kepada Google DNS 8.8.8.8 dan 8.8.4.4

      1. tak boleh nk run playstore …ada setting dari tm kot

        1. kalau stb baru tu, nak access playstore kena guna wifi. cuba try connect ke wifi

  3. No login whatsoever after install iflix?

  4. Dah pernah try tapi x menjadi. Best juga kalau dapat free langganan setahun. InshaAllah, akan try lagi menggunakan cara yang dikongsikan. Thanks admin.

  5. Dah follow dan install iflix. Iflix tanya email dan password. tak boleh masuk

  6. dah install ikut the steps, tp still kene login using email and password. so, kene buat apa ye?

  7. Saya pun dah cuba tapi tak boleh
    Bila nak sign in gmail utk playstore,kluar paparan” cant established a reliable connection to the server”. Apa perlu saya buat?
    Terima kasih.

    1. Sama la dengan saya, harap sape yg tau tu boleh tolong kami

  8. Masalah yang saya alami ialah, kesemua dah berjaya dan sudah masuk iflix, tetapi masa nak stream movie keluar error …

  9. slm, saya try buat tapi tak boleh, boleh install tapi bila play iflix dia terus pergi page android balik…?

  10. saya berjaya buat semua steps dan dapat installed iflix to hypp tv .Tapi bila click on iflix, keluar arahan untuk register iflix account di iflix,com .dan saya gagal cari .Any advise from sifu,

  11. Saya install apk iflix pada android box saya, bukan hypp tv box. Boleh ke?
    Saya tgk subscription plan saya cuma untuk satu (1) bulan sahaja. Minta pencerahan. Terima kasih.

  12. xboleh tengok…dah install…tp mintak emaill & password…..ade sesiapa yg boleh bantu tak

  13. guna iflix version yg sebelumnya ok tp tak leh guna langgan yang free setahun sebab decoder mcm tak leh detect. skrang baru perasan dan update iflix version baru. bila login berjaya… nak tgk video pulak tak berjaya. ada error katanya…. adeh. sape ade penyelesaian nye?

    1. Macam mane Nk update version baru tuan???

      1. update kat playstore.. uninstall pastu install semula.. tp mslhnya bila bukak apps dia mintak username dgn password.. bongok btol..kata free setahun.. mcm kat fon ok plak..

  14. Baca laa TnC utk tm dgn iflix memang mentioned iflix free setahun langganan under tm hanya boleh dapat tgk guna mobile phone atau tablet sahaja. Tak boleh guna hypptv.

    1. Salam.. loo mmg xle tgk via tv la ni..means unifi user free hp n tablet n computer jela.. ampeh..
      Minta some1 confirmkn..
      Tq

  15. Skrng nie da ade akaun tpi bile login kt hypptv iflix ckp wrong username and password…apakah!? Kt phone bole je login…

    1. Modem unifi ada 4 port kan? so try alih ke port lain….iflix auto login & bleh tengok movie tapi hyptv plak problem..

  16. update terbaru ni. playstore dh tak ada. so mcm mana saya nak install es explorer?

    1. Senang je download dulu apk…save kt pendrive..cucuk kt stb tu.

  17. guna iflix version 2.48.2 working perfect dgn stb tm ni

Tinggalkan komen anda