Posted on

Cara hantar sms percuma menggunakan handphone dan internet

skebby[9]

Skebby ialah perkhidmatan free sms (sms percuma) yang boleh digunakan pada phone berinternet. Caj sms daripada pengguna Skebby ke pengguna Skebby yang lain adalah percuma tetapi anda hendaklah mempunyai sambungan internet yang terus dan lebih baik guna Wifi berbanding 3G/GPRS/Edge.

Berbeza dengan perkhidmatan messaging percuma seperti Whatsapp, LiveProfile dan sebagainya yang memerlukan pengguna smartphone iOS, Android, Skebby boleh digunakan pada hampir semua jenis platform seperti iPhone, iPod Touch, Blackberry, Android, Symbian, dan juga phone yang menggunakan java seperti model Sony Ericsson dan Nokia.

Cara menggunakan Skebby untuk hantar free SMS

Tutorial ini menggunakan app Skebby iPhone tetapi mungkin cara menggunakan tidak jauh beza dengan platform lain.

skebby1

1. Buka aplikasi Skebby pada phone anda. Kalau sudah ada akaun boleh login terus dan kalau belum ada akaun anda kena daftar dulu percuma.

skebby2

2. Daftar akaun baru menggunakan nombor telefon, username dan email anda. Untuk nombor phone gunakan +60 di depan contoh 0191234567 kepada +60191234567.

skebby3

3. Satu SMS akan dihantar kepada phone anda mengandungi password sementara.

skebby

4. Sekarang anda boleh login menggunakan Skebby.

skebby6

5. Antaramuka Skebby masa mula-mula daftar masuk.

skebby5

6. Contoh SMS yang dihantar menggunakan Skebby.

skebby7

7. Jemput rakan-rakan dalam phonebook anda supaya boleh hantar free SMS menggunakan Skebby.

skebby8

8. Skebby juga diintegrasikan ke dalam phone anda bagi memudahkan menghantarkan SMS.


Cara hantar SMS percuma menggunakan Skebby

1. Pertama sekali penghantar dan penerima kena menggunakan aplikasi Skebby di phone.

2. Mempunyai sambungan internet bagi penghantaran mesej.

3. Jika anda menghantar SMS menggunakan Skebby kepada penerima yang tidak menggunakan Skebby; anda ada limit 5 kali untuk SMS percuma. Kalau lebih 5 kali kredit habis dan kena beli kredit pula.

BACA :  Kamera iPhone 6s : 12 Megapixel, Rakaman Video 4K dan Kamera Depan dengan Flash

Hantar SMS menggunakan Web Skebby

skebby[11]

Skebby Web membenarkan anda menghantar SMS ke phone menggunakan Web. Boleh menyamar identiti dengan menukar nombor telefon kepada nama.

Dalam Skebby Web juga boleh akses no phone dalam telefon anda kerana ianya telah dibackup kepada cloud server.

skebby web

Boleh cancel dan delete akaun Skebby bila-bila masa jika tak perlu.

Download Skebby

Alternatifnya, boleh masuk http://get.skebby.com menggunakan browser mobile phone anda.


Selamat mencuba 🙂


RELATED POSTS

8 thoughts on “Cara hantar sms percuma menggunakan handphone dan internet

  1. Risau pulak bila contact disimpan di cloud, takut kena spam nnt.

    1. zaman sekarang semua nak simpan dalam cloud…lagu, gambar, video, phone contact…boleh delete kalau rasa suspicious

  2. Yg guna website skebby tu pulak ade limit jugak macam dekat phone kea ?

  3. isteri guna whatsapp. nk pkai imessage kna upgrade ke ios 5. so aku pkai ebuddy xms je. pasni nk try skebby plak.. :cheerful:

  4. ayah umi suruh blk cepat :alien:

  5. … [Trackback]…

    […] Read More Infos here: jomphp.com/cara-hantar-sms-percuma-menggunakan-handphone-dan-internet.html […]…

Tinggalkan komen anda