Posted on

Cara download manga dan drama jepun guna mIRC

mirc

Zaman sekarang dah tak ramai orang guna mIRC. Teringat zaman dulu2 memang meriah gila orang main chatting mIRC ini sampai sanggup berhabis berpuluh2 ringgit main kat cc. Kiranya channel2 dalam mIRC ini tempat bersosial la, cari2 kenalan, mengorat awek dan sebagainya.

Tapi itu dulu, sekarang berapa kerat saja orang guna mIRC, malah ada setengah orang tu tak pernah dengar atau kenal pun pasal perisian mIRC. Zaman sekarang sudah ada lambakan social networking, instant messaging, file dan photo sharing, blog, microblog dll jadi mIRC terus dilupakan.

Saya pula, masih gunakan mIRC hingga ke hari ini…tapi bukan untuk chatting tapi sebagai sumber download mp3, videoklip indon, manga, anime dan drama jepun. Dan kali ini saya akan berkongsi tutorial cara download manga dan drama jepun dengan anda semua. Bab download mp3 dan anime saya tangguh dulu untuk kali ini.

Laju ke download guna mIRC?

Laju kalau internet anda laju, kalau buat port forward mungkin jadi lebih laju. Pernah saya download dapat kelajuan 190-200kbps constant guna screamyx 1 mbps.

Download mIRC

mIRC 6.35

sysreset (recommended)

Cara download Manga

1. Ok, untuk mendownload manga, masuk gotlurk.net untuk mendapatkan packlist manga2 yang ada. Gunakan function search.

gotlurk

2. Kelebihan gotlurk ialah mempunyai banyak2 koleksi manga yang telah di-scanlated. Yang lagi menarik, kebanyakan manga dikumpul dalam bentuk volume memudahkan anda untuk membuat koleksi bagi sesuatu judul manga tersebut. Tak perlu lah baca atau download satu2 chapter, menyusahkan betul tak?

3. Ok, masuk mIRC dan anda perlu masuk #[email protected]. Pada input box tu taip /server irchighway.net dan tekan enter untuk masuk ke server irchighway.

mirc2

4. Dalam server irchighway, taip /nick XXX untuk menukar nick anda. Contoh taip /nick EiNS dan nick anda akan ditukar jadi EiNS.

5. Daftar nick anda (diperlukan untuk join channel lurk). Taip /ns register NICK PASSWORD EMAIL dan tekan enter. Contoh taip /ns register abu 123456 [email protected] bermaksud nick abu telah didaftar dengan password 123456 dan email [email protected]

mirc3

6. Selepas itu check email anda dan sahkan pendaftaran tersebut.

7. Ok, pendaftaran selesai, anda perlu masuk channel #lurk pula. Taip /j #lurk pada main box (server).

mirc4

8. Ok, anda kini didalam channel #lurk. Screenshot dia sepatutnya macam di bawah.

mirc5

9. Masa untuk mendownload. Search manga yang anda mahu download dan dapatkan pack number ia. Contoh anda ingin mendownload manga one piece volume 1.

BACA :  YouTube mencuba antaramuka baru

mirc6

Apa yang perlu anda buat ialah taip command /msg BOTNAME xdcc send #PACK NO contohnya /msg Neverwhere xdcc send #6151 di dalam channel #lurk.

mirc7

Dan mIRC akan terima request dari bot2 dalam server #lurk untuk accept packlist yang ingin didownload.

mirc8

Jika download terputus, anda boleh resume dengan cara menaip balik command untuk download manga tersebut dalam channel #lurk.

10. Senang sahaja bukan? Cuba try banyak2 kali mesti jadi punya lah. Saya jamin tutorial di atas di sangat2 senang difahami berbanding tutorial2 lain yang anda jumpa di internet.

one piece

Apa2pun alang2 dah download baca je lah kejap manga one piece volume 1 nih.

Download Drama Jepun

1. Saya biasa download dari channel #sars-fansubs kat server rizon. Pertama sekali anda perlu masuk server rizon dulu. Macam tadi, hanya type /server irc.rizon.net untuk masuk server rizon. Kalau tak boleh anda pilih saja dalam server list.

mirc9

2. Masuk server #sars-fansubs. Taip /j #sars-fansubs. Guna apa2 nick pun boleh, tidak perlu register dan sahkan berbanding channel #lurk.

3. Untuk mendownload drama jepun dari channel sars-fansubs, masuk sars official web (sars-fansubs.com) dan tekan pada menu irc pack lists.

Katakan anda ingin download Hana kimi 2008 SP HD, tekan sahaja pada link tersebut untuk dapatkan kodnya. Contoh /msg [SARS]Hotei xdcc send #16.

mirc11

4. Masuk dalam channel #sars-fansubs, dan pastekan code tu dalam channel text box. mIRC akan mendownload drama yang anda request itu tanpa segan silu. Step lebih kurang sama dengan download dari #lurk.

5. Tunggu download siap dan layan.

6. Sambil2 buat tutorial ini, sempat juga saya layan balik baca manga one piece volume 1. Syok gak, klasik. Baru download drama Ryuusei no Kizuna nak try tengok menarik ke tak.

ryuusei no kizuna

7. Selamat mencuba ya! Saya rasa patut tiada masalah, ditulis berdasarkan pengalaman menggunakan mIRC dari tahun 2000 lagi. Dulu siap buat script sendiri lagi tapi dah lama tinggal so lupa habis dah.

8. Oh ya, sapa2 minat drama jepun/korea/taiwan dll rajin2lah bertandang ke dramarepublic.com ya!

 


RELATED POSTS

41 thoughts on “Cara download manga dan drama jepun guna mIRC

  1. Syabas JomPHP sebab kasi tutorial mIRC dalam BM. Banyak kenangan ku lalui bersama mIRC ni tau…

    jomphp korang memang best 😀

    1. Kenangan bersama mirc eh? sama la kita…tapi skang dah kurang meriah…

      thanks for reading 😆

  2. ciss…cemner aku blh x prasan link rizon tu dulu…huhu dh expired dh mirc aku…huhu
    p/s:ryuusei no kizuna not bad…hehe

    1. mirc expired?
      hehe crack terus…

      dalam proses download ryuusei no kizuna 😎

      1. Bro..ini satu paparan yg baik aku rasa,byk idea2 dr user dan ilmu.
        Anda berbicara ttgk crack terus mirc.
        Tlg terangkan secara terperinci cmner nk crack.
        Saya masih pengguna mirc since 1995
        Jom rekick(revenge kick).Lecehla mirc ada expired ni :alien:

        Sesiapa berminat sila join .server irc.rekick.org port 7000/6667 atau server bohsia.homelinux.org port 6667/7000 masuk #rekick.Nak cr saya sila ke #trc :w00t:

  3. […] yet the video quality still superb. Update: Tutorial on how to download using IRC available at JOMPHP.COM (Malay version) or directly refer to Sars-Fansubs website (English […]

  4. Berguna gile entri ni.
    thanks.

  5. ha-ha. dulu aku kejar balek One Piece, download kat MiRC la.

    Jadi skang bace kat One Manga je.

    Btw, tolong listkan channel untuk download drama jepun, korea dan juga tak lupa mp3 melayu, software.

    Ini cadangan. ape kata, jomphp buat chenel mirc sendiri. mudah soal jawap. dan lagi berinterkasi dengan orang lain. selain tu buleh gak share-share file. 😀

    darkk´s last blog post..Apa Projek Entah

    1. Drama korea x biasa cari la, xtau ada orang share ke tak guna mirc nih…

      Nak buat cenel mirc sndiri senang ja, tapi cam kurang sambutan je…nanti sunyi sepi tak best plak kan?

  6. Waa… da lame siot tinggal mIRC. Zaman gila manga dulu selalu la bukak, hari-hari pergi CC sebab nak download… huhu.

    Thanks EiNS. Satu lagi artikel JomPHP yang aku bookmark dengan bangganye.

    MK´s last blog post..Cara-cara Nak Install Windows Vista

  7. wowho. menarik! teringat masa muda-muda dulu. hohoho. rajin download mp3 guna mirc :biggrin:

    BloggerDaily´s last blog post..Using Sources in Your Post

  8. satu mu tertinggal.

    mu tak letak setting mirc untuk auto accept file.kl tak mungkin dia ingore je bila ada file nak masuk.

    penting tu untuk newbie. :blush:

    1. Tu sebab aku recommended guna sysreset…dia configure siap2 doh…dalam mIRC je kena buat auto accept…

  9. mmg byk keangan :wub: hohoho.. aku still lg guna mirc per.. lam hujung tahun ni aku nk up balik server chat lamer aku.. hihihi.. :biggrin:

    rite now kitorang tompang server…
    /s irc.gamesurge.net
    /j #wawasan

    meh la ramaikn :ninja: 😆

    Ducks´s last blog post..DoTA 6.60 beta 21

    1. ada orang lepak lagi ke cenel tu bro?
      lama tol tak mnyembang lam cenel…hehehe…oh kenangan2…

  10. Hmm..aku skang dload ape2 je guna torrent. Mirc ni lg ok ke? Dia depend kat seeders jugak ke mcm torrent?

    1. Torrent kalau benda lama2 sure takde seeders kan? kalau xde seeders tu merana la tunggu download nak siap…

      yg bestnya mIRC ni x bergantung pada seeders…cuma bergantung pada bots je…yang penting kalo pandai setting memang boleh download speed laju :biggrin:

  11. Download mp3 dari mIRC…berdesup beb…

    http://img13.imageshack.us/img13/4540/mirc112.jpg

    sedut dari cni; [email protected] (/j #theone server irc.theoneserv.org)

  12. Bagus tutorial ni tp lama dah
    putus kasih dgn mIRC. Kekeke!!! 😀
    [rq=2194,0,blog][/rq]Bila Anak Tanya Bapak

  13. penah gak guna cara ni dulu masa Uniten trottle web based server2 dalam uniten. So, alternatifnya, semua sharing pakai MIRC..sebenarnya sama je, tapi advantage pada server yang serve tu, boleh set berapa connection boleh masuk dalam satu2 masa ke server.. 😀
    [rq=2419,0,blog][/rq]Nationwide Streamyx Service Interruption

  14. Lama betul aku tak layan MiRC,,.
    Masih wujud lagi rupanya.. kena test ni,,
    aku dah le penggila anime
    [rq=2442,0,blog][/rq]Durian, cencalok dan teh misai kucing

  15. Best ke mIRC ni? Ak bca post ni cam best je.. Tp cam mls je nk blaja mende ni.. Huhu.. Bca manga kat onemanga.com lg best.. Huhu..

    1. Kalau ko nak buat collection manga boleh la download kot mirc…sebab dia ada dalam volume package…xyah nak cari dalam chapter by chapter…

      btw, manga.gamestotal.com lagi syok dari onemanga 😀

  16. ryuusei no kizuna bes wes

  17. aku masih lagi iRC. Dlu kat blog programmer aku ada relaychat. kiranya klu dah installl MIRC @ apa2 sorftware IRC @ plugin mozzila utk IRC [ChatZilla], klik je dah bleh layan.

    Aku biasa CDD ignore. Jiwang.org ada byk sumber.
    Step nak dload:

    1.masuk blog peribadi aku.
    http://komandotrg.blogspot.com

    2.klik MiRC

    3.login dgn apa nickname [xyah daftar]

    4. taip dcc ignore off

    5. tapi find [nama file korang nak]

    mcmtulah serba sket. Apa2 irc tu ada sript. bot byk. bot pling femes ialah semek.

    Klu xfaham. masuk link irc yang aku bagi, tunggu je skrip arahan jiwang.irc

    PS: apa dah aku melalok nih. Tujuan aku komen yang nih sbnrnya.

    “Eins, bab PHP akan masuk dalam bulan 8 keatas. Pasal nanti baru saya belajar web authoring. semester 3. mungkin lebih pada PHPnuke.”
    .-= MASOKIS´s last blog ..School memories =-.

  18. […] Ni pula contoh trackback yang ada di jomphp: […]

  19. ha bagus gak tutorial ni…server rizon ngan irchighway memang byk benda2 yang boleh di download…undernet pun byk gak tapi undernet ni ada sikit masalah ngan user malaysia..

    dulu aku pun rajin gak download mp3 tapi kat dalnet..skrg dah lama sgt dah tinggal irc.. :biggrin: :biggrin:
    .-= pjan´s last blog ..Pesta Malam Indonesia di Malaysia =-.

  20. thanks for sharing…selitkan lebih banyak info pasal mirc..aku nak sgt belajar..baru nak berjinak2 dengan irc scripting
    .-= paan´s last blog ..Tag – Kuda hujan =-.

    1. Aku dah lama tinggal irc scripting :tongue:

      Sebenarnya aku boleh ja tulis pape topik…masalahnya idea je la yang takde…
      .-= EiNS´s last blog ..Cara meningkatkan trafik ke blog anda (part 1) =-.

  21. mIRC nie masa zaman aku 3taun dulu..masa tu aku duk minom botol susu lagik..pastu takde berita dahh…
    .-= Alon´s last blog ..FreePremiumDomain.com Boleh Dipercayai Ker?? =-.

  22. perghhh.. mmggg byk knangan..hehehe.. dlu cri awek dlm ni,ble cll mak ngah la plak.. hehehe..
    wlau cmne pn bro.. jomphp ni mmg gerekk..

  23. Salam bro…

    MiRc dlm kenangan….hehehehe
    dah lama aku x chat guna mirc ni..sampai command dia pun dh lupa…aku knl masa 1995 lagi….sempat buat skrip sendiri…14 tahun telah berlalu.

    apa2 pun aku tabik kat jomphp….best giler!

    p/s: cari la lagi benda2 yang satu ketika dulu pernah ‘memecahkan’ dunia siber ni….aku sokong!

    9W2DGM 73 CLEAR……

  24. cmne ek nk download drama jpun kimi wa petto free?

  25. wahhh senang faham. nantilah try. btw x brp ska torrent ye lah guna pun bb ja. selalu direct download ja. klu manga lam vol dulu rembat kat vnmanga. skang dah shut down plak….
    .-= lilacfla´s last blog ..Tahniah la NameWee. Bukan saja ‘berani’ …….. =-.

  26. Terima Kasih kerana berkongsi info ni, dpt ar aku download manga yg susah nak dapat direct download.

  27. rizon ngn irchigh xley nk conet…..
    nk dl gk cte…

  28. hye eins. kenapa tak boleh connect dalam server rizon? susah nak d/load drama -_-;

  29. nape sye xleh nak connect ngan any server ek? dia ckp connection attemp timed out… tolong2

  30. Jom korang Join #mp3 Under Network IRC KampungChat /Server irc.kampungchat.org ::: korang mesti enjoy punye lah 🙂

Tinggalkan komen anda