Posted on

Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth

donotsteal

Tutorial ini akan mengajar bagaimana cara untuk disable hotlinking kepada image atau file2 dalam server anda. Ini adalah penting bagi mengelakkan segelintir blogger yang tidak beretika yang gemar copy paste entri blog anda dan sekaligus berupaya menjimatkan bandwidth anda.

1. Htaccess method (kredit to jaypeeonline)

Buka folder root yang mengandungi blog wordpress anda menggunakan ftp, kemudian cari file bernama .htaccess. Sebelum mengubah apa2, sila backup dulu file .htaccess itu. Selepas itu, menggunakan code editor pilihan anda, tambah kod berikut ke dalam file .htacess.

# Disable Hotlinking
RewriteEngine On
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http://(www\.)?domain\.com/ [NC]
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http://www.google.com/reader/view/.*$ [NC]
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http://www.google.com/reader/m/view/.*$ [NC]
RewriteRule .*\.(jpeg|jpg|gif|png)$ - [F]

Gantikan ?domain\.com/ dengan url blog anda. Kemudian save file tersebut.

2. WordPress Automatic Image Hotlink Protection | WordPress Plugin

Plugin ini berfungsi bagi memudahkan anda untuk disable hotlinking tanpa perlu meng-edit file .htaccess secara manual. Hanya perlu install, activate dan masukkan butiran penting setting sahaja.

Download di sini.

3. Hotlink Protection menggunakan Direct Admin

Direct Admin mempunyai fungsi bagi mencegah file hotlinking. Untuk bermula, tekan pada link Hotlink Protection di dalam Direct Admin.

image

Kemudian isikan butiran mengenai preferences anda dalam menggunakan Hotlink Protection. Anda juga boleh upload gambar2 custom bagi memaparkan kepada orang yang mencuri gambar dari blog anda.

image

Anda boleh menambah extra domain yang dibenarkan untuk hotlinking seperti google, yahoo, bing, facebook dll. Selepas itu, lihat hasilnya.

Setakat ini, jomphp menggunakan gambar β€œDo not steal” bagi menggantikan gambar yang di-hotlink. Bagi mereka yang copy paste artikel JomPHP, di blog mereka pasti terpapar gambar β€œdo not steal” yang tidak sedap mata memandang itu.

BACA :  Memasang embed comment ala wordpress dalam blogger!

Contoh aktiviti hotlinking kepada image JomPHP

image

Peringatan kepada mereka yang suka copy paste

Kami membenarkan anda untuk copy paste artikel JomPHP selagi mana ia tidak diubah dan anda mengekalkan backlink kepada kami. Tetapi, kalau boleh save la gambar2 tu dan upload sendiri ke server anda, jangan copy paste direct kerana ia merugikan kami terutamanya melibatkan bandwidth.

Harap maklum!


RELATED POSTS

25 thoughts on “Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth

  1. bagus artikel ni.Terima kasih bro.
    .-= loq´s last blog ..Kronologi Dunia Internet Loq 2009 =-.

  2. kalo letak image kt blog guna source URL image tu cmne lak. kuar tak do not steal tuu.. huhu
    .-= paeh´s last blog ..sakit kaki =-.

  3. thanx bro!
    lately ramai la pulak yang duk curik2 gambaq aku ni…
    malas nk disable hotlinking ni sbb ak pon gune kat site2 lain jugk gmbaq aku..
    tp xpe..akn ku buat jugak..

    tenkiu jomPHP!
    .-= zelo55´s last blog ..Download Free Internet Manager 5.18 Build 5 Untuk Kerja Download! =-.

    1. Ko boleh set kat rewrite rule…domain2 yg diallow ntuk hotlinking…cam aku set juga beberapa domain lain :happy:

  4. Dah lama apply cara 1 tu untuk Justkhai.. web lain tak sebab mmg lagi digalakkan mencuri gambar maklumlah semua dah tepek watermark.. kira sebagai tolong promosi la tu.. hehehe..

    Apapun jgn risau sangat dgn website2 yg suka mencuri artikel dan gambar ni. Sebab website tak laku lah diorang sanggup buat kerja terkutuk tu.. Better masukkan kepala dalam ****** dan flush.. itu lebih mulia.
    .-= Khai´s last blog ..Terhina dan lebih menghinakan =-.

    1. Gambar2 ko kan host kat dedicated server…so no worry lah kalau orang hotlink pun…mcm kami ni still guna shared hosting ngan limited bandwidth…takleh la bagi sesenang orang prabis bandwidth kita…

      apa2pun alasannya, bagi aku copy paste post yg orang susah payah buat memang tak patut :angry:
      .-= EiNS´s last blog ..Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth =-.

      1. Salam,

        Walaupun dedicated server pun, kos bandwitdh tetap wujud πŸ™‚ Hotlinking BOLEH menjejaskan server performance.

        Salam,

    2. Watermark memang cara yg bagus.. promosi free lagi tu.
      Boleh guna plugin wordpress Scissors utk watermark.
      .-= jimmy´s last blog ..Adsense For Domain for CO.CC domain. =-.

      1. Scissor tak compatible ntuk worpdress 2.9 πŸ™
        .-= EiNS´s last blog ..Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth =-.

  5. Info yg bagus. Dorang nih pemalas laa
    walhal belambak web tuk hoskan gambo
    dgn pecuma, takyah register pun. :angry:
    .-= Eriyza´s last blog ..Ahli Rasmi Nuffnang =-.

  6. hehehe…TQ…aku memang nak buat benda ni, tapi x reti pulak nak kacau .htaccess…hehehe….

    orang copy gambar or re-publish x kisah, tapi kalau hotlinking tu yang bengang…ngabis bandwith je…hehehe

    neway, minta izin aku nak guna imej do not steal tu jugak…hehehe
    .-= HuRuL_AiNi´s last blog ..Japanese Winter 2010 Drama Schedule =-.

    1. Hehehe…guna la gambar do not steal tuh…aku pun amek dari google image gak :happy:
      .-= EiNS´s last blog ..Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth =-.

  7. bagus btol bende ni.. tp malas plak nk edit2 htaccess.. pkai plugin je kot senang skit..
    .-= Anarm´s last blog ..Arahkan pelawat blog lama ke blog baru =-.

  8. sgt berguna bro. Thanks…
    .-= finalcross´s last blog ..Top 10 of Free Fonts websites =-.

  9. Salam..

    apara.. ada jugek yang malas untuk host kan image kat ‘tempat’ sendiri.. hih
    .-= Nazz´s last blog ..Semoga rohnya dicucuri rahmat =-.

  10. EiNS aku jumpe satu blog yang copy terus dari blog kau.. klu xcaya buka url nih “http://drunkenmastershift.blogspot.com”

    1. Kantoi…teeeet! πŸ˜†
      .-= msbmna´s last blog ..Lawak daripada The Oatmeal =-.

      1. Erk…hamjadah tol…
        biar la…malas nak tegur2
        .-= EiNS´s last blog ..Cara disable hotlinking dan jimatkan bandwidth =-.

  11. haha thanx bro.aku akan gunakan…
    .-= Roslan´s last blog ..Malaysia Muncul Juara Bola Sepak Sukan Sea Laos 2009 =-.

  12. baru nak bertatih dalam wp ni
    tp semua artikel yg berkaitan wp aku dah start compile topic by topic
    sama le mcm aku mula2 blajar guna blogspot dulu ..

    thanks

  13. pasai ape direct admin aku tak same cam ko..adeh :cwy:
    .-= Roslan Nazri´s last blog ..Malaysia Muncul Juara Bola Sepak Sukan Sea Laos 2009 =-.

  14. mula2 try la edit .htaccess.. tapi sbenarnye Cpanel ader option untuk disable hotlinking nie.. muahahah
    .-= Frantz_amx´s last blog ..Create Minus One From MP3 =-.

  15. aku da install plugin tu.tapi camne nak edit die?nak tukar2 setting cam tukar gambar,tukar mesej..tolong

  16. πŸ™ πŸ™ πŸ™ aduuhhh tolongin saya bagaimana saya bisa mengaktifkan twitter saya???? tolong bantu saya πŸ™
    waktu tadi saya sedang mengsetting account twitter saya eh tiba tiba malah ke klik yang ada deactivated account (itu ga sengaja gara-gara mouse seya macet):sad: πŸ™ πŸ™ πŸ™ πŸ™ hiksss
    tolong bantu saya … bagaimana cara mengembalikan twitter saya yang deactivated itu tolong sapa aja bantu saya ……
    kirim jawabannya ke email saya … saya mohon…. πŸ™ πŸ™ πŸ™ πŸ™

  17. baru faham apa itu bandwidth…

    tq…

Tinggalkan komen anda