Posted on

Cara daftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking

Semenjak saya menggunakan Maybank2u, segala urusan perbankan saya menjadi sangat mudah. Saya hanya perlu duduk di depan komputer, layari internet dan voila segala urusan saya selesai. Sebagai seorang pelajar dan blogger, saya selalu melakukan :

1.Pembayaran bil internet, elektrik, air dll

2.Pembayaran sewa rumah

3.Pembelian hosting & domain

4.Pembelian online (topup, hardware komputer, handphone dll)

Jika anda masih belum mempunyai akaun Maybank2u online banking, amat disarankan membuka akaun Maybank2u kerana online banking dapat memudahkan urusan hidup anda. Oleh itu kali ini saya akan berkongsi cara untuk mendaftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking. Baca selanjutnya hanya di JomPHP – Pusat Informasi IT Anda!

Pastikan anda telah mempunyai akaun Maybank dan kad ATM Maybank!

Langkah-langkah membuka akaun Maybank2u

1.Pergi ke mesin ATM Maybank

2.Pilih menu Maybank2U

3.Pilih menu daftar TAC telefon bimbit

4.Masukkan no handphone anda dan pilih YA

5.Sekarang pilih menu Pin Laluan Maybank2u

6. Masukkan PIN laluan Maybak2u yang anda mahu. Anda akan diminta memasukkan semula PIN tersebut sebagai langkah keselamatan.

7.Siap proses pendaftaran di ATM!

8.Sekarang akses internet dan buka laman web maybank http://www.maybank2u.com.my/

9.Klik pada First time login please click here

 

10. Untuk Access Number, masukkan no kad ATM anda. Untuk PIN pula, masukkan no PIN yang anda daftar di ATM (Langkah 6)

11.Sekarang pilih username dan password yang anda mahu gunakan untuk akses akaun Maybank2u anda.

12.Siap! Anda boleh login ke akaun Maybank2u anda menggunakan username dan password pada langkah 11.

Apa itu TAC?

Setiap kali anda melakukan urusan perbankan yang melibatkan pengeluaran duit anda, Maybank2u akan menghantar TAC number ke telefon bimbit anda. Untuk mengesahkan urusan perbankan tersebut, anda perlu memasukkan TAC number yang telah dihantar. Setiap TAC number adalah berbeza setiap kali anda melakukan aktiviti online banking, oleh itu Online Banking adalah selamat selagi username, password dan juga telefon bimbit anda tidak dicuri.

BACA :  Myspace kembali dengan logo dan design terbaru

Cara check balance akaun anda & melihat transaction history

Anda mahu melihat baki dalam akaun anda?

Login dan klik pada Accounts & Banking

 

Baki akaun anda akan dipaparkan

Sekiranya anda mahu melihat transaction history iaitu rekod aktiviti duit keluar masuk akaun anda, klik pada Wadiah Savings Account

 

Dan klik pada Transaction History. Segala aktiviti debit dan kredit akaun anda akan dipaparkan.

Cara beli topup online

Anda dapat membeli topup dengan mudah menggunakan Maybank2u. Klik pada Buy Online

 

Jika anda seorang pengguna Celcom, pilih prepaid topup with pin.

Pilih dan continue.

Pilih jumlah topup yang anda mahukan.

Continue

Klik pada Request a TAC number.

Sekarang TAC number akan dihantarkan ke telefon bimbit yang anda telah daftarkan pada langkah3 dan langkah 4.

Masukkan TAC yang telah dihantar klik Confirm.

Sekarang anda telah berjaya membeli no topup anda.


RELATED POSTS

244 thoughts on “Cara daftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking

  1. Terima kasih banyak2 :biggrin: . Dah lama aku mencari tutorial macam ni. Akhirnya aku jumpa kat sini :biggrin: .Aku suka tutorial mengenai mesin ATM tu.Memudahkan dan menjimatkan masa untuk memahami cara-cara penggunaannya.Taklah orang di belakang masam muka lama dok menunggu hehehe :biggrin:

    1. hehehe masa aku amik gambar kat atm tu, orang dah tengok pelik kat aku :pinch:

      jangan lupa share ngan member2 kalau tutorial ni best :biggrin:

      1. mcm mne ek jika lupa no pun laluan…sya x dpat nk dftar

      2. tq bro! sangat membantu.. puas cari macam mana nak buat maybank2u ni

  2. rajin gile bro siap amik gamba kat ATM..haha
    dek kerana M2U, aku dah lupa apa rasa kad topup fizikal.. :tongue:
    .-= Spatt´s last blog ..Google Camo – Disabling Google Personalized Search Result =-.

  3. tak bahaya kau dedahkan nombor akaun maybank kau tu? eiiii… bahaya tu… :cwy:
    .-= amin´s last blog ..Fail to visit PCB again… =-.

    1. thanks, tak perasan lak aku. ok aku dah sensor :biggrin:

  4. Bagus2. Mujur ada tutorial macam ni. Menjimatkan masa saya. Nanti, ada orang tanya sal cara daftar maybank banking online, saya refer sini je la. 😛
    .-= Fatin Pauzi´s last blog ..Bagi Dia RM 10 & Saya Bagi Anda RM 100! =-.

    1. hehe refer jangan tak refer. ramai lagi tak tau nak guna online banking ni..

      1. Nak tanye skit maybank2u ni bole ke buy apps/in apps purchase kat android?

      2. BRo.. kalau mcm aq nie bwh 18thun tp ade kad atm . Boleh ke buat m2u gune cara camni ???

    2. Terima kasih kerana menolong….dapat pahala tu.

  5. trimas jomphp.. alang2 cakap pasal duit nie, ader x plugin untuk manage ads macam innity ngan nuffnang kat blog wp..
    .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Hide My Drive =-.

    1. guna whydowork adsense. boleh tambah code ads innity dan nuffnang

      1. thanx bro.. kudos!
        .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Hide My Drive =-.

  6. Best2! tapi kan kalau dh lupa user name and password nk uat cam mana yea?

    1. Kene kol Maybank then die orang akan reset password online banking. Lepas tu, kene apply balik online banking.
      .-= Fatin Pauzi´s last blog ..Bagi Dia RM 10 & Saya Bagi Anda RM 100! =-.

      1. betul tu. kalau tak yakin nak call, boleh terus ke cawangan maybank terdekat. nanti diorang akan reset password.

        1. saya nk tanya..kenapa akaun maybank2u saya xmacam orang lain..xda pon home..xda pon transfer bagai..klau bka kat fon yang ada cuma acc ngan setting..org lain ad ja topup,transfer,..kat laptop pon sama..knapa ya??? tlg saya pliss.

  7. Dah lama carik benda ni.
    Mekaseh yer, dah berjaya daptar td. 😆
    .-= Eriyza´s last blog ..Kongsi Fail Dengan Upload Robots =-.

    1. welcome to maybank2u online banking 😀

      1. Salam…nk tnya,td baru buat m2u dah login pastu loguot…nak login balik tk bole nape yerr?

  8. dulu aku tak reti lgsung nk pkai mesin atm..
    selamba badak aku tanye pak guard kat bank tu..
    terima kasih kpd pak guard yg dh mengajar aku.. 😆
    .-= Anarm´s last blog ..Integrasikan Twitter dan Yahoo Meme =-.

    1. aku dulu mintak tlg kawan ajar aku. masa form 5 😀

      1. boleh tak kita tukar no phone kita tu???

        1. boleh. tapi kena pegi cawangan maybank.

        2. musykil sikit, no. phone waktu dftar kat mesin atm tu, mesti nombor yg sama waktu first time buka akaun kat maybank ke???

  9. Paling penting, pastikan komputer saudara dipasang dengan perisian antivirus yang sah seperti Kaspersky Internet Security 2010.

    Serangan komputer menerusi internet kerap berlaku sekarang kerana penggodam tahu trend pengguna yang membuat transaksi secara dalam talian semakin meningkat. Tambahan pula, banyak e-mel yang dikategorikan sebagai spam dan phising muncul di peti masuk untuk menjerat mangsa yang tidak tahu sebarang langkah keselamatan.

    2 hari ini sahaja, KIS 2010 sudah menyekat 2 serangan entah siapa gerangan hamba Allah terhadap komputer aku. Satu dari Amerika, satu lagi Pakistan. :getlost:

    Harap maaf, komputer saya dijaga dan dipelihara oleh KIS 2010. :tongue:

    Jangan menjadi mangsa. Mencegah terlebih dahulu lebih baik daripada menyesal di kemudian hari!
    .-= msbmna´s last blog ..Muat turun fail daripada Scribd guna jalur lebar =-.

    1. 2 serangan dari amerika n pakistan? Seumur hidup aku tak pernah lg komputer aku kena attack dari sesapa…

      bg perbankan online nieh, ramai orang yg selalu jadi mangsa spam, phishing, keylogger dll…so sebelum buat apa2 transaction pastikan komputer anda bebas virus, spyware, worm dll…pakai browser yg lebih secure iaitu chrome dan firefox…jgn pakai ie6…
      .-= EiNS´s last blog ..Cara daftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking =-.

  10. bila tengok tutorial ni teringat masa mula-mula belajar guna mesin ATM,hihi yang dapat dilupakan kad kene block sebab salah nombor pin.Pengajaran dia kat sini,kene la sentiasa ingat nombor pin keselamatan korang tu dan jaga baik2 kad ATM 🙂 :cheerful:
    .-= wazy´s last blog ..Kenapa Masa Untuk Keluarga Itu Sangat Penting =-.

    1. mcm mne nak buat no pin laluan maybank2u sbb sya x taw y mne satu no pin sya?tolong boleh?

  11. wah..aku dari dulu cari cara nak daftar maybank2u nie tapi tak reti-reti jugak. Thanks eins for this tutorials! boleh lah aku daftar next week~
    .-= mrdzy´s last blog ..Please Dont Make Fun with Nuffnang Adik Ammar Ads Charity =-.

    1. jangan lupa share ngan member dan saudara mara :biggrin:

  12. […] This post was mentioned on Twitter by Amir Aizudin and Muhammad Najib, Muhammad Najib. Muhammad Najib said: @spattz: sape xde akaun Maybank2u lagi? http://is.gd/7xcO6 – nice one bro! thanks 😉 […]

  13. nak tanya kalau dh bayar bil streamyx secara online, macam mana nak semak bil 2 sudah diproses ke belum?

  14. trima ksih, lama dah nak buat tapi x buat2, tak yakin dan brani ke klo nuat sendiri, nnt minta tolong org pro

  15. salam.. apa kate selepas nie u wat pulak tutorial mengenai paypal… MM dah cari sblm nie, tapi kebykan yg wat x lengkap.. hope u can give yg paling lengkap punyer

    1. maksudnya tutorial link maybank ke paypal? ok 😉
      .-= cyberfly´s last blog ..Cara daftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking =-.

  16. tq bebanyak psl tutorial ni..

    erm..leh tak bagi tutorial cmne nk daftar & guna PayPal?

    nk blaja jgk..

    lgi stu klu rajin tutorial tntg ebay.com

    sy rasa ramai yg x taw tmasuk lah sy..hehe 🙂

  17. Kalau menggunakan Maxis, cara yang paling mudah untuk membeli top-up dengan mengklik `Instant prepaid top-up`

  18. klu nk buat payment bil mcm na plak ye.. :biggrin:

    1. Dalam web maybank2u ada macam2…nak transfer duit…nak payment bill…smua ada

  19. salam…saya ada account bank islam n saya ada daftar untuk banking online
    macam maybank 2u tu….
    tpi saya x reti nak guna la…nak test takut slap…
    nak tanya family semua x reti…

    jadi saya nak tanya kat sni kot2 ada oranng tau cam mna….

    harap dapat membantu sya ya :angel:

    1. Salam. Bank islam online mmg sgt susah digunakan. Tak user friendly. Saya guna 2 kali, terus tukar ke maybank2u.. Jd xdpt bntu sbb dah tk guna bank islam online…

  20. Assalamualaikum kepada tuan jomPHP….saya ada banyak sangat credit dalam telefon bimbit saya dan saya nak pindah kan credit saya ni ke dalam maybank saya…boleh ke kalau saya nak buat macam tu ?
    tolong tunjuk kan saya cara nyer boleh tak ?
    saya berharap sangat awak boleh tolong..sebab saya takut credit saya habis tempoh macam tu saja…ada rm150 dalam telefon….plzzz help me…

    1. Salam. Tak boleh rasanya. Melainkan awak jual kredit tu, dan bank in hasil jualann ke maybank. Nak jual boleh ge garage sales lowyat.net

  21. ohh yaaa kalau takut komputer banyak virus dan boleh mendedahkan maklumat semasa mendaftar kita boleh juga mendaftar menerusi mesin ATM kan ??
    jadi maklumat penting kita semasa daftar tidak menjadi mangsa virus kan ?
    :devil:

  22. ermmm….ok…hancur harapan….kenapa maybank belum buat khidmat yang macam tu kan.. :happy:
    anyway…thx ok sebab reply comment tu…

  23. :shocked: this is the useful info.. :tongue: ada kena charge, tak bila kamu beli top-up di maybank2u.com?
    .-= Selina’s Wing´s last blog ..Freebies: Get a FREE Sony PSP! =-.

    1. Takde…tiada caj extra pun kena kalau beli topup kat m2u…tu yg best
      .-= EiNS´s last blog ..ThemeJunkie Promotions – 30% off premium wordpress themes =-.

  24. tapi 1 ja xbest maybank2u nie..huhu..bila request TAC..lambat jugak..dekat 10 minit..tapi kalau cimbclicks..xsampai seminit pun request..dah dapat dah..better eins wat tutorial cimbclicks plak..hehehe :w00t:

    1. Aku x pakai cimbclick dah la bro…susah nak buat tutorial bergambar coz nak kena p rakam dekat machine lg…adoyaii
      .-= EiNS´s last blog ..Umur 22 tapi masih main game Pokemon =-.

  25. […] 'Payments'. atau leh buka laman web nih ada langkah2 dalam bahasa melayu siap ada gambar lagi… Cara daftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking | JomPHP __________________ BUTTON BADGES PAKATAN HAWA —->CLIK SINI Harga :RM5 termasuk kos […]

  26. tutorial daftar paypal kat akaun maybank xde ke bro?

  27. salam,saya nak tanye…mcm mane kalo nk semak no maybank2u dengan no pin die sekali?sbb saya dh lame x gune n dh lupe no die 2….someone please help me….

    1. Pegi je kat maybank bgtau ap yg lupa

  28. bagus la..bnyk sy blajar dr jomphp ni..thanks :biggrin:

  29. yang ini cara para latest ke? rasanya dah lama aku register maybank2u. Thanks for the info.
    .-= RozaniGhani´s last blog ..Cara Buat 2 Kolum Palsu Dalam 1 Sidebar =-.

  30. sis, kalau nk tranfer duit scara on9 pn bleh x?? duit x hilang ke kalau kita daftar dlm intnet ni??

    1. Sis? Emm gunanya online banking nie memang nak transfer duit via internet la…

      ntuk security purposes, online banking bergantung pada username/password untuk login akaun…pastu bila nak transfer duit kena request TAC dulu…

      TAC nie akan dihantar kepada no fone yang kita submit masa daftar online banking…pendek kata sistem ini agak selamat sebab ada dua layer security

  31. eh, salah ea?? sori.. erm.. saya da daftar da.. tp sy lupa step2 daftar kt atm. sy buat camni.. prgi kt maybnk2u, pas2 sy pilih pin laluan mybank2u.. saya xda daftar tac (yg masukkn no fon). so, mcmna ni?? kn dftar balik kt maybnk ke?

    1. mcm mne jika x ingat no pin ye

  32. n 1 lg, bila nk aktivekn dkt http://www.mb2u.com 2, yg nk isikn access numb n pin, lepas sy klik activate, kuar 2lisan merah, “access numb must more than 15 charcters”. sdgkn, numb atm sy hnya ada 12 no j.. 🙁

  33. owh.. ok2.. sya da dpt.. THANX V.MUCH 2 U!!!!!!

  34. aih. 2 riban tue… huhu. wat tutor cara nak beli barang lak. ngan paypal 🙂
    .-= Extremist Thinker´s last blog ..Spacegoat vs Spacedonkey =-.

  35. thx byk2 wat tutorial ni! nak bli novel online tp bapakku xtau nak bank in…dah ada tutorial ni senang la

  36. Baguslah tutorial ni ntuk org yang betul2 tak tau macam mana nak buat online banking first time…

  37. klau no phone yg kita daftarkn utk mayban2u dh expired 😆 ,boleh tukar ke no phone tu?cmna nk wat yer :biggrin:

    1. boleh. try pegi kat ATM atau terus ke cawangan Maybank :happy:

  38. Jangan lakukan transaksi di cybercafe, jangan sesekali.

  39. Saya pengguna pertama untuk mybnk2u .Hari tu saya da daftar online di ATM, bila log in di internet tuk new user, nombor access dan pin nombor saya dah masukkan. Tetapi kenapa saya tak dapat nak log in utk step yg seterusnya walaupun dah berulang2 kali saya masukkan access dn pin number yang sama tapi tak dapat2 juga? Bagaimana ya? tac number pun saya belum dapat lagi dari hari pertama saya daftar online maybank2u.

  40. c capik bangkit kau dari kecewa!!!!!

  41. assalamualaikum….. kawan macam mane kalau x boleh log in langsung saya tengah pening nak time saye masukan access number gan pin … mesti jadi perkara ni ‘service unavailable’ bantu saya 🙁 🙁

  42. kawan kenapa bile nak saye dah masuk acces number gan pin ……. service unavailble 🙁

  43. 🙁
    sy dh daftar maybank2u tp dh daftar tac pon ttp xley transfer.. cmn ne ni..

  44. ok..dah bookmark this page!hehe..dah lame cari tutorial nie..tq2x 😉

    1. ada baik dan buruknye gune online ni tp kene waspada dn bhati2 selalu sbb jgn simpan no pin anda dlm hp sebaiknye hafal no pin anda jika x nk ad berlaku pkara x diingini.

  45. TQ TQ TQ…. mcm tutorial masak2 masak plk…hehhe….dah lama cari how to register MB2U… dah tau ni…senang la nak beli online…hubby tarak tauuu..hihi..

    1. Hahahaha…baik punya taktik 😀
      membeli barang online memang senang, cuma elakkan dari kena tipu la ye 😀

  46. cuba bagi contoh nak buat passwod die..

  47. aduh… tolong ler nk wat pembayaran pinjaman pelajaran macm ner

  48. mcm mane eh klu x de dftr tac mse dftr maybnk2u kt atm?sy kene dftr semule ke?

    1. masa kat mesin atm kna amek macam no pin dia dulu ntuk daftar maybank2u

  49. terima kaseh ats info onlinebanking ni.. sy pn mula gune servis ni pas baca ur info. Nak tahu pasal nak link kan paypal dgn maybank online, bole x bagi tnjuk ajar sikit? :angel:

  50. hi,nak tnya pada yg thu pasl mybn2u ni,knapa ya bila sya msukan ass num n pin tekan actvate yg keluar service unavailable?somebody pls answer me

  51. tq sesgt… kami baca bende ni & terus ada konfiden nak wat… mgkin da tlambat sikit tp ok la kan dr tak nak trus mencuba.. :happy:

    1. bagus…kemudahan ada kita kena guna

  52. thanks a lot…

  53. kalo on9 banking ni kne ade credit card dlu er?..atau kalo ade buku bank je da leh register on9 banking ni? n 1 lg still sme ke cara ni?..sbb da 1 thun=.=

    1. Xyah ada kredit card…buat guna kad biasa pun boleh…xyah buku2 pun buku dah kuno…

  54. nak tanya yg request tac tue.mmg kena daftar kat brach dlu ke? coz masa nak beli topop n klik kat request tue dia kuar popop cam nie.hoho

    TAC Request

    You have not registered your mobile phone number to receive TAC via SMS.
    Please register your mobile phone number at the nearest Maybank Branch.

    1. masa nak daftar kat atm tu, kan dia mintak phone no. tak isi ka?

      pe pun, baru smlm saya berjaya daftar kat m2u. tq sesangat kat tt. :heart: suka2.
      segalanya mudah pasni, insyaAllah.

      tp nak tanya le juga tang nak transfer ke akaun orang lain, kasi detail sikit, salah kang, haa.. :blink:

      1. dah isi kat atm.tapi still xleh T_T

        1. sy pn jd macam tu juga, macam mana nak buat ye? 🙁

        2. sye pon..mcm mne nk wat ye??ke no fon sye 2 nme owg laen,,2 y x ley 2.. 🙁
          plizz..tlg sye..

  55. aku tersekat kt no access no tue.. npe x invalid ekh? no access nk cari kt ne?

  56. mtk tolong, ada cara cmne ye sy da wat on9 kt mybank2u, tp bila nk bayo bil on9 pastu klik request TAC xleh coz ktenye no tel xregister lg, cmne nk register ye?

    1. tp mase 1st time nk guna kan on9, sy mmg da register no tel. pelik nape bila da boleh on9, bila nk bayo bil, tiba2 sy punya no tel belum register.kenapa ye? :ermm:

      1. kalau dah buat step kat atas, mungkin maybank dah tukar step. rasanya sekarang dah kena pegi kaunter maybank untuk daftar no telefon.

  57. tq..tq..tq….huhuhuhuhu

  58. sy sdh buat step d atas, tapi time register no.handphone x boleh la..
    atm paparkan arahan- pendaftaran hendaklah dilakukan di cawangan maybank..mcm mna tu?

  59. sy sdh buat step d atas, tapi time register no.handphone x boleh la..
    atm paparkan arahan- pendaftaran hendaklah dilakukan di cawangan maybank..mcm mna tu

    1. Memula tuh kena gie kat mesim atm dulu baru buat online

  60. ya..sya buat kat atm dlu..tp time register no.tel, x bole..

  61. emm, access number tu no. kad atm kn, maksudnya yg no kat dpan kad tu ye?

    1. ye betul no kad atm 🙂

  62. salam,bro..tq fr ur info..berguna !! tp nk tnya klo kita nak buka lg pastu terlupa use name ngn psword cmne erk..?

    1. Kena call orang maybank sendiri

  63. saya da daftar d maybank2u d mesin atm, tapi tak pula d tac tu, kena daftar juga ke d tac tu, mcm mana dgn pin tu, kena ikut ke ngan sewaktu daftar maybank2u hari tu.

    ada tak sape2 yg blh tunjuk cara transfer duit

  64. Pe hal korg tye lah costmsevis mybank call je..

  65. beruntung dgn adanya blog2 yg mcm ni. xbuat lg dah tau prosess nye cane… sy dulu nk daftar m2u ni, berulang gak kuar masuk bank he3….

  66. sha dah g maybank..skang kalau nk daftar maybank2u dah takleh kat atm..kena pergi cawangan bank sendiri..nti kena isi form …mula2 rasa bengang je..nk yg mudah pun kna tggu lm..tp bila pikir2 balik..maybe ada sebab maybank bt mcm tu..

    1. laa yeke…susahnya mcm tu…dulu buat kat atm cepat je…nie nak kena isi2 borang pulak?

    2. Kalau bwh 18 nak kene Bawak ibu bapa pergi sekali ke ataupun tak payah

  67. tq for this info..
    sangat2 berguna!!!

  68. :kissing: :heart: :ninja: :sick: :sideways: :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: 😎 :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :kissing: :wub: 😉 :whistle: :wassat: :w00t: :unsure: :tongue: 🙂 :sleeping: :silly:

  69. berapa baki minima akaun simpanan kita untuk bayar bil sebab saya nak bayar rm5 sahaja tnb (bln lps silap tngk bil)tapi x berjaya.dipapar …Status :unsuccesful.transantion declined.plz contact bank:reject code (0057)

  70. sy da penah reg dlu.. tp ritu tersilap kata laluan yg step last skali slpas masuk tac number, terus kene locked sbb 3 kali salah jwapan. so apa yg perlu sy buat? call cust servis? atau wat akaun baru? tac number kene wat smule ke? adoyai..

    1. call maybank nanti dia akan interview untuk reset account

  71. saya dah buat maybank2u tapi x register no tac….kalau nak isi no tac kat atm kena letak no pin yg mula2 kita register maybank2u ker? kalau kita lupa no pin camner yerk…[email protected] boleh letak no pin baru….

  72. sekadar untuk nak share maklumat je …
    —————————————————
    In addition, effective from 04 June 2011, NEW Maybank2u.com user will not be able to request TAC via ATM. Please register your mobile phone number at the nearest branch in order to receive TAC via ATM or SMS.

    Existing customers who register Maybank2u.com before 04 June 2011, they can still request TAC via ATM without registering their mobile number at the Branch.
    —————————————————
    source : http://www.maybank2u.com.my

  73. salam sejahtera,
    saya ada soalan, bagaimana pula dengan penukaran nombor telefon bimbit? sebelum ini sudah register tetapi, number telefon bimbit telah rosak dan tidak boleh digunakan semula.. bagaimana hendak menukar nombor telefon bimbit yang lain?

    terima kasih

    1. cuba menghubungi maybank, tu paling cepat kot…
      tak pasti boleh tukar no phone dekat ATM atau tak…

  74. terkini tak pasti tp sebelum ni pernah buat penukaran melalui ATM je…

  75. nak tnye, klo kte kluar duit dari ATM then check history kt maybank2u ad x direkodkan.??

  76. tumpang jwb tuan tanah he3.. semua jenis rekod ada up to 3 month

  77. saya banyak kali try tp tetap tak boleh..
    katanya service is currently unavailable.. hari2 unavailable ke? tension lah

  78. thanks bro.. 😆

  79. errr…..lau sye dftar on9 dulu bru g update kt atm bleh ke??

  80. boleh tanya,kenapa saya buat daftar maybank2u dekat ATM mesin,baru masuk langkah kedua pilih menu maybank2u saja,kad saya terus ditendang keluar
    screen show maybank2u andaa tidak diaktifkan??
    i dah try banyak kali sudah,masih x boleh??

  81. salam, thanks bro… infomtion yg berguna… terbaikk!!! 🙂

  82. assalam..
    nk tnye..cmne nk transfer duit dr maybank2u ke bank islam dan lain2 bank..

    1. wsalam boleh buat interbank transfer dekat M2U dan masuk nombor bank lain

  83. salam. tk bebanyak. tutorial awak sangat membantu
    :biggrin:

  84. kalau umur bwh 18 tahun boleh buka akaun maybank2u-online banking :angel: https://jomphp.com/wp-content/plugins/smilies-themer/Nomicons%20v2.0/angel.png

  85. syabas!! ini boleh membantu orang awam. :biggrin:

  86. Mcm mana cara nak masuk kan duit asb melaui M2U?????? :angel:

  87. masuk ke ruangan “Accounts & Banking” kemudian ke “Transfers” seterusnya buat pilihan di dalam senarai “New Interbank GRO”

  88. x boleh ke klu kite daftar online banking kat internet

    1. tak boleh sebab tak selamat.

  89. maybank2u saya tak aktif lagi la

  90. saya terlupa username

  91. No access tu Account number kah ??

    Saya 16 tahun , tak boleh buat online banking kah ?

  92. maybank2u amat mudah kerja2 saya,terima kasih maybank2u

  93. sy sdh lama tidak menakses maybank2u. username & psword tidk ingat lagi. Apa perlu sy lakukan untuk mengaksis semula atau perlu daftar akses/usermane baru? tq

  94. tq bro…anda memudahkan kerja saya di maybank2u…

  95. nk tanya klu nk topup pakai umobile camna ye……..

  96. salam, nak tnya sy dah buat maybank2u tp sy blm daftar no.hp utk tac tu…masih bole daftar tac gna atm lg ka?

  97. salam saya dh daftar mybank2u.. kadang2 ada dua org yg masukkan duit kat accoun saya macam yg satu pukul 1 yg no dua tu pukul 3 .boleh ke melihat masa dia masukakn duit tu .tq
    ]

    1. dalam Maybank2u, boleh check rekod transaction…duit masuk/keluar pada pukul berapa, jumlah duit etc…

      1. jumlah pendaftaran, brpe ringgit br0?

  98. salam..boleh cerita kan mcmna nak beli app iphone & android guna m2u..terima kasih

    1. If guna maybank debit or credit card, add je nombor akaun tu kat Apple ID dan Google Play Store account

  99. sy nk register, tp xleh cz no acc bank sy de 12 je, tp kt web 2 tulis at least 15 character.. cmne 2??

  100. Access Number 2 yg no atas kad kita ke?? bkn no akaun kan???

  101. perlu ke daftar maybnk2u kt atm ssh la sb jauh..guna internet je xley ke daftar

    1. mmg kena daftar kat ATM dulu…ni ntuk security pengguna tu sendiri

      1. suami dh pnh daftar tp dia xmsk kn no hp..so nk kena daftar semula ke

  102. Sayang nya saya xde mybank.hahaha….

  103. Sepatutnya kena ada at least RM250 untuk buka account maybank2u, tapi boleh tak kite keluarkan duit tu lepas dah bukak account ?

  104. walaupun dlm acc dah tinggal tak sampai $200, kita still can apply maybank2u ker?

    1. boleh je apply walau ada rm20.

  105. aku ada mybank2u .. tapi tade tac code tuh .. masih boleh ker guna cari ini kali kedua ? atau direct ke kaunter ?

  106. direct ke kaunter isi electronic banking services form….jgn lupa bawa ic….

  107. Macamne kalau kita guna Samsung galaxy tab 10.1…kena guna anti virus gak ke..

  108. assalamualaikum,,,bleh tnya klau bka akaun kna byar brapa?

    1. wsalam. kena ada rm200. lepastu boleh draw balik duit tu.

  109. Tqvm bro.. ade maklumat mcm ni keje jdi mudah..

  110. maybank2u perlu taip kat url selalu

  111. daftar ni ad caj tahunan x???

  112. masa first time login, dapat reject code 0085, No kad ATM dgn PIN dah betul dah (baru je bukak account maybank).

    1. try cuba lagi hari lain. kalau tak dapat jugak, sila rujuk kat cawangan maybank berdekatan.

  113. Thanks pemberi maklumat. Semoga anda dirahmati Allah. Amat berguna, saya nak terus pegi daftar.

  114. terima kasih.. ilmu yang sgt bermakna.. terima kasih admin.. 🙂

  115. Salam.nak tnya maybnk ade had umur ke…??berape had umur yg dh boley bukK maybnk ni..?klu umor 17dh boley ke blum

  116. thanks.. lama carik cara nak reg ni

  117. terima kasih untuk info… membantu sgt…

  118. Saya tgah tggu verified paypal tapi diowg akn hantar 4 digit kod…sya xda maybank2u online lgi tpi macam mna nak thu kalu kter dh dpt 4 digit tu dgn tggu diowg hanta melalui email atau tggu statement sampai kat umah atau kna dftar maybank2u online?

  119. nk tanya klu xdftr no fon blh ke??password tuk dftr login tu kne same ke dgn pswd kad kte?? or blh pswd lain??

  120. my first trying… hujung2 kad kena telan…! so sad…. aarrghhh..

  121. mksh ye… sye pun sdg nak cari informasi mcem ni… tapi sekiranye bahasa nye di rubah jadi bahasa melayu bisa nggak??? biar bahasa inggris lagi

  122. trima kasih…tapi nak tanya acces no ATM kat atas kad ATM tu ker…Minta penjelasan saya baru nak belajar online bank ni…

  123. Salam , yang phone banking tuh ape pulak yee ? Act sy terslh tekan lah . –”

  124. macam mane kalau terlupa usename ye?

  125. Internert bank aku pula telah kena blok sebab salah jawab soalan sebnyk 3 kali. Call customer service lebih 20 kali aku call tak jawab jawab….tak logik sungguh kakitangan sibok dan tunggu sebentar….tak jawab jawab juga. kalau tuan tuan tak percaya cuba call no ni1-300-88-6688.

  126. tumpang tnya no kad ATM tu nak tngk kt mne?yg Access Number tu.

  127. terima kasih.. info yang sangat berguna.. tp…… saya lupa nak buat TAC .. boleh buat kat ATM je kan..

  128. terima kasih tolong buat tutor macam ini, tp nak tanya, kalau untuk topup tu, memang untuk pengguna celcom saja ke?

    1. topup maybank2u boleh support celcom maxis digi umobile etc, topup internet prepaid pun boleh

  129. Kalu nk cek org bnkin duit mcm mna plak erk??

  130. tq bro…ilmu yg sgt berguna utk kami yg xtau pe pe ni…giv me five bro…

  131. Nak tanya. Kenapa tiba-tiba saja hp saya tak terima no TAC bila saya nak bayar bil?Dah lama saya bayar bil tak ada masalahpun. Terima kasih kepada sesiapa yang dapat membantu.

  132. mcm mne kita nak tahu no akaun maybank kita?

  133. salam tadi saya da buat sprti diatas,pasl tac number tu die ckap kena pergi dftar at cwagan bank mcm mne eh?

  134. semasa daftar maybank2u d atm sy lupa utk letak phone no. Ble ke klu sy update semula phone no g kat atm tu? mcmana ye?

    1. Kena pergi Maybank dan cakap nak set TAC maybank2u

  135. Boleh tak saya nak transfer duit ke akaun tabung haji saya mengunakan maybank2u ni?
    kalau boleh macam mana caranya?

  136. salam,
    once sye dh wat smua nie, sye dh leh terus wat transaction ker kalo sye nk beli something online? sbb ade kenalan bg tau kalo nk wat transaction gne maybank2u kene g mne2 maybank branch slps wat akaun maybank2u..kalo x akaun maybank2u cume boleh gne utk view kite pnye bank acc shj..

  137. macam mana saya nak tengok list akaun keluar masuk secara online

  138. Salam. Bulan lepas saya baru buka akaun maybank and akak maybank tu dah daftar kan terus untuk saya ke maybank2u online. Tapi dah sebulan ni saya baru cuba buka maybank2u online for first time login sbb nak semak baki akaun. Saya dah masukkan access number and pin no. dgn betul tapi still dia kata “wrong pin number” ? Dah banyak kali saya cuba . So, macam mana ni ? Harap dapat membantu.

  139. thanx sbb awak dh ajar sye cara nak online banking..thanx so much..dh lama nak blaja..baru skarang ada tutorial…terima kasih sangat2..harap kalo sye ada problem lagi..harap awk dpt tlg la… 🙂

  140. mau tanya selepas register , kita akan kena bg resit kah ??

  141. salam.tny ckt. 1)klu bsn xleh buat maybank2u ke? (2)sy ad pegi maybank n buat kt maybank free xbyar deposit lg blh buat online banking atau maybank2u? tlg jawab.mntk mf sy jahil ag bab2 ni.tksh

  142. Salam ramadhan nak tanya access number tue kte kena masuk kan mybnk account kan? Tpi saya buat xboleh la msj keluar “kena 16 digit” please help k tq 🙂

    1. Itu kene masukkan awak punya card holder number. bukan maybank account 😉

  143. saya nk daftar maybank2u secara online…boleh ke?

  144. saya dah ada akaun maybank ..
    dan saya daftar maybank2u kat internet .. tapi TAC tiada….TAC kena buat kat mesin ATM ke ?

    1. Tac skrg kne register dkt branch maybank. Tak boleh dkt atm dah

  145. dengan menggunakan maybank2u kerja2 menjadi lebih mudah dan cepat

  146. […] Cara daftar dan menggunakan maybank2u online banking Description: Semenjak saya menggunakan maybank2u, segala urusan perbankan saya menjadi sangat mudah. saya hanya perlu duduk di depan komputer, layari internet dan voila segala. Post Title : Cara daftar dan menggunakan maybank2u online banking Source : jomphp.com Read More : Cara daftar dan menggunakan maybank2u online banking […]

  147. bagaimana nak bayar bil dgn maybank2u

  148. […] Cara daftar dan menggunakan maybank2u online banking […]

  149. sisi, knp no. akses dh btul. no. pin dh btul tp tak boleh aktifkan maybank online ?

  150. […] 8. Klik pada butang Online Banking jika anda mahu menggunakan Maybankk2u, CIMB Clicks dan lain-lain. Jom lihat tutorial daftar Maybank2u […]

  151. […] Article Title: Cara daftar dan menggunakan maybank2u online banking Source: jomphp.com » Visit Link « […]

    1. Hii.
      sebelum ni da buat maybnk2u ..pas tu lama x guna n pwd smua da lupa..so cm na skg?sy nak buat bru lg kat atm blh tak??

  152. salam nak tanya,no PIN laluan maybank2u boleh dak kalau sama dgn no PIN akaun maybank ?
    sbab malas nak hafal banyak2 no
    thanks

  153. […] Cara daftar dan menggunakan maybank2u online banking | jomphp […]

  154. nak tanya sikit sy bru dftr maybank2u.. masa nk login dah letak username, bila nk ltak pswd image yg papar bkn image yg dipilih.. cmna nk buat?? p bank, bank sruh call cus servce,,, call customer service buzy memnjang..

  155. xsilap skarang ni kne reg jugak kat cawangan maybank terdekat tok electronic banking.. bru blh gne m2u tu.. lau gune atm n reg sendiri kat m2u xjalan..

  156. Msa dftr maybank2u access no n pin sy da btul.tpi dye ttp ckp wrong pin.jdi nak kna buat apa?

  157. Askum..blh tanya mcm mane cara nk
    re register blk maybank2u ni.. dh lbh 6bln xbukak la..skg log in dh xdpt, bru igt dh lame xbukak.. pls

    1. saya pun alami benda yang sama lepas tu orang maybank tu kata kena call maybank careline tu utk reset balik maybank2u yang lama. lepas tu pergi mana2 atm maybank and ikut tutorial tuan punya blog ni.. harap membantu ^^

  158. bro…mcm mane nak ke maybank…google pun xblh bg jawapn..tlg bro….

  159. kenapa sy nk login maybank2u dye kata username or password salah ?. Masa Mula2 login, dye suruh masukkn access no. access no yg mana satu ye ? yg blkg kad debit or no akaun kte ?

    1. biar saya tolong jawab ye.. no access tu nombor yang ade dekat kad atm maybank tu

  160. Assalammualaikum. Saya tak faham dengan apa yang dikatakan no. akses tu. No pada kad ATM kita 16 digit tu ke? Saya buat banyak kali tak berjaya. Help me!

  161. Assalamualaikum. Nak tanya. Time buat TAC tu kan dia mintak masukkan no. Phone. Tp mcm mana kalau no saya ada 11 angka. Sbb 011. Dia cuma sediakan 10 column je. Help me.

  162. hai..nak mintak penjelasan sedikit boleh..maybank2u yg saya punya tak keluar butang transfer.home pun takde.
    yang first terus keluar butang account..mintak penjelasan..saya tak berapa fasih sangat

  163. Saya tak dpt Tac number. Pdaha bru kemarin sya prgi atm register number phone tp stil tk dpt tac number tu. Mcm mana tu?

  164. Kita terus daftar melalui komputer atau talifon je, tak boleh ke. User ID tu nak letak no apa. Dia kena ada 15 digit kan. Sya dah cuba tapi dia tulis user id salah. Nombor apa yang perlu diletak. Sebelum ni saya dah pergi Maybank nak daftar maybank2u, tapi dia orang kata tak buat, kena buat online sendiri. Susah la camni. Kita dah datang bank pun dia orang tak nak tolong.

  165. Saya baru je buat acc maybank2u tu. Tapi takboleh nak transfer duit ke acc lain. Kenapa ek ?

  166. Bagaimana nak semak bayaran bulanan pinjaman kereta yang kita dah bayar melalui M2Y??? Bagaimana nak semak baki pinjaman kereta melalui M2Y???

  167. จำหน่ายเครื่องมือมากมายหลากหลาย สว่านไฟฟ้า สว่านไฟฟ้าไร้สาย เครื่องขัดกระดาษทราย เครื่องตัด เครื่องฉีดน้ำพลังสูง เครื่องตัดองศา ปั้มลม และอีกมากมาย เครื่องมือช่างคุณภาพสูง แกร่งทนทาน ให้ผลลัพธ์งานฝีมือคุณภาพ เพื่อช่างคุณภาพเช่นคุณ

    Cara daftar dan menggunakan Maybank2u Online Banking

Tinggalkan komen anda