Posted on

Cara Connect VPN dan buat Hotspot di Windows 8.1

rasphone

Topik ini juga merupakan soalan yang ditanya pembaca kami di laman Facebook, bagaimana untuk setup vpn dan juga bagaimana membuat Hotspot di Windows 8.1.

Ok, untuk setup VPN, anda boleh mulakan dengan membuka Run (Win + R) dan dan taip “rasphone”.

vpn windows 8.1

Kemudian, pilih Set up Workplace network.

einsvpn

Masukkan server address dan nama sambungan VPN, contoh EinsVPN.

einsvpn[6]

Selepas siap setup, cuba connect VPN tersebut, masukkan username dan password. Pada bahagian domain biasanya dibiarkan kosong.

Jika anda ingin menukar sambungan VPN daripada Automatic kepada PPTP, L2TP dan SSTP anda boleh ubah melalui Connection Properties dalam Network and Sharing Center.

Akses Network and Sharing Center melalui command ncpa.cpl dalam Run (Win + R)

pptp vpn

Selepas siap, anda boleh teruskan sambungan VPN yang telah siap setup sebentar tadi.


Untuk membuat hotspot pula, anda perlukan Windows 8.1 dan sambungan mobile broadband. Buka Charm Bar (Win + C) kemudian masuk Change PC Settings > Network >  Network Connection.

hotspot windows 8.1

Klik pada Mobile Broadband dan tekan share this connection. Kemudian anda boleh set nama SSID pada network contohnya seperti “Eins Hotspot”.

hotspot windows 8.1[9]

Maka sudah siap hotspot anda, dengan hanya beberapa klik sahaja. Tetapi perlu diingat, fungsi hotspot ini hanya boleh digunakan pada mobile broadband sahaja.

Untuk menjalankan hotspot yang tidak memerlukan sebarang sambungan Internet, anda boleh menggunakan cara manual menggunakan command prompt ataupun menggunakan perisian seperti Connectify Hotspot.

Selamat mencuba!

Kredit gambar Windows 8.1 hotspot.


RELATED POSTS

BACA :  Nikmat tidak terhingga menggunakan hard disk berkapasiti besar

Tinggalkan komen anda