Posted on

Cara Backup Data Dalam Hard Disk Laptop

laptop-hard-disk

Sudah masuk tahun 2012, dan saya sangat berharap bahawa anda semua sepatutnya sudah tahu asas format komputer dan backup data. Semua tutorial cara install Windows sudahpun kami paparkan di blog ini dan kandungan tutorial itu boleh di akses secara percuma tanpa had.

Bukan apa, kalau ada masalah Windows lepas ini boleh anda cuba baiki sendiri…dan tak perlu lagi hantar laptop ke kedai komputer. Tahukah anda, dengan menghantar laptop ke kedai komputer boleh mendedahkan anda kepada risiko berikut :

– Data-data peribadi seperti gambar, video, akaun email, facebook, twitter boleh diakses oleh pihak ketiga

– Kehilangan data penting seperti gambar, video, dokumen, movie, mp3, games akibat hard disk diformat tanpa kerelaan atau pengetahuan anda

-Windows original anda dibuang dan digantikan dengan Windows versi lama seperti XP atau Vista

Paling menyakitkan hati tentunya data peribadi diakses pihak ketiga ataupun data hilang akibat diformat. Dah ramai orang mengadu masalah ini kepada saya, jadi saya tak harap ia akan berulang kepada orang lain lagi selepas ini. Jangan mengharapkan orang lain untuk backup data anda, sebaliknya anda yang harus sentiasa backup data yang ada dalam hard disk itu.

Cara Backup Data dalam Hard Disk Laptop

Sekiranya komputer anda gagal untuk boot atau masuk Windows, anda boleh menggunakan cara berikut untuk backup data dalam hard disk laptop.

hard-disk-laptop

1. Cabut hard disk laptop anda

Menggunakan pemutar skru, buka bahagian belakang laptop anda dan keluarkan hard disk laptop anda. Untuk laptop Acer biasanya sangat mudah dan tidak sampai 5 minit sudah boleh cabut hard disk.

hard-disk-laptop[4]

2. Gunakan kabel SATA to USB converter

BACA :  Jumpa kami di acara Blogrrr Most Wanted, Sabtu ini!

Kabel ini boleh dibeli biasanya dengan harga RM20-30 dan pastikan ia untuk hard disk laptop bukannnya untuk hard disk PC. Kabel yang saya beli ini didatangkan bersama dengan casing tetapi untuk tutorial ini saya hanya sambungkan adapter dia sahaja.

Cable ini akan menukarkan hard disk laptop kepada USB dan komputer akan detect hard disk laptop ini seperti external hard disk.

hard-disk-laptop[7]

3. Sambung Hard Disk kepada PC atau laptop lain

Lepas itu, sambung hard disk kepada PC atau laptop lain menggunakan usb port. Biasanya led indicator akan menunjukkan hard disk anda telah disambung kepada PC atau laptop.

4. Hard disk laptop anda akan muncul dalam My Computer

hard-disk-pc

Hard disk anda akan muncul di My Computer dan anda boleh akses segala partition yang ada dalam partition hard disk laptop anda itu. Anda bebas copy/paste/delete/format data dalam hard disk tersebut. Nah, senang sahaja proses backup data hard disk laptop bukan?


Saya harap lepas ini anda boleh sentiasa backup data-data penting dalam laptop anda itu sebelum hilang. Movie, mp3 atau games boleh download semula, tapi gambar-gambar daripada kamera dan kenangan bersama rakan-rakan, keluarga kalau dah hilang tanpa backup memang menyesal habis.

Selamat mencuba 🙂


RELATED POSTS

43 thoughts on “Cara Backup Data Dalam Hard Disk Laptop

  1. nak tny la.. kat gambar tu ade local disk Q kan.. bnd yg same berlaku kt lappy saya.. local disk tu lansung x boleh access.. format pon x leh.. camne r nak ilangkn

    1. Recovery partition je tuh, abaikan atau boleh hide je partition ni kalau xnak tengok

  2. awat tukar themes? yang lama cool lagi 🙂
    senang cerita pasang je external lain, copy masuk..

    1. Ini in case windows takleh masuk or gagal boot

  3. mcm mane nak hide?

  4. thisisveryeasybero kikiki

  5. boot gune mini xp je kat hiren takyah susah2 nak bukak2 hdisk kan..

  6. “Windows original anda dibuang dan digantikan dengan Windows versi lama seperti XP atau Vista”..mcm na nk kekalkan original?..bkn ke beza original ke x atas key dia je..mcm nk nk back up key dia ye..

  7. laptop aku penah kena format dgn technician asus.. habis hilang fail2 keje aku.. bukan nak tanya dulu ke ape ke.. sekarang aku backup fail2 penting terus masuk akaun Dropbox.. lagi senang keje.. letak je dlm folder khas, terus dia upload masuk Dropbox.. power!!

    1. benar, sejak aku kenal dropbox, semua kerja aku tinggal dalam dropbox je.

  8. kalo lappy 2 ade password, then rosak xleh bukak trus..bleh x backup data gne cra ni?

  9. PC xleh nk detect external hard disk cmne lak ek??

    1. sebab tak cukup power kat usb tu? try cucuk kat usb port belakang.

    2. try guna ubuntu pasti ketahuan hehe

  10. Cara ini aku secara tak sengaja terjadi apabila labtob compaq aku rosak motherboard.Faham-faham sajalah kalau labtob rosak motherboard alamatnya campak tong sampah je hehe tapi terfikir juga aku bagus aku ambik hard disk, ram & dvd drive. Akhirnya semua benda yg aku ambik tu berguna haha

  11. Salam.

    Saya menggunakan HP Pocket Media Drive sebagai external hard disk. Baru-baru ni, bila saya cuba copy file dari pc ke external, pc akan jadi hang dan saya terpaksa cabut balik cable external. File yang di-copy tersebut bukan certain-certain file, sebaliknya random. Saya cuba buat disk clean up terhadap external hard disk tersebut, tak sampai separuh pun, dia dah tak bergerak selama beberapa jam. Beberapa kali format pun tak boleh juga.

    Apa yang harus saya buat?

  12. camna nak download video dr vimeo

  13. bro buat tutor pasal create partiton kat laptop tanpa perlu format.. 🙂

  14. salam bro ..nk tanya….boleh tak install windows(mana2 versi la)kedalam hdd..guna ide sata usb cable nie….kerana laptop sy usbnya xdpt guna(maybe rosak kot,pasal dah lama),cd driver ok tp cd windows xp yg original pula xde.

  15. salam bro..nak tanya..saya punye laptop compaq presario cq40 ada masalaj..bile nak on laptop boleh..pastu nanti keluar..1) window need to repair (recovery)…2) start window normally…bile dah tekan kedua-dua..benda yg sama berulang lagi…kalau macam tu masalah ape ye..kene format ke..saya punye laptop guna window ori..masa beli x dapat cd..sbab sume data2 dah ada dalam laptop..sy risau nak format sbab sume data,sistem n lain2 lagi..letak dalam hard disk yg sama..partition c 250gb..sume maklumat dalam tu..partion D..fail recovery sahaja..kena format ke kalau mcm tu

  16. Bro, ni boleh apply x if nak external tp mahal.
    Then beli internal 2.5inch n convert mcm nie…
    berbaloi x?

  17. Bro,boleh tolong ajar mcm mna nk format laptop tk?berminat sngt..tp x tau r cara dye bro..nk backup file,pastu nk format,nk install windows baru and then ap lagi yang perlu diinstall..yang wajib..boleh x bro bg tutorial complete..please help me

  18. aaaa nk tanya ni…….semua HDD yg dibuat oleh pengilang…..memang ditanda dgn serial ATA…..atau ada tanda lain

  19. Kalau gitu hardisk yang kena virus pun boleh scan sekali. Bagus juga cara ni. Kena cari juga usb converter tu…

  20. salam hai i nak tanya..i punye laptop compaq ada masalah..then bila i hantar kedai suruh format n backup file org tuh kata x boleh backup sbb dekat partition tuh x boleh nak bukak… katanya data problem so x dapat backup… mcm mana yea …dalam i punye laptop tuh banyak documen penting.. help me pleas.. 🙁

    1. kalau hard disk corrupt, memang tipis peluang nak selamatkan balik data2 dan dokumen penting dalam tu

      tapi kalau setakat windows takleh akses, boleh try masuk dalam hard disk, guna cara seperti di atas ataupun run linux live CD, live USB, masuk ke partition yang ada data

  21. salam,saya nak tanya macam mana nak selamatkan data dalam hard disk computer skiranya gagal msuk window????

    1. boleh gunakan linux live cd atau wondershare live boot…
      satu cara lagi, cabut hard disk tu dan sambung ke komputer lain

  22. Salam,saya nk tnye klu partition c dlm hard disk rsak,adakh partition d pn akn rsak.Bleh ke nk slmat file dlm d 2?????

    1. kalau hard disk tu rosak (physically) semua data dan partition dalam tu akan rosak

      tapi biasanya kalau satu partition lain rosak, atau corrupted…bukan rosak physical… contoh C…partition D dan partition lain masih boleh selamat

  23. salam,saya nk tnye bleh saya nk gna hard disk sebagai external hard disk untuk simpan data apabila hard disk gagal msuk window.bleh ke kite bkak file yng disimpann dlm hd 2???saya tkut fille yng disimpan x bleh bkak….

  24. Slm,sye nk tnye macammana nak hilngkn psan windows no disk.stiap kli saya buke komputer mesti muncul.kdng2 klu nk access sesuatu program psan ni slalu muncul..bley tlong sye???sye x thu nk buat macammana.

  25. bleh tolong sye x..???laptop sye gagal masuk window,semua data2 pnting ada dlm partition C…sye hnya mempunyai satu partition shj iaitu partition C..adakah data2 pnting sye msih blh di backup..?????

  26. kalau laptop… spec i3…hardisk nk upgarde ke 1TB boleh? ade problem?

  27. Slm,sye nk tnye knapa erk mse sye shut down komputer butang power msih lagi nyala.mouse pun nyala,bgitu jga dngn cd driver….mohon penjelasan…sye buntu sngt.x thu nk wat pe…

  28. salam, na tny, ap mksud plugin tu?

  29. I getting confused about KMSAutonet portable activator…Is this activator need internet connection 4 the activation….What is the differences between kmspico and kms autonet???hope you will give me clear explanation…

  30. Slm,sye nk tnye perlu ke saye update bios???x de ke effect pada laptop lpas saye update bios???

  31. Memang cantik penerangan tuan..tak terpikir pulak cara ni….terimakasih dan diharap tuan dapat tuliskan banyak lagi tips-tips berguna seperti ini.TQ

  32. Kalau kita nak buat backup masa format boleh tak keluarkan HD dulu? Saya nak format windows, tak kira melalui dekstops atau laptop. tolong saya….

  33. Sy dah keluarkan hard disk laptop dan jadikan sebagai UBS.. sy beli cable sata.. computer sy dpt detect cable yg masuk.. tapi hard disk tak appear dlm PC.. sy cuba di beberapa pc.. tpi still tak appear. Boleh bgi info kenapa mcm ni yew?

Tinggalkan komen anda