Posted on

BTS #6 : Halo 4, Nexus 4, Nexus 10, Android 4.2

gogerila

Go Gerila melancarkan klip video lirik untuk single terbaru, Outlaw menggunakan iPhone SMS (more like Whatsapp) untuk menyampaikan lirik. Kreatif, sebab ada Rajinikanth. – Go Gerila YouTube

Halo 4, siri terbaru permainan FPS popular daripada Microsoft mendapat rating positif daripada pelbagai laman web video games popular. Rating IGN bagi Halo 4 ialah 9.8. – Halo 4 IGN

Telefon pintar Nexus 4 dilancarkan, dan abang kepada Galaxy Nexus ini tidak lagi dibuat oleh Samsung sebaliknya dibuat oleh pencabar ketat Samsung iaitu LG. – Google Nexus 4

Nexus 10, tablet 10 inci terbaru daripada Samsung dan Google kini menewaskan iPad Retina Display dalam kategori resolusi paling tinggi (Nexus 10 2560×1600 PPI vs iPad Retina 2048×1536 264 PPI) – Nexus 10 LaTimes.

Google juga melancarkan Android 4.2, masih dikenali sebagai Jelly Bean dengan beberapa penambahan fungsi baru yang agak minor. – Android 4.2 What’s New

nyan-cat-mati

Marty, kucing yang memberi inspirasi kepada maskot internet Nyan Cat telah mati akibat Feline Infectious Peritonitis…berita yang menyedihkan bagi komuniti peminat kucing di Internet. – Facebook JomPHP

Iklan Nissan Almera yang cute – tonton di video di atas! 🙂


RELATED POSTS

BACA :  Isu hakcipta punca laman perkongsian filem tempatan ditutup ?

Tinggalkan komen anda