Ubuntu 12.10 telah dilancarkan dengan penambahan beberapa fungsi baru – tagline mereka kali ini ialah – Avoid the pain of Windows 8 ? – Download Ubuntu 12.10
Apple akan mengadakan pelancaran iPad Mini pada 23 Oktober 2012 dan turut melancarkan beberapa revision hardware termasuk MacBook Pro Retina Display dan iMac serba baru. – MacRumor
Google akan mengadakan event pada 29 Oktober 2012 di mana khabar angin mengatakan Android 4.2 dan telefon pintar terbaru LG Nexus 4 akan dilancarkan. – GSMArena
Nicholas Allegra, atau lebih dikenali sebagai Comex, telah berpisah dengan Apple. Comex merupakan remaja genius yang mencipta jailbreak iOS 4.3.3 menggunakan laman web JailbreakMe pada pelayar web Safari. – Verge
HTC melancarkan telefon pintar HTC J Butterfly dengan skrin 5” resolusi full HD 1920×1080 dan 440 PPI.
Buat masa sekarang HTC J Butterfly hanya untuk pasaran Jepun. Pelancaran versi global dijangka pada hujung tahun ini ataupun pada awal 2013 nanti. Mantap. – Engadget
Permainan Worms Revolution dilancarkan untuk pelantar PC. Grafik 3D tetapi masih mengamalkan gameplay macam Worms 2D. Menarik, mesti cuba. – Worms Revolution
Mark of The Ninja – game Ninja terbaru untuk Xbox 360 dan PC – main sebagai ninja dan menyelinap masuk secara senyap ke pangkalan musuh…ada silent kill dan stealth gameplay…anda mesti cuba !1!1!!! – Mark of The Ninja
P/S : BTS bermaksud Berita Teknologi Semasa – untuk membaca BTS terdahulu, boleh tengok kategori BTS di sidebar blog JomPHP.
RELATED POSTS