Posted on

BlueStacks Beta dilancarkan : Gunakan Android Apps di dalam Windows PC

BlueStacks beta

Akhirnya, setelah lama menunggu BlueStacks telah melancarkan perisian App Player Beta kepada pengguna Windows. BlueStacks Beta membolehkan lebih 400.000 aplikasi Android termasuk games dijalankan di dalam sistem operasi Windows 8, 7, Vista dan XP.

BlueStacks menyokong hardware graphics acceleration di mana permainan android dalam bentuk 2D dan 3D boleh dimainkan dengan 90-100 % kelajuan asal menggunakan kad grafik yang ada pada komputer anda. Ini adalah sesuatu yang sangat mengagumkan kerana teknologi ini membolehkan aplikasi yang dibuat untuk processor ARM boleh dijalankan pada processor x86 tanpa perlu mengubah sebarang kod asal.

bluestacks-temple-run

Saya berjaya mencuba game “Temple Run” untuk Android menggunakan BlueStacks. Walaupun game ini dibina untuk peranti menggunakan touchscreen, namun BlueStacks membolehkan game ini dimainkan menggunakan kombinasi mouse dan keyboard. Syabas!

bluestacks-beta

Saya juga berjaya memasang launcher di dalam BlueStacks, dan ini membolehkan saya memasang dan mencuba pelbagai widgets dan tweaks yang dikhaskan untuk Android.

bluestacks-whatsapp

Kelebihan menggunakan BlueStacks ialah anda boleh menggunakan app seperti WhatsApp, Line, dan banyak lagi. Anda juga boleh sync SMS, contacts, photos dari Android phone ke dalam komputer anda.

bluestacks-games

Peminat games juga boleh bermain game Android seperti Cut The Rope, Angry Birds Space, Where’s My Water, Zenonia dan ribuan lagi games.

BlueStacks boleh didapati secara percuma sepanjang tempoh Beta.

Download BlueStacks Beta | Eins.MY


RELATED POSTS

BACA :  Kemaskini terbaru Bluestacks, pemain aplikasi Android di PC anda

19 thoughts on “BlueStacks Beta dilancarkan : Gunakan Android Apps di dalam Windows PC

  1. bro. prob ni. xley install bluestack. ak ada rocketdock. then ak uninstall rocketdock….tp still msj kua ckp ak ad rocketdock. how? registry rocketdock pun ak da buang.tp still x leyh

    1. tq bro…best r

  2. saya guna xp.. service pack 3…
    masa nak istall dia tulis this apllication requires window installer version 4.5 or greater… kena guna seven juga ke..os

    1. download la installer tu. aku dah pasang semua ok

  3. Salam, saya ada masalah nak install Bluestacks Beta dalam laptop saya yang guna Windows XP…. sentiasa keluar ayat this application requires window installer version 4.5 or greater… apa yang perlu saya buat boleh bantu saya … berikan langkah-langkah untuk memasangnya…terima kasih

  4. bro….die loading saje.xmasuk2..ke ade certain2 requirement grafik..

    aku gune window 7..

  5. eins tak boleh install.sebab dulu pernah install rocketdoc.Lepas uninstall rocketdoc tetap keluar notification ‘unable to continue,not support rocketdoc’.macam mana nak buat ni?

  6. sya mmpunyai netbk bru ,pda massa yg sama sya dpati bateri netbk tersbut tingl 83%,adkah saye perlu cas shingga 8 jam.?

  7. salam bg kawan2 yg ade masalah ngan rocket dock tu. lepas uninstall jgn segan2 delete rocket dock nyer registry
    HKEY_CURRENT_USER\Software\RocketDock
    arap dpt membantu 🙂

  8. kepada kawan2 yang ada masalah rocketdork tu ce guna software revo uninstall pro .. copy link rocketdork tu paste kat software tu .. terus dia uninstall dari a sampai z walau korang dah pernah uninstall rocketdork tu .. mekasih .

  9. Cara pakai whatsapp di bluestack gimana ?

  10. eins.. klik link ty dye ckp account suspend.. knp?

  11. account dah suspended daaa…. any mirror?

  12. woi x reti nk renew link ke ?

  13. […] bulan lepas, kami ada paparkan mengenai perisian Bluestacks, iaitu perisian yang membolehkan anda menjalankan aplikasi Android di komputer yang menggunakan […]

  14. Peh sedey .. x dempat nak cuba.. dead link

  15. gmn instal bluetacks.. krn saya udah coba downlod bluestack ofline tp hasilnya LODING TERUS gk ada hentinya… mohon petunjuk.. trims

  16. gmn instal bluetacks.. krn saya udah coba downlod bluestack ofline tp hasilnya LODING TERUS gk ada hentinya… mohon petunjuk.. trims
    my email [email protected]

    1. cuba download bluestacks versi terbaru di website http://www.bluestacks.com/

Tinggalkan komen anda