Posted on

Blackberry Torch – Blackberry tercanggih kini di Malaysia

Dilancarkan secara rasmi pada 4 Ogos 2010, Blackberry Torch 9800 telah menjadi kegilaan dan pujaan pengguna-pengguna Blackberry di seluruh dunia dan juga di Malaysia. Berbanding model sebelumnya, Blackberry Torch 9800 membawakan banyak perubahan yang pastinya memikat hati penggemar gadget dan pengguna sedia ada Blackberry.

clip_image002

Apa yang menariknya dengan Blackberry Torch 9800?

Ok kepada pembaca yang masih belum pernah menggunakan Blackberry, kelebihan utama Blackberry berbanding smartphone lain ialah:

1. Fungsi email yang terbaik – Jika anda seorang yang sentiasa berhubung melalui emel seperti urusan business, Blackberry merupakan smartphone untuk anda.

2. Blackberry Messenger atau lebih dikenali BBM membolehkan anda berkongsi gambar, video, audio dan chat secara percuma dengan rakan-rakan anda yang juga pengguna Blackberry. BBM merupakan fungsi yang membuatkan pengguna smartphone lain iri hati dengan Blackberry anda.

3. Bateri yang sangat tahan lama – Anda tidak perlu risau handphone anda kehabisan bateri ketika ada urusan penting kerana bateri Blackberry sangat tahan lama.

4. Sentiasa berhubung dimana anda berada. Dengan pakej internet yang didatangkan dengan Blackberry, anda boleh semak emel terbaru, download dan buka attachment emel, layari website dan banyak lagi!

Jika anda adalah pengguna Blackberry, berikut merupakan perubahan pada Blackberry Torch berbanding model sebelumnya:

1. Blackberry OS6

Blackberry Torch merupakan smartphone Blackberry pertama yang menggunakan OS Blackberry 6. Hasilnya ialah UI yang lebih cantik dan performance yang lebih laju dan lancar.

bb1

bb2

2. Touch screen + Full Qwerty keyboard

Blackberry Torch memberikan anda pilihan samaada menggunakan touch screen atau qwerty keyboard. Jika anda gemarkan touch screen, Blackberry Torch mempunyai touch screen bersaiz 3.2inch dan jika anda gemarkan physical keyboard, Blackberry Torch slide qwerty keyboard untuk anda gunakan.

bb3

3. Full HTML webkit browser

Kelemahan utama Blackberry pada model terdahulu iaitu web browser telah diperbaiki pada Blackberry Torch. Kini anda dapat melayari laman web dengan paparan sebenar sama seperti browser yang terdapat pada iPhone dan juga Android.

BACA :  Kursus Web Development PHP Zero to Hero

bb4

4. 5 Megapixel kamera dengan flash

5 Megapixel kamera dilengkapi dengan flash membolehkan anda menangkap gambar dengan kualiti lebih baik berbanding sebelumnya. Fungsi flash membantu anda menangkap gambar yang baik dalam suasana kurang cahaya.

Tak cukup lagi, apa kata kita lihat video official promo Blackberry Torch 9800 pula.

Blackberry Torch kini di Malaysia!

Berita baik kepada semua yang berhajat untuk mendapatkan Blackberry Torch. Celcom akan melancarkan Blackberry Torch secara rasmi di Malaysia pada 29 Oktober 2010 ini. Pelbagai tawaran menarik menanti anda jika anda mendapatkan Blackberry Torch dan melanggan Celcom – tetapi hanya pada hari tersebut sahaja!

Jadilah yang terawal di Malaysia menggunakan Blackberry Torch dengan Celcom Exec Plan dan nikmati hadiah hebat!

100 pelanggan terawal yang telah membuat pra-pendaftaran dan membeli Blackberry Torch bersama Celcom Exec Plan akan mendapat hadiah berikut secara percuma:

– Jabra Bluetooth Headset bernilai RM125
– 8GB Micro SD Card bernilai RM68
– Energizer Portable bernilai RM58

Jadi jangan tunggu lagi. Buat pra-pendaftaran sekarang dan nikmati hadiah hebat diatas, Hanya untuk 100 terawal sahaja!

http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800_register.php

Kenapa anda patut mendapatkan Blackberry Torch dengan Celcom Exec Plan

1. Celcom tanpa ragu lain merupakan telco dengan coverage terbaik, terlaju dan terbagus di Malaysia!

2. Celcom merupakan penyedia Blackberry no 1 di Malaysia dan menawarkan pakej Blackberry terbaik untuk anda!

3.  Pakej Celcom Exec 50 Blackberry merupakan pakej Blackberry paling menarik ditawarkan di Malaysia:

  • Diskaun sehingga 30% setiap bulan. Semakin banyak bil anda, semakin banyak penjimatan yang anda nikmati
  • Komitment serendah rm50 sebulan.
  • Percuma Celcom Broadband (basic) selama sebulan!
  • 15 sen seminit untuk setiap panggilan ke mana-mana nombor. Tiada cas tersembunyi.

Dapatkan lebih maklumat lanjut mengenai Blackberry Torch dan plan postpaid Celcom di:

http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800.php


RELATED POSTS

25 thoughts on “Blackberry Torch – Blackberry tercanggih kini di Malaysia

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Roslan, jomphp.com. jomphp.com said: Blackberry Torch – Blackberry tercanggih kini di Malaysia http://goo.gl/fb/zO5Z7 #jomphp […]

  2. […] This post was mentioned on Twitter by einztrigger and Khaidir Ab Karim, Fazreen. Fazreen said: RT @einztrigger: Kaki blackberry kena bca ini http://bit.ly/97CSnd @amanfirdaus @ayongqiela @roslan_nazri […]

  3. Camera BB Torch 5MP…boleh rekod video hd 720p tak?

  4. nak mintak tolong sgt2 pasal aku nak beli iphone4..tapi aku konpius..org kedai kata kalo beli aku x de kredit x bley explore byk mende kat iphone..pening2..eins ke cyber ke tlg aku..buzz kat ym ke..mmg sgt2 sudey hampir mau beli

  5. ym aku malam ni selepas 11 malam : cyberflyx

  6. Blackberry is much better than iPhone and HTC 🙂 I used Blackberry for 5 years and am still sticking to it.

  7. ntah nape BB ni pd aku tak menarik minat… Lg tertarik pd iPhone.

  8. Duit pun canggih gak hehe…
    pening kepala woooo

  9. rasa nak angkat lak BB torch ni .. simpan no. emergency 😀

  10. Menarik..tapi xde duit lagi..so terpaksa lupakan dulu..mimpi je bole :sleeping:

  11. Bateri tahan lama tak. Banyakkan Smartphone rata-rata boleh dikatakan bagus cuma ketahanan bateri menjadi persoalan?

    1. Bateri bb torch agak tahan lama…sbbnya processor bb torch agak slow berbanding smartphone lain, 624mhz vs 1ghz (iphone, galaxy s, htc desire)so dia guna resource yg sket gak laa…

  12. haish, bilalah aku mampu nak pakai smartphone ni. dah ada sebijik gatai pegi jual. damn. bodohnya aku time tu.

  13. banyak yang sempoi3 skank..
    tak tergerak lagi nak ankat satu..
    sakit oo..tunggun stabil dulu..hehe

  14. tak pernah lagi try guna blackberry..try org punya pun belum..sebab tak de member yg pakai :ninja:

  15. harga dlm bpe bb torch ni ye?. skng aku nk beli smart phone gk. tp xthu yg mne better. kli iphne tu dh lari bajet r. haha

    1. Retail price 2500 beb, mahal dari iphone 4 16gb rm2290…
      smartphone murah beli Nokia N8 atau Samsung Wave S8500

  16. Opah dh beli, rasa nokia lebih baiklah tk perlu nk guna talian khas utk guna FB, Twitter dsbnya…nyesal pulak

    1. Pakai BB memang kena pakai pakej BIS dia tuh, xde BIS takde guna lah BB tue

  17. Dah angkat bb t0rch ni..and mmg amik pakej BIS. seronok!!! best giler.. hoho.. 😎

  18. informasi yang bermanfaat, thanks yach 🙂

  19. mcm mane nk download skype dalam bb torch ni eh??dan berape lama jangke masa perlu update bb ni eh?

Tinggalkan komen anda