Posted on

Bermain game Wii/Gamecube/PS2/Nintendo DS menggunakan emulator

image

Emulator ialah program yang ditulis untuk membolehkan pengguna komputer memainkan game dari konsol game seperti Wii/Gamecube/PS2/DS/GBA/Neo-Geo/DC/Snes dan banyak lagi. Sejak lebih dari 10 tahun yang lepas, saya amat berminat bermain game menggunakan emulator, pada masa itu saya banyak menghabiskan masa bermain game Snes, Megadrive dan PC-engine. Selepas snes, saya bermain pula game neo-geo seperti KoF, Samurai Showdown, Last Blade, Metal Slug dan juga game CPS2 iaitu Street Fighter Alpha 1,2,3 dll.

Sehingga sekarang saya masih lagi minat bermain game menggunakan emulator. Kali ini saya akan menulis mengenai emulator untuk konsol generasi moden yang boleh anda download dan guna secara percuma.

1. Dolphin – Gamecube dan Wii emulator

image

Menggunakan dolphin, anda boleh bermain game gamecube dan wii di PC anda. Anda memerlukan game dalam DVD atau dalam bentuk ISO untuk memainkan sesuatu game itu. Dolphin juga mempunyai sokongan ke atas Wiimote dan Sensor Bar original untuk Wii membolehkan anda mempunyai pengalaman motion-sensing seakan-akan menggunakan konsol asal.

Untuk menggunakan Dolphin, spesifikasi processor, ram dan graphic card anda mestilah “power” baru dapat bermain dengan kelajuan penuh 60fps.

Download Dolphin.

Dolphin Compatibily list.

Jika menghadapi masalah, sila join forum mereka.

2. PCSX2- PS2 emulator

pcsx2

PCSX2 adalah emulator yang boleh memainkan game PS2 di komputer anda. Banyak game boleh dimainkan dengan bagus dan kualiti gambar lebih bagus daripada ps2 sebenar kerana sokongan terhadap grafik kad baru dan sokongan resolusi tinggi.

Emulator ini haruslah dikonfigurasikan secara manual bergantung kepada spesifikasi hardware komputer anda. Anda juga memerlukan bios US, JP dan EU serta plugin2 berkaitan untuk menggunakan emulator pcsx2.

BACA :  Xbox One – konsol permainan dan hiburan generasi baru Microsoft

Download PCSX2.

PCSX2 Compatibilty list.

Jika menghadapi masalah, sila join forum mereka.

3. Desmume – Nintendo DS emulator

desmume

Desmume adalah emulator kepada nintendo ds. Ia mempunyai dua skrin dan skrin di bawah ialah touch screen. Anda boleh menggunakan mouse sebagai ganti kepada ds stylus dan mengawal skrin bawah. Desmume mampu memainkan hampir kesemua game ds pada kelajuan penuh dan sokongan kepada peripheral seperti microphone.

Game yang saya main di atas ialah Pokemon Diamond. Game ini sangat cool kerana mempunyai fungsi real time, jika saya bermain pada waktu malam dalam game juga akan menunjukkan suasana malam.

Anda boleh save state dan menukar size, menambah filter effect, mengambil screenshot dll menggunakan desmume.

Download Desmume.

4. Tidak tahu hendak configure?

Yang lecehnya mengenai emulator ini sebab anda kena configure manually. Saya menghabiskan masa yang banyak untuk mempelajari bagaimana untuk menggunakan emulator di atas dengan baik, mencari plugin, bios, fix bugs dan mendownload roms dan iso.

Rajin2lah google dan mengunjungi forum2 emulator jika terdapat masalah yang membantut niat anda untuk menggunakan emulator di atas.

Selamat mencuba!


RELATED POSTS

35 thoughts on “Bermain game Wii/Gamecube/PS2/Nintendo DS menggunakan emulator

  1. Great one!
    Stakat ni emulator yang penah aku maen, Nintendo DS ngan GameBoy ja since aku suka gilak men game pokemon!

    tak sangke lak PS2 pun ade emulator. Yang lecehnye nak config. la! Tambah lagi, pc aku takde card graphic. Banyak game tak leh men. Hampeh! :getlost:
    .-= are-pa´s last blog ..Ah.. Kenangan =-.

    1. PCSX2 bukan emulator cikai2…graphic card, ram ngan processor mau kena power baru dapat full speed…

      dulu susah gak la nak config…sekarang dah master dah configuration dia so xde masalah kalo nak guna :happy:

      1. game dia kena game ori ke?
        apa spec nak guna emulator ni?
        .-= hydir´s last blog ..[Khas] Ribbon khas untuk blogger semua – Blogger, We Care =-.

        1. Game pirate pun boleh…download je yang iso…
          spec at least dual core intel/amd…better pkai quad core lagi..
          grafic card at least 9600gt equivalent…

      2. aku dah try main game pes2010 guna PCSX2. yang muskilnya bila gerakan kiri kanan atas bawah dia secara otomatik passing. camne ek nak setting.

  2. oh.. ni da lama da….
    Nostalgic emulator ni sume..

    Try main game Dos plak.. huhuhu :devil:

    1. Well, wii dan nintendo ds masih dalam current generation game console…kira bukan lama la…

      sblom main game2 graphic gila babas cam skarang aku dah khatam main game2 dos 😛

  3. ehh..rss blog ni dh break ke? 2 post dh aku miss..langganan email pun x masuk..big problem ni :wub:

    1. Aku taktau la masalah feed blog atau masalah feedburner…sampai bilangan subscriber pun dia tulis 0…

      ada masa baru aku resolve…

  4. hoho info menarik ni..pantang tgk psl game mesti rs cam nk try je
    .-= x-po´s last blog ..AKU TAK NAK JADI MACAM SI CAPIK =-.

  5. waaa.. terbaik!! aku memang sedang mencari pasal emulator ni.. asik dengar orang cerita je.. terima kasih..
    .-= topo´s last blog ..Apa Itu RSS dan Kenapa Perlu Langgan? =-.

  6. Nanti ajar la cara nak configure plak… he he he…

    1. Configure emulator mana satu?

  7. nanti ada masa ak try..
    x leh try skang..ade test..huhu

    1. Playable ke? thanks…nanti aku try
      .-= EiNS´s last blog ..Tutorial Unlock Processor AMD Phenom II =-.

  8. ada game yg bleh main ada yg xbleh main…sbb benda ni masih baru

    1. Emulator nie dah lama dalam development…cuma ada setengah game yg boleh main secara perfect, ada yg boleh main sikit2 je…

  9. bro,cmne ni? penin pale nk buat..huhu

  10. Wow..rindu it! :biggrin: I also play the emulators; Visual Boy Advance, PCSX2 , ePSXe s before so it is very easy and free :wub:
    .-= Selina’s Wing´s last blog ..Freebies: Get a FREE Sony PSP! =-.

  11. Salam, Kat mana nak dapatkan BIOS?. .-= brader&#180;s last blog ..<a href="http://itczones.comli.com/?p=19&quot; rel="nofollow">How to increase Celcom Broadband Speed</a> =-.

    1. @brader:bios ntuk apa? emulator ps2 ke

  12. bro,cam ne nk setting pcsx2 nie..
    aku dh try memacm cre…
    men game still lag gak..
    nie setup pc aku=
    AMD Athlon™ II X2 Dual-Core Processor 215
    Integrated NVIDIA® GeForce® 6150 SE graphics
    gforce gtx460
    2gb ddr2
    320GB 7200rpm SATA
    eMachines® 20″ widescreen LCD display
    8-channel (7.1) high-definition

  13. @EiNS:nie specs lappy plk:
    intel dual core [email protected]
    3gbddr2
    mobile intel 965 express chipset family

    tlg suggest setting trbaik pcsx2 utk ke2-2 pc ngn lappy aku nie…
    pls master…~ :p

  14. kalo emulator untuk psp ada gak?

  15. bios nak cari mana??

  16. mana nak cari bios untuk PCSX2 ,tolong bro semua..

  17. sepec buat maen pcsx2
    pentium core duo 3.00 ghz
    Ram 2giga
    Vga nvgia gforce

  18. alamat buat download emulatornya?

  19. cara bwt mempercepat desmume gimana? soalnya lelet bgt.

  20. gan kok gamecube di acer 4750G saya gk work ya?

    1. should be ok, if Acer 4750G model yang pakai core i5 dan graphic nvidia

Tinggalkan komen anda