Posted on

Tukar warna tema Yahoo Mail anda

Bosan dengan tema asal Yahoo Mail anda? Tutorial ini akan mengajar cara-cara untuk menukar warna tema asal kepada warna tema lain yang lebih menarik.

Cara-caranya agak mudah, tetapi masih ramai yang tidak tahu mengenai hal ini dan itulah tujuan saya menulis tutorial ini.

Tema asal Yahoo Mail – biru “Ocean”

Tekan bahagian Options > Colors pada bahagian atas, kanan

Ada 6 pilihan warna; Ocean (tema asal), Chrome, Tangerine, Violet, Grass dan Bubblegum

Tangerine

Bubblegum

Selamat mencuba! 🙂

Posted on

Pelbagaikan tema Mozilla Firefox anda dengan Personas (Bhgn 2)

Setelah anda selesai install extension Personas, anda kini boleh menukar tema firefox anda berpandukan tutorial ini.

(Tutorial ini menggunakan firefox versi 3 beta 5, pengguna firefox 2 tidak perlu risau kerana tidak ada perbezaan ketara antara tema asal firefox 2 dan firefox 3)

Tema asal firefox 3:

Tekan icon “Personas”

Contoh, pilih tema “Foxkeh Kodomo No Hi”

Selang beberapa saat, tema firefox anda akan ditukar kepada tema Kodomo No Hi:

Menarik bukan? Contoh tema lain: Groovy Orange

Terdapat bermacam-macam tema lagi sebagai pilihan, selamat mencuba.

Posted on

Pelbagaikan tema Mozilla Firefox anda dengan Personas

Personas ialah extension untuk firefox yang menambahkan fungsi menukar tema secara “real-time”.

Sebelum ini, proses untuk menukar tema firefox adalah amat memakan masa dimana anda perlu download tema dan install, kemudian restart firefox, barulah tema dapat digunakan. Selain itu, saiz sesetengah tema adalah besar sehingga 2-3mb dan amat membebankan mereka yang menggunakan capaian internet yang perlahan.

Dengan Personas, anda dapat:

– Pilih pelbagai tema dari pelbagai kategori
– Pelbagai pilihan tema menarik, tema foxkeh ialah pilihan saya
– Menukar tema semudah satu klik sahaja, tanpa perlu anda restart firefox
– Ringan dan pantas

Anda boleh install Personas melalui link ini : Personas for Firefox

Personas boleh digunakan untuk Mozilla Firefox versi 2 dan 3.

Bersambung bahagian 2.