Posted on

Windows 10 Threshold 2 (Build 10586) Lebih Laju dan Stabil

windows-10-10586-threshold2

windows-10-10586-threshold2

Microsoft dijangka akan melancarkan kemaskini yang agak besar bagi Windows 10 yang diberi kod nama “Threshold 2” (TH2). TH2 akan membawakan pelbagai peningkatan dari segi fungsi sedia selain penambahan beberapa fungsi baru, dan TH2 juga membaiki pelbagai bugs dan crashes yang terdapat dalam versi Windows 10 sebelumnya. Khabar angin mengatakan pelancaran TH2 adalah pada 10 November 2015 tetapi ianya belum lagi disahkan sehingga kini.

Jika anda merupakan insider bagi Windows 10, anda kini boleh memuat turun kemaskini TH2 yang juga dikenali sebagai Build 10586 menggunakan Windows Update. Saya sendiri telah membuat kemaskini Build 10586 pada komputer saya dan segalanya berjalan lancar.

Continue reading Windows 10 Threshold 2 (Build 10586) Lebih Laju dan Stabil

Posted on

Firefox 64-bit (Versi Stabil 42.0) Kini Sedia Dimuat Turun

firefox 64 bit

Akhirnya Mozilla telah melancarkan pelayar Firefox 64-bit versi stabil secara rasmi setelah melalui frasa yang agak lama : pembangunan –> penangguhan –> pembatalan –> pembangunan semula.

Continue reading Firefox 64-bit (Versi Stabil 42.0) Kini Sedia Dimuat Turun

Posted on

Periksa Tahap Suhu Hardware Komputer Anda Dengan Mudah

check suhu komputer

Nak tahu tahap suhu (temperature) hardware komputer anda seperti CPU/APU, GPU, Motherboard, Hard Disk dengan mudah? Gunakan dua aplikasi percuma ini iaitu Speccy dan HWMonitor.

Continue reading Periksa Tahap Suhu Hardware Komputer Anda Dengan Mudah

Posted on

Display Driver Uninstaller (DDU) Memudahkan Anda Uninstall Driver Graphic Nvidia dan AMD


display driver uninstaller

Tahukah anda, driver graphic yang tidak optimal boleh menjejaskan kelancaran sistem operasi anda dan juga menyumbang kepada ‘lag’ atau ‘stuttering’ bila bermain games. Kecelaruan driver graphic biasanya berpunca dari driver lama yang tidak dikemaskini, driver graphic yang tidak sesuai dengan sistem operasi terbaru (contoh; komputer Windows 10 tetapi driver graphic versi Windows 8) dan juga driver dari OEM yang biasanya lambat ‘catch-up’ kepada versi baru.

Display Driver Uninstaller (DDU) merupakan aplikasi ringkas yang membantu anda membuang segala saki baki driver lama yang ada di dalam komputer bagi memudahkan buat ‘fresh install’ driver baru. Ianya sangat popular di kalangan peminat tegar graphic card bagi mendapatkan frame rate yang optimal untuk gaming. Dalam ayat yang mudah faham, DDU membuang segala data driver graphic AMD dan Nvidia sedia ada.

Continue reading Display Driver Uninstaller (DDU) Memudahkan Anda Uninstall Driver Graphic Nvidia dan AMD

Posted on

Microsoft Surface Pro 4 di Malaysia – Harga Bermula RM3999

surface pro 4 malaysia

Pada 6 Oktober 2015 lepas, Microsoft telah melancarkan beberapa peranti generasi baru; antara Surface Pro 4 dan Surface Book. Kini, peminat Surface Pro 4 (SP4) tidak perlu menunggu lama untuk memiliki tablet + laptop hybrid generasi baru ini kerana Microsoft Malaysia kini telah membuka pra-tempahan pelbagai model SP4. Tarikh SP4 mula dijual di Malaysia dianggarkan pada 19 November 2015.

Surface Pro 4, sekali pandang tiada banyak perubahan berbanding model lama iaitu Surface Pro 3 tetapi Microsoft telah mempertingkatkan lagi keupayaan processor, ketahanan bateri, saiz skrin yang sedikit lebih besar dan juga skrin resolusi tinggi. Aksesori seperti Surface Pen (stylus) dan Type Keyboard juga telah dipertingkatkan dari segi fungsi kepada lebih baik untuk tujuan produktiviti.

Continue reading Microsoft Surface Pro 4 di Malaysia – Harga Bermula RM3999

Posted on

Ulasan Ringkas Intel i5-6600k Skylake

i5-6600k malaysia
Hari ini masuk minggu ketiga saya menggunakan desktop serba baru dengan processor Intel Skylake. Peningkatan yang amat ketara dari segi architecture di mana desktop lama saya menggunakan AMD Phenom II X4 kepada Intel Core i5-6600k. Dari cip 45nm kepada cip 14nm.

Sudah agak lama saya menunggu Skylake, dan apabila ia mula dilancarkan di Malaysia saya tidak menunggu lama untuk membuat order.
Continue reading Ulasan Ringkas Intel i5-6600k Skylake

Posted on

Tips Mematikan Fungsi ‘Spying’ Pada Windows 10

windows 10 spying

Windows 10 yang baru dilancarkan baru-baru ini tidak kurang dari dilanda kontroversi. Antaranya terdapat beberapa fungsi terbina dalam yang dikatakan “mengumpul data peribadi dan menghantar ia balik ke server Microsoft” dan mencetuskan spekulasi bahawa terdapat aktiviti ‘spying’. Saya akui bahawa terdapat penjelasan yang samar-samar mengenai isu ini daripada pihak Microsoft sendiri dan nasib baik terdapat cara yang mudah untuk mematikan fungsi ‘spying’ di dalam Windows 10.

Jom ikuti tutorial ringkas ini bagaimana untuk anda rasa lebih ‘selamat’ bila guna Windows 10.
Continue reading Tips Mematikan Fungsi ‘Spying’ Pada Windows 10

Posted on

Tips Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM

lajukan tm wifi-router

Tahukah anda, default setting pada router TM boleh menyebabkan ‘bottleneck’ yang mengakibatkan kelajuan sambungan Wi-Fi menjadi lebih perlahan daripada sepatutnya. Contohnya, walaupun melanggan streamyx 8Mbps, anda masih mengalami lag ketika bermain games atau buffering yang lama ketika streaming video.

Tips mudah ini membantu anda lajukan wifi dari router asal yang dibekalkan oleh TM untuk mengurangkan lag atau buffering ketika streaming.

Continue reading Tips Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM

Posted on

Kamera iPhone 6s : 12 Megapixel, Rakaman Video 4K dan Kamera Depan dengan Flash

iphone 6s camera malaysia

iphone 6s camera malaysia

 

Pencinta kamera iPhone barangkali akan menitik air liur apabila mendengar berita terbaru mengenai iPhone generasi baru iaitu iPhone 6S. 9 to 5 Mac melaporkan, bahawa iPhone 6s akan mempunyai peningkatan yang banyak terutamanya pada bahagian kamera.

Apple mengekalkan kamera 8 megapixel pada iPhone bermula iPhone 4S pada tahun 2011 dan berterusan hingga iPhone 6. Setelah 4 generasi, akhirnya Apple bakal membuat perubahan dengan menggunakan camera 12 megapixel pada iPhone 6s yang bakal membawa pelbagai inovasi baru kepada pencinta iPhone seluruh dunia.

Continue reading Kamera iPhone 6s : 12 Megapixel, Rakaman Video 4K dan Kamera Depan dengan Flash

Posted on

Domain XYZ hanya $1 Setahun, Jom Daftar Segera Domain Yang Cool Ini !

domain xyz malaysia

domain .xyz
Domain xyz baru-baru ini mengalami peningkatan populariti secara mendadak selepas Google mengumumkan penubuhan syarikat baru iaitu Alphabet yang mempunyai laman web rasmi alphabet.xyz. Dikatakan sebagai “domain untuk generasi baru”, domain .xyz merupakan domain generik yang sesuai digunakan untuk mana-mana syarikat, organisasi mahupun persendirian.

Saya sendiri bercadang untuk membeli beberapa domain xyz untuk persediaan masa akan datang. Ini kerana domain .xyz kini ditawarkan hanya serendah $1 setahun. Kalau $10 boleh beli 10 domain .xyz tu (secara teori). Wow murah nya!

Macam mana nak dapat domain .xyz pada harga $1 setahun?

Continue reading Domain XYZ hanya $1 Setahun, Jom Daftar Segera Domain Yang Cool Ini !