Posted on

Tutorial CodeIgniter 3 – Install library dengan mudah menggunakan Composer

Composer adalah tools yang memudahkan PHP developer untuk download third party library ke dalam project.

Untuk menggunakan Composer pada CodeIgniter, anda hanya perlu ubah tetapan di bawah.

1. Buka application/config.php

2. Ubah composer_autoload kepada TRUE

$config['composer_autoload'] = TRUE;

3. Save dan sekarang anda sudah boleh download mana-mana third party library dengan mudah menggunakan Composer.

4. Sebagai contoh, pada terminal saya jalankan command ini untuk download PHPWord, iaitu satu library yang membolehkan developer menghasilkan file Word menggunakan PHP.

composer require phpoffice/phpword

5. Selepas Composer selesai download package PhpWord, anda akan dapat lihat folder phpword di dalam folder vendor seperti gambar di bawah.

6. Semua third party library yang di download menggunakan Composer boleh di dapati dalam folder vendor.

7. Selamat mencuba!

 

 

Posted on

Tukarkan smartphone kepada wireless barcode scanner dengan aplikasi mudah ini

kinoniqrcode

Saya sedang membina aplikasi yang memerlukan penggunaan barcode scanner secara segera, tapi malangnya saya tidak mempunyai barcode scanner untuk di gunakan. Dengan kuasa Google dan smartphone yang canggih sekarang, saya dengan segera mencuba beberapa aplikasi yang menukar smartphone kepada wireless barcode scanner.

Jom kita lihat beberapa aplikasi yang sangat bagus untuk jadikan smartphone anda wireless barcode scanner. Continue reading Tukarkan smartphone kepada wireless barcode scanner dengan aplikasi mudah ini

Posted on

Cara install Visual Basic 6 pada Windows 10

Visual Basic 6 merupakan salah satu software programming Microsoft yang sangat popoular, namun versi VB6 telah lama tamat support dari Microsoft. Oleh itu Visual Basic 6 tidak lagi compatible pada Windows 10, dan memerlukan sedikit ubahsuai.

Jika anda seorang software developer yang masih memerlukan install Visual Basic 6 pada Windows 10, ikuti tutorial ini.

Cara  install Visual Basic 6 pada Windows 10

  1. Pastikan run sebagai Administrator dan Pilih Custom

  2. Jika anda di minta ‘Update Microsoft Virtual Machine for Java’, download file MSJAVA.DLL dari link ini dan pastekan ke dalam folder C:\Windows\SysWOW64\ (Windows 64BIT) atau C:\Windows\System32\ (Windows 32 BIT)

  3. Pilih Data Access dan klik pada Change Option

  4. Pilih ADO, RDS, and OLE DB Providers dan sekali lagi klik pada Change Option

  5. Untick ADO and RDS dan klik OK

  6. Siap!

 

 

Posted on

Cara install iFlix pada TM Unifi HyppTV

xfile

iFlix merupakan satu servis movies dan tv series streaming yang baru bertapak di Malaysia. Banyak movie dan tv series menarik boleh di tonton dengan sangat cepat dan mudah.

xfile

Berita baik buat pengguna UniFi di mana iFlix telah memberi langganan percuma selama setahun buat semua pengguna UniFi. Best tu!

Bagaimanapun, app iFlix tidak di datangkan secara default pada peranti Set Top Box HyppTV, dan anda perlu install sendiri aplikasi iFlix untuk menikmati streaming movies dari iFlix. Ikuti tutorial ini untuk menambah aplikasi iFlix pada STP HyppTV anda. Continue reading Cara install iFlix pada TM Unifi HyppTV

Posted on

Disk space peranti MAC anda penuh dan anda tidak tahu sebabnya? Gunakan aplikasi mudah ini

ncdu-filesize

Saya menggunakan laptop Macbook Air 128GB SSD dan ruangan storage sangat terhad. Oleh itu saya sangat menjaga aplikasi yang di install, dan juga mengelakkan copy fail bersaiz besar seperti Movie, Games dan sebagainya. Bagaimanapun disk space saya masih penuh tanpa di ketahui sebabnya.

Sebagai solusi, saya cuba delete games, movies dan beberapa aplikasi yang jarang di gunakan, tetapi hanya dapat sedikit free space dan disk space masih penuh.

Akhirnya setelah mencuba aplikasi ini, saya dapat mengetahui sebab utama dan membuang fail tidak berguna yang banyak memakan disk space.

Aplikasi ringkas ini di panggil NCDU, dan ianya ringan dan percuma. Aplikasi NCDU juga boleh di gunakan untuk platform Linux. Continue reading Disk space peranti MAC anda penuh dan anda tidak tahu sebabnya? Gunakan aplikasi mudah ini

Posted on

Cara renew lesen memandu Malaysia secara online

renew-license-online3

Servis MYEG memudahkan rakyat Malaysia renew lesen memandu kenderaan secara atas talian (online). Dalam 10 minit, lesen memandu anda berjaya di perbaharui, tanpa perlu keluar bersesak di pejabat POS dan sebagainya. Tunggu tak sampai 2 hari, lesen memandu baharu telah sampai ke tangan anda. Berminat untuk memperbaharui lesen memandu secara online? Jom kita baca

Continue reading Cara renew lesen memandu Malaysia secara online

Posted on

Kursus Laman Web dan PHP Oktober, November dan Disember 2014

Selepas penganjuran Kursus PHP Zero Hero Batch 1 hingga Batch 3, menyedari ada permintaan dari rakan yang masih bekerja, kami akan menganjurkan Kursus seterusnya pada kedua-dua waktu hujung minggu dan hari bekerja.

Kali ini, struktur kursus telah di pinda bagi menambahkan kebersanan kursus kepada semua pelajar.

picjumbo.com_IMG_5539

Kursus kali ini mungkin merupakan kursus terakhir kami pada tahun 2014. Jika anda ingin menambah kemahiran anda dalam bidang pembangunan web, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Kursus membina laman web dengan HTML & CSS Oktober 2014

Continue reading Kursus Laman Web dan PHP Oktober, November dan Disember 2014

Posted on

Belajar bina website dan PHP dari Zero to Hero Batch 3

Alhamdulillah kami telah berjaya menganjurkan Kursus PHP Zero to Hero Batch 1 dan Batch 2  dengan jayanya pada bulan Jun dan August 2014.

Rumusan kursus sebelum ini :

https://jomphp.com/rumusan-kursus-php-zero-hero-batch-1.html

Anda akan belajar HTML & CSS, Responsive Design, Bina sistem dengan PHP, dan juga bina laman web E-commerce.

 

Week 1 : HTML & CSS, Responsive Design

HTML CSS Belajar bagaimana struktur laman web berfungsi dan untuk menghasilkannya, bagaimana CSS di gunakan untuk mencantikkan laman web anda

Responsive Design belajar bagaimana  menghasilkan website yang mesra pc, tablet dan mobile phone. Di kesemua device website anda nampak cantik.

Week 2 : PHP & MYSQL

MYSQL belajar bagaimana membina database untuk simpan data sistem anda

PHP belajar bagaimana menggunakan PHP, HTML & MYSQL untuk membina perisian online untuk menguruskan daily expenses anda, lengkap dengan calculator dan report

Week 3: WordPress & Ecommerce

WordPress belajar bagaimana membina website dengan Teknik Rahsia X, teknik paling mudah membina website di dunia!

Ecommerce belajar bagaimana membina kedai online anda sendiri contohnya seperti Zalora dan Lazada

Berikut butiran Kursus PHP Zero to Hero Batch 3:

Tarikh : 14 September 2014 sehingga 3 Oktober 2014 (3 minggu)

Waktu : 10 pagi hingga 5 petang

Hari : Isnin hingga Jumaat

Lokasi : Alam Impian, Shah Alam

Yuran : RM1500 termasuk minum pagi, minum petang, makan tengahari, makan malam dan penginapan

RM1500 sangat berbaloi, kerana saya bayar lebih RM30,000 untuk dapatkan ilmu ini di Universiti dan juga semasa alam pekerjaan.

Selain itu harga kursus di tempat lain ialah RM1500 untuk 3 hari kursus sahaja, jadi anda tidak akan jumpa peluang lebih baik dari ini.

Anda boleh juga membuat bayaran ansuran 3 kali sepanjang tempoh 3 minggu tersebut.

Cara pendaftaran sangat mudah, hanya

SMS “PHPZERO3” ke 0162040069.

Kami akan hantarkan cara pendaftaran melalui SMS.

Ajak rakan sertai kursus dan dapatkan RM100 setiap orang.

Kami hargai usaha anda mempromosikan kursus kami ini, jadi kami akan berikan RM100 untuk setiap orang rakan yang anda ajak sertai kursus kami ini. Jadi kalau 5 orang rakan anda sertai, anda dapat RM500.

Posted on

Masalah CPU 100% load, Bitcoin Miner, dan cara penyelesaian

dgen

Baru-baru ini komputer wife saya yang menggunakan Windows 7 sentiasa mempunyai masalah CPU 100% load, menyebabkan komputer menjadi sangat slow. Pada mulanya kami mensyaki ia serangan virus, tetapi apabila di scan tiada virus di jumpai (Microsoft Security Essentials).

cpu 100% (original)

Setelah sedikit research, kami mendapati ianya berkaitan ‘malicious program’ yang menggunakan komputer anda sebagai Bitcoin Miner.

Mereka menjadikan komputer anda sebagai alat pemproses untuk mereka mendapatkan duit. Bitcoin Miner akan menggunakan 100% komputer anda untuk melakukan kiraan, oleh itu komputer anda load 100% sepanjang masa.

Cara kesan samada komputer di jadikan Bitcoin Miner oleh pihak tidak bertanggungjawab

1. CPU usage anda sentiasa 100% load seperti gambar di atas. Akses menggunakan Ctr + Alt + Delete

2. Pada Task Manager terdapat dgen.exe. Dgen.exe ialah program yang di gunakan oleh Bitcoin Miner

dgen.exe-cpu-usage

Cara pulihkan komputer anda dari Bitcoin Miner

1. Download FreeFixer dari link di bawah

http://www.freefixer.com/b/about-freefixer/

2. Selepas scan komputer dan dapatkan result, cari 2 process seperti gambar di bawah. Klik pada checkbox untuk tandakan Delete.

dgen.exe-process

dgen.exe-starthelp.exe-service

3. Klik Delete.

Selamat mencuba Winking smile

Video Tutorial dari Youtube