Posted on

ASP.Net vs Ruby On Rails

 

VS  

ASP.Net adalah teknologi baru yang sangat powerful buat masa sekarang. Ia mempunyai library yang sangat besar, dan mempunyai banyak enterprise-ready technologies yang terbina bersama-sama dengannya.


Ok, apa itu klasik ASP dan apa itu ASP.Net?

ASP klasik adalah merupakan Microsoft’s server side scripting technology yang sebelumnya atau pun dipanggil “Active Server Pages” dan sekarang selalunya dikenali sebagai klasik ASP. ASP 3.0 adalah version terbaru bagi klasik ASP.

Kebanyakan orang tersalah anggap di mana mereka menganggap ASP.Net adalah ASP semata-mata. Dan, saya menegaskan bahawa ASP.Net adalah bukan ASP, dan ia juga bukan “upgraded version” daripada ASP, tetapi ASP.Net adalah generasi seterusnya bagi ASP.

ASP.NET secara keseluruhannya merupakan teknologi baru bagi “server-side scripting”. Ia dibina daripada “ground up” dan bukannya backward compatible dengan klasik ASP. ASP.NET merupakan bahagian terbesar dalam “Microsoft’s .NET Framework”.

.NET Framework mengandungi 3 bahagian utama:

Bahasa Pengaturcaraan:

C# (atau disebut C sharp.NET)
Visual Basic (VB .NET)
J# (atau disebut J sharp.NET)

Teknologi server dan teknologi client:

– ASP .NET (Active Server Pages)
– Windows Forms (Penyelesaian Windows desktop)
– Compact Framework (PDA / penyelesaian mobile)

Suasana Pembinaan atau software yang digunakan:

– Visual Studio .NET (VS .NET)
– Visual Web Developer

Banyak lagi bahasa pengaturcaraaan yang boleh digunakan bersama dan digabungkan untuk membentuk satu sistem atau aplikasi web yang hebat dan menarik. Seperti semasa saya membina sistem untuk petronas dan DOW chemical US beberapa bulan lepas, saya menggabungkan c#.net, vb.net, javascript, j#.net dan banyak lagi bagi mendapatkan kepuasan dan keutuhan sistem yang dibina. Dan saya lebih enjoy menggunakan C# berbanding c++, java, vb dan lain-lain bahasa pengaturcaraaan yang digunakan.

Ok, sekarang kita lihat apa itu Ruby?

Ruby hanyalah sebuah bahasa pengaturcaraan. Sama seperti Perl, Phyton, atau PHP. Itu saja. Walaupun ramai pengaturcara Ruby mengagumi sintaks dan kekemasan bahasanya, apabila orang bercakap mengenai Ruby, mereka hanyalah merujuk kepada sebuah bahasa pengaturcaraan yang seakan-akan kacukan antara Perl_dan Phyton.

BACA :  Asas HTML untuk orang baru – Bahagian 1

Apa itu Rails?

Rails adalah framework kepada aplikasi web ditulis dalam bahasa Ruby.

Apa itu Framework?

OK, ini adalah soalan yang payah. Lagipun tiada terjemahan yang tepat dalam bahasa Melayu. Walaupun begitu, dalam kata mudah, framework adalah ‘struktur penyokong’ bagi sesebuah program. Framework adalah kelompok-kelompok kod yang boleh digunakan semula berulang-ulang kali.

Framework ini akan menjimatkan masa pengaturcara web sehingga 10 kali lebih cepat.

Bukan seperti PHP, Ruby on Rails bukanlah setakat bahasa pengaturcaraan. Ia mempunyai framework, yang mana mempercepatkan pengaturcaraan. Contohnya, seseorang boleh membina sebuah blog dalam masa 15 MINIT dengan Ruby on Rails. Mana aci, kan? Tak percaya sudah.

Sekarang, ramai telah mula menggunakan Ruby on Rails dan terdapat juga anak melayu yang dah expert dengan ROR ni. Untuk pengetahuan semua, ROR ini lebih mudah berbanding dengan Coldfusion. Tak percaya try sendiri.

Rujuk: http://rubyonrails.org

Dan Rumusan secara ringkasnya, .Net hanya sesuai digunakan untuk Windows platform dan based pada ASP, berbanding Ruby on Rail yang sesuai digunakan untuk berbagai platform terutamanya linux dan unix yang based pada ruby.


RELATED POSTS

One thought on “ASP.Net vs Ruby On Rails

  1. Terima kasih berkongsi info.Walaupun aku tak tahu pengaturcaraan sangat..hehe :biggrin:

Tinggalkan komen anda