Posted on

Asas penggunaan Tarikh dalam PHP

date

Sudah lama saya tidak menulis entri berkenaan PHP walaupun nama blog ni JomPHP.Sekarang saya sedang menjalani Latihan Praktikal dan sedang develop Sistem E-Analisa yang melibatkan banyak penggunaan Tarikh.Oleh itu entri ini sebagai nota kepada saya sendiri dan berkongsi pengetahuan mengenai Tarikh yang telah saya perolehi.

1.Menunjukkan tarikh semasa

<?php echo date("Y-m-d"); ?>

Ouput : 2009-06-09

<?php echo date("Y/m/d"); ?>

Output : 2009/06/09

<?php echo date("d-m-Y"); ?>

Output : 09-06-2009

<?php echo date("d/m/Y"); ?>

Output : 09/06/2009

<?php echo date("y-M-D"); ?>

Output : 09-Jun-Tue

2.Date Picker

Agak menyukarkan sekiranya mahu pengguna menulis Tarikh dalam format yang anda tetapkan.Ia agak memakan masa dan pengguna mungkin memasukkan Tarikh tidak mengikut format yang anda mahu.Solutionnya gunakan Date Picker.

datepicker2

Dapatkan JQueryUi Date Picker disini

3.Mencari jarak antara 2 Tarikh.

Sekiranya mahu mencari jarak antara 2 Tarikh, gunakan PHP function dibawah:

<?php
function daysDifference($endDate, $beginDate)
{
 
   //explode the date by "-" and storing to array
   $date_parts1=explode("-", $beginDate);
   $date_parts2=explode("-", $endDate);
   //gregoriantojd() Converts a Gregorian date to Julian Day Count
   $start_date=gregoriantojd($date_parts1[1], $date_parts1[2], $date_parts1[]);
   $end_date=gregoriantojd($date_parts2[1], $date_parts2[2], $date_parts2[]);
   return $end_date - $start_date;
}
?>

Pastikan Tarikh yang dimasukkan menggunakan format ini : 2009-06-11

Contohnya jarak antara 2009-06-11 dan 2009-06-15 ialah 4 hari.

4.Mencari minggu berdasarkan Tarikh yang diberikan.

Sekiranya anda mahu mencari minggu apakah Tarikh tersebut berada,gunakan code ini:

<?php echo date('W', strtotime('2009-01-01')); ?>

Contoh Tarikh 2009-12-31 berada dalam minggu 24.

BACA :  Sambung kepada server dan database (php)

Nota : Minggu adalah bermula pada hari Isnin dengan menggunakan code diatas.

5.Menukar format Tarikh

Sekiranya Tarikh yg disimpan dalam database menggunakan format  berikut 2009-01-22 dan anda mahu memaparkan Tarikh tersebut dalam format 22/01/2009, gunakan code ini:
 
<?php 
 
$tarikh = "2009-01-22";
echo date("d/m/Y",strtotime($tarikh));
 
 
 ?>

 
Selamat mencuba 😉

RELATED POSTS

22 thoughts on “Asas penggunaan Tarikh dalam PHP

  1. Smart dah style gambar first tu…hahah…

    upload la contoh sistem mu bagi reader tengok 😉

    1. gambar atas tu guno SnagIT.buleh doh mu beralih dari PickPick tuh.hahahha :devil:

  2. Uwa, theme suda canthek… comment form pun kemas. I like 🙂

    MK´s last blog post..Cara-cara Nak Install Windows Vista

    1. hahaha MK taknak komen ke pasal PHP tu? 😆 😆

      1. PHP tu? Haa.. bagus2.. Kebetulan aku pun baru kena buat PHP untuk kalendar dan kira tarikh gak untuk satu sistem goverment. Awat la hang tak publish artikel ni awal2, takde la susah2 aku cari sendiri, hua3.

        Anyway, aku dah Delicious kan artikel ni buat rujukan di masa hadapan 😀

      2. Psal PHP tu, baguih. Kebetulan baru2 ni pun aku ada kena buat kalendar dan pengiraan tarikh untuk satu sistem kerajaan. Guna jQueryUi Date Picker ni la. Awat la hang tak tulis awal2, takde susah2 aku nak cari, haha.

        Apa pun, aku dah Delicious artikel ni buat rujukan di masa hadapan.. 😀

        MK´s last blog post..Cara-cara Nak Install Windows Vista

    2. Cubaan membalas komen… Hm, dapat ke tak komen tadi eh?

      MK´s last blog post..Cara-cara Nak Install Windows Vista

  3. apa maksud –Perbezaan hari antara 2 Tarikh..? :pinch:

    1. Maksudnya nak tau berapa hari jarak antar Tarikh 1 dan Tarikh 2.

      Hm mesti ayat aku konfius ni.Nanti aku update :biggrin:

  4. harap bykkn lagi tutorial cmni..gud job bro.. :silly:

    broSKL´s last blog post..Blog Ini Akan di tutup

  5. siyes aku tak tahu menahu langsung ttg PHP.. kalo aku amek programming ni kompom fail.. ades… tapi entri yg menarik.. hehehe.. baca code sket2… hehehe

    Kill-Vearn´s last blog post..Avira Premium: 90 Days Free License

    1. sama ler dgn aku juga
      dok pahe nate apo pung ..

      muahahha tp eager nak blajar 😀
      .-= hydir´s last blog ..FIFA Confederations Cup 2009 kick-off today! =-.

  6. huhu. berkali2 jugak baca untuk faham 😆

    teringat masa mula2 kenal php. hehe. trimas!

    BloggerDaily´s last blog post..Using Sources in Your Post

  7. owh baru aku faham..nk cari jarak rupenye hehe :biggrin:

    broSKL´s last blog post..Blog Ini Akan di tutup

  8. aiyakk tarak faham ini semua woo..nnti nak belajar lebih lg la hehehe..sy newbie lam dunia blogger ni..hehe..mana nak cari template blog lg aek..??? :biggrin: :biggrin:

    1. ko boleh cari tamplate kt bloggertamplate.com x silap aku la..susah sgt search je kt google haha.. :sideways:

      broSKL´s last blog post..Blog Ini Akan di tutup

  9. em, php ni mcm best je..aku da bljr ilmu tukar2 tarikh ni gune excel..tp xleh nk publish dekat web..pastu aku tny sorang ustaz ni, dia kate kene pakai VB..aku mane la penah bljr VB..tp php yg ko tunjuk ni mcm boleh pakai je untuk kire2 tarikh… ko ade idea tak macam ne nak buat? kalo nak masukkan rumus2 sin/cos/tan sume2 tu dlm php boleh ke? da e-book free x psl php ni huhuhu :biggrin:
    .-= Tintaluhur´s last blog ..Tool Hiasan Desktop =-.

    1. Php memang flexible…bnyk kegunaan…ada free ebook pasal php ni leh dapatkan kat https://jomphp.com/?l=tGdBA2R8

  10. thank you bro.. VB ko bljr jugak ke dulu bro?
    .-= Tintaluhur´s last blog ..Tool Hiasan Desktop =-.

  11. echo = paparkan

    isk, sekali macam cmd punya promt daa.. :whistle:
    .-= MASOKIS´s last blog ..School memories =-.

Tinggalkan komen anda