Posted on

Apple melancarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

iphone-6-plus-ois

iphone-6-malaysia-1

Apple telah mengadakan pelancaran khas bagi iPhone 6 awal pagi tadi (1:00 AM waktu Malaysia) dan dua model iPhone 6 telah diumumkan. iPhone 6 merupakan iPhone generasi baru menggantikan model terdahulu iPhone 5S dan kini mempunyai rekaan serba baru, lebih nipis serta dilengkapi saiz yang lebih besar iaitu 4.7 inci.

Manakala iPhone 6 Plus merupakan varian bagi iPhone 6 yang bersaiz lebih besar (5.5”) serta dilengkapi beberapa fungsi eksklusif yang tidak didapati pada iPhone 6.

Saya tampilkan butiran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus di bawah :

iPhone 6 (Spec, Harga, Tarikh Pelancaran)

iphone-6-malaysia-2

 

Spesifikasi bagi iPhone 6

  • A8 Processor (Dual-Core), M8 Co-processor
  • 8MP iSight Camera, F/2.2 Aperture, 1.3MP Kamera Depan, PDAF Autofocus, rakaman video sehingga 1080p 60 FPS.
  • 4.7” IPS Full SRGB, 500-nits kecerahan, Resolusi 750×1134, 326 PPI (Retina Display HD),
  • Fingerprint Sensor dikekalkan dan pilihan 3 warna (Hitam, Perak dan Emas).
  • Berat 129 Gram dan kenipisan 6.9 mm.
  • Didatangkan dengan ruang storan 16GB, 64GB, 128GB.
  • WiFi AC, LTE 150 Mbps, Bluetooth 4.0, NFC untuk sistem pembayaran Apple Pay
  • Kapasiti bateri tidak diumumkan, Apple menganggarkan sama atau lebih sedikit berbanding iPhone 5S

  • Harga dan tarikh pelancaran di Malaysia masih tidak diumumkan namun jangkaan kami iPhone 6 bakal dijual pada harga RM2399 untuk model 16 GB.

Spesifikasi bagi iPhone 6 Plus

iphone-6-plus-malaysia

  • A8 Processor (Dual-Core), M8 Co-processor
  • 8MP iSight Camera, F/2.2 Aperture, 1.3MP Kamera Depan, OIS, PDAF Autofocus, rakaman video sehingga 1080p 60 FPS.
  • 5.5” IPS Full SRGB, 500-nits kecerahan, Resolusi 1920×1080, 401 PPI (Retina Display HD),
  • Fingerprint Sensor dikekalkan dan pilihan 3 warna (Hitam, Perak dan Emas).
  • Berat 172 Gram dan kenipisan 7.1 mm.
  • Didatangkan dengan ruang storan 16GB, 64GB, 128GB.
  • WiFi AC, LTE 150 Mbps, Bluetooth 4.0, NFC untuk sistem pembayaran Apple Pay
  • Kapasiti bateri tidak diumumkan, tetapi iPhone 6 Plus mempunyai ketahanan bateri yang lebih berbanding iPhone 6.

  • Harga dan tarikh pelancaran di Malaysia masih tidak diumumkan namun jangkaan kami iPhone 6 bakal dijual pada harga RM2399 untuk model 16 GB.

iPhone 6 vs iPhone 6 Plus

    https://twitter.com/einztrigger/status/509406902610960384

  • iPhone 6 Plus mempunyai sokongan landscape pada homescreen dan apps, tidak terdapat pada iPhone 6.
  • Ketahanan bateri iPhone 6 Plus lebih lama berbanding iPhone 6.
  • Resolusi display lebih tajam, iPhone 6 Plus 1920×1080 401 PPI vs iPhone 6 750×1134 326 PPI.

iphone-6-plus-ois

  • OIS (Optical Image Stabilization) merupakan kelebihan pada kamera iPhone 6 Plus. OIS ialah fungsi penstabilan imej pada lensa kamera dan mampu mengurangkan getaran (shake) serta membolehkan mengambil gambar kurang cahaya (low-light) dengan lebih baik serta penambahbaikkan bila menggunakan long exposure mode. Pengguna DSLR seperti Canon (IS) dan Sony (OSS) pastinya menyukai fungsi ini.

Fungsi yang tiada pada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

  • Sensor kamera yang lebih besar Megapixel, kerana Apple masih mengekalkan 8MP Camera untuk 4 generasi berturut-turut bermula dari iPhone 4S, 5, 5S dan 6.
  • Sokongan ruang storan luaran (Micro-SD) masih tiada, malah Apple mengekalkan model 16GB sedangkan 32GB ruang storan sepatutnya adalah minimum bagi kegunaan masa kini.
  • Rakaman Video 4K atau 2160P seperti Android dan Windows Phone. Video 4K mampu menyimpan butiran (details) yang lebih berbanding 1080p malah anda boleh capture still image dari video 4K dan ianya bersaiz 8MP berbanding 2MP still image daripada video 1080p.
  • Camera depan masih sama dengan iPhone 5 dan 5S cuma didatangkan dengan fungsi HDR dalam iOS 8. Masalah “selfie” berkualiti rendah nampaknya masih dikekalkan dalam iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.
  • Tiada Stereo Speaker seperti HTC One M8 dan Sony Xperia Z3, masih menggunakan speaker mono.

iPhone 6, Masih Yang Terbaik dikalangan Flagship?

iPhone 6 akan dilancarkan pada 19 September di beberapa negara dunia pertama dan masih belum diketahui bila dan berapakah harga iPhone 6 di Malaysia.

Kami akan cuba membawakan anda kemas kini terbaru mengenai iPhone 6 di Malaysia dari masa ke semasa.

Oh, anda juga boleh tonton beberapa video promosi iPhone 6 di bawah dan jangan lupa kongsi-kan berita ini dengan rakan-rakan anda.


RELATED POSTS

BACA :  Tips berguna untuk pemilik iPhone 4

One thought on “Apple melancarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

  1. Harga tu (iphone 6 +) dah lepas beli laptop gaming.
    disebabkan ada keistimewaan tersendiri.memang
    orang akan beli juga.

Tinggalkan komen anda