Jika anda pengguna iphone atau android dan merupakan seorang kaki membeli belah, jangan lepaskan peluang untuk menggunakan aplikasi MyMall. Aplikasi MyMall merangkumi beberapa pusat membeli belah terkemuka di Malaysia seperti Mid Valley Megamall, One Utama dan Pavillion. Dalam artikel ini, saya menggunakan aplikasi MyMall Mid Valley Megamall.
Antara muka aplikasi MyMall Mid Valley Megamall.
Apa yang menarik dengan aplikasi MyMall?
Fungsi Promotion
Fungsi Promotion membolehkan anda mengetahui promosi yang sedang dijalankan di kedai-kedai dalam pusat membeli belah tersebut. Ini sangat memudahkan kerana anda tidak perlu singgah setiap kedai untuk mengetahui promosi sedang dijalankan.
Fungsi Directory
Fungsi ini merupakan fungsi kegemaran saya. Bayangkan anda hendak mencari kedai yang tidak pernah anda kunjungi dalam pusat membeli belah besar seperti Mid Valley. Tentu sangat memakan masa dan meletihkan. Selalunya kita akan menggunakan skrin yang memaparkan peta direktori pusat membeli belah yg selalu terletak berhampiran tangga bergerak. Fungsi Directory membolehkan anda mencari sesuatu kedai dengan sangat mudah.
Contohnya saya hendak mencari KFC dalam Mid Valley Megamall. Sekarang saya berada didepan Kenny Rogers, Saya hanya perlu memasukkan nama KFC
Info KFC akan terpapar. Selepas itu dengan menekan pada menu Map, saya memilih Take Me There.
Anda diminta memilih kedai yang berdekatan dengan anda.
Kerana saya berada didepan Kenny Rogers, saya masukkan nama Kenny Rogers dan search.
Peta akan terpapar menunjukkan kedudukan anda sekarang dan kedudukan kedai yang anda cari.
Mudah bukan? Dengan fungsi ini, saya tidak lagi tercari-cari kedai yang tidak pernah dikunjungi.
Muat turun aplikasi MyMall
Pengguna IOS boleh mendownload aplikasi MyMall secara percuma dari AppStore. Hanya perlu search “mymall”
Pengguna Android, hanya search “MyMall” di android market atau terus klik link di bawah:
RELATED POSTS
mudahnya zaman sekarang