Posted on

Apa yang menarik mengenai Google+ Games?

permainan google plus

Google telah memperkenalkan fungsi Games pada laman sosial terbaru mereka iaitu Google+ (Google Plus). Sebagai langkah mengancam kedudukan Facebook sebagai peneraju laman sosial, fungsi Games sangat penting kerana di Facebook terdapat kira-kira 200 juta pemain games setiap bulan.

Namun pendekatan Google Plus Games ini sedikit berlainan dan membuatkan saya kagum dan teruja seketika. Serius saya tak pernah minat main games Facebook namun Google Plus menjadikan fungsi ini lebih menarik.

google plus games[6]

Pertama sekali untuk akses menu Games anda boleh tekan pada butang sebelah kanan Circles. Buat masa sekarang tidak banyak Games yang ada namun ianya dijangka bertambah dengan drastik di masa hadapan.

Mengikut maklumat yang saya baca, Google akan caj sebanyak 5% sahaja kepada pembangun aplikasi dan games berbanding Facebook yang caj 30% demi menarik lebih ramai pembangun ke platform Google+.

angry birds google plus[8]

Angry Birds antara games yang boleh dimainkan dalam Google Plus.

angry birds google plus

Menariknya kamu boleh tengok score rakan-rakan dan kemudian aim untuk pintas markah mereka.

angry birds google plus[6]

Tengok ranking kedudukan score kamu berbanding rakan-rakan yang lain.

google plus games notification

Game Notifications – segala invites, scores, komen rakan mengenai games akan muncul di sini dan tidak akan menyemak inbox atau wall stream kamu tidak seperti Facebook. Syabas Google kerana fungsi yang kemas dan menyenangkan ini.

google plus games

Ini games Edgeworld, ada gaya macam main Starcraft pula.

dragon of atlantis

Dragons of Atlantis ada macam Age of Empires juga.


Impresi pertama saya pada Google Plus Games ialah ringan, kemas dan laju. Serta tiada iklan dan benda yang mengarut dan notification juga tidak menyemak pada Stream.

Kalau yang belum cuba boleh lah cuba main sekarang dan bagi komen anda. Hari tu, kami invite 150 orang ke Google Plus tak sangka habis dengan cepat.

BACA :  Steam – platform gaming popular masa kini untuk pengguna Windows dan Mac

Selamat mencuba 🙂


RELATED POSTS

10 thoughts on “Apa yang menarik mengenai Google+ Games?

  1. Tapi aku rase line kene btol2 stabil & ok utk main game2 kt google+ ni,kalo tk… loading je memanjang. pnt menunggu. huhu

    1. aku guna streamyx…so far ok la loading games xde berat sangat 🙂

  2. x semua orang dapat main google games ni lagi kn?…dekat aku punya profile xde lagi pun?

    1. mungkin google bagi ntuk orang yang aktif kot

  3. dia x open untuk semua lagi kan?…nape dekat aku nye google plus still xde…

  4. boss, tanya skit bleh? jadi publisher luminate dorank bayar camner yer?? thanks.

  5. dah cuba, smooth je.. mmg best 🙂

  6. Skang dok men Crime City lvl 5 dah. Ahaha bushan2 men ar. Nak add2 org sebab men game tue yg payah. Koh3!~ Agak ringan gak gamenyer.

  7. Memang best bila main game dalam google plus.Saya setuju dengan bro eins,game Dragon of Atlantis macam Age Of Empire.lama giler nak prepare sebelum kena attack musuh.

    Angry Bird pula enjoy gak sebab ransang minda untuk berfikir.saya baru je main sampai level 9.he..he..

    Yep,line internet kena stabil bila nak main game online ni.

    Cuma tak faham nak main game dragon age macam mana.konfuse sangat.he..he..

    Bro Eins,saya silent reader blog bro da..good sharing here for google plus games.

Tinggalkan komen anda