Microsoft telah memperkenalkan antaramuka baru untuk sistem operasi Windows 8 yang akan digunakan pada komputer tablet. Antaramuka baru ini mengadaptasikan Metro UI yang digunakan pada Zune dan Windows Phone 7 kepada peranti komputer tablet yang menggunakan screen lebih besar dan beresolusi tinggi.
Windows 8 edisi tablet ini akan bersaing terus dengan sistem operasi yang digunakan pada mobile/tablet sedia ada iaitu iOS yang digunakan pada iPad, Android Honeycomb, Web OS pada tablet keluaran HP, QNX Blackberry OS pada Blackberry Playbook dan juga MeeGo OS pada tablet MeeGo.
Fungsi-fungsi baru termasuk gambar dan video demo boleh dilihat dengan membaca artikel penuh.
Video Demo
Fungsi baru Windows 8 tablet
Metro UI awesomeness
Tile-based widgets dengan realtime syncing
Fungsi “Snap” iaitu drag beberapa aplikasi dalam satu screen. Memudahkan multitasking.
Internet Explorer 10 dengan Metro UI.
Split onscreen keyboard bagi memudahkan menaip
Kebolehan menjalan legacy software dan aplikasi baru Windows 8 pada masa yang sama. Aplikasi Windows 8 boleh ditulis menggunakan HTML5 dan Javascript. Selain fungsi skrin sesentuh, boleh juga menggunakan mouse dan keyboard.
Sokongan laman sosial seperti Twitter (dan mungkin Facebook) terbina dalam.
Fungsi explorer pada Windows 8 tablet.
Photo Feedr yang berfungsi sebagai “hub” kepada gambar2 dari pelbagai sumber seperti twitter, flickr dan sebagainya.
– Walaupun antaramuka baru ini untuk tablet windows 8, namun demo screenshot menunjukkan ianya juga mampu dijalankan pada laptop biasa menggunakan keyboard dan touchpad.
– Dalam screenshot di atas boleh dilihat icon “Windows Store” dan kemungkinan aplikasi windows 8 boleh didapati di windows store.
– Mungkin ada yang menyangkal; bahawa antaramuka tablet sahaja yang berubah…bagaimana pula desktop biasa? Perlu diingat bahawa Microsoft belum lagi menunjukkan antaramuka baru Windows 8 yang akan digunakan pada desktop PC.
– Windows 8 boleh dijalankan pada peranti menggunakan processor ARM, bagi membolehkan penjimatan tenaga dan penggunaan bateri yang lebih lama daripada biasa.
– Widgets pada Windows 8 adalah animated dan realtime syncing sama seperti windows phone 7. Bukan statik icon yang membosankan.
– Teknologi yang digunakan pada Windows 8 ialah teknologi web : HTML5 dan Javascript digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan disamping fungsi Cloud; dimana Office 365 bakal diintegrasikan secara native dalam Windows 8 tablet.
– Dikatakan Windows 8 akan mempunyai sokongan video call dan instant messaging yang lebih hebat dan canggih selepas Microsoft membeli Skype dan mendapatkan kepakaran mereka dalam bidang video call.
– Antaramuka Windows 8 tablet sangat laju dan lancar dan sememangnya Microsoft telah membawa banyak perubahan dan pembaharuan.
– Masih banyak lagi features2 yang bakal diperkenalkan Microsoft pada tahun 2012 dimana Windows 8 akan dilepaskan. Saya masih menunggu antaramuka baru untuk desktop.
(Screen diatas dirakam sendiri oleh saya daripada video rasmi Microsoft…sebab kebanyakan gambar di blog2 besar seperti Engadget dan Neowin mempunyai kualiti yang sangat rendah)
Terima Kasih!
RELATED POSTS
walao… dh agak windows akn kuarkn UI cmnie… kalo ada transformation pack yg bleh windows 7 jd gini kn best ;-P
ko bleh guna omnimo…dah lama orang guna benda nie dan memang cun
http://fediafedia.deviantart.com/art/Omnimo-3-1-for-Rainmeter-158707137
lme dh aku guna omnimo… screenshot aku siap letak dlm fanpage jomphp lg lol:D tablet windows 8 bila kuar? aku x sabar nk tgok interface windows 8 yg lg tinggi dr 64-bit 🙂
oo ko guna nama apa kat fanpage jomphp? tablet windows 8 probably hujung tahun nie or awal taun depan kuar
boleh tahan lawa jugak..
Fuyoh,canggih mangih la Windows 8 ni..
awal taun dpn kuar kan?
Nmpaknya apa yg ditayangkan dlm video ni bkal mnjadi kenyataan!!
automatik translated tu belum possible lg dengan teknologi sekarang…but technology advances very fast…the future must be very bright
Nampaknya banyak fungsi W8 memerlukan internet. Kalau tak ada internet terus jadi leceh. Faham-fahamlah internet Malaysia ni macam mana…huhu…
still boleh guna conventional desktop layout…boleh main games2 dan menjalankan aplikasi windows xp, vista dan 7…
not unlike some cloud OS macam chrome os yang memang bergantung harap pada sambungan internet 24/7
biasa je aku tengok, macam dah guna rainmeter 😀
More awesomeness than android 3.0 honeycomb by the way…yeah nanti nak tablet kal-el quadcore yang boleh windows 8