Posted on

Alternatif kepada default blog editor (blogger, wordpress dll)

Ini adalah default blog editor bagi mereka yang menggunakan Blogger/Blogspot.com.

Jika anda berasa bosan menggunakannya, atas beberapa sebab, maka hayatilah dan renung-renungkanlah tutorial kali ini kerana saya akan mengajar bagaimana anda boleh menggunakan blog editor yang lain sebagai alternatif untuk membuat post baru kedalam blog anda.

1) Scribefire (http://www.scribefire.com/)

Scribefire adalah extension untuk Mozilla Firefox yang membolehkan anda membuat post kepada blog anda dengan senang dan pantas dengan beberapa fungsi ekstra. Antaramuka yang menarik, senang digunakan dan canggih antara kelebihan menggunakan scribefire disamping menyokong platform blogging popular seperti wordpress,blogspot dll.

Download firefox disini : Getfirefox
Download dan install disini : Scribefire

Gambar:

2. Windows Live Writer (http://get.live.com/writer/overview)

Windows Live Writer ialah perisian blogging percuma oleh Microsoft yang membolehkan anda membuat post kedalam blog dari desktop anda sendiri. Cara menggunakannya adalah senang dan seolah-olah menaip dokumen menggunakan Microsoft Word. Antaramuka yang menarik, fungsi-fungsi "advanced" dan menyokong platform blogging popular. Sememangnya wajib dicuba.

Download disini. Live Writer

Gambar:

Perlu ke menggunakan cara alternatif? Tanyalah selera anda sendiri dan selamat mencuba ! 🙂


RELATED POSTS

BACA :  Iklankan web anda dengan iklanpro.net

10 thoughts on “Alternatif kepada default blog editor (blogger, wordpress dll)

  1. aku dah try banyak kali install windows live writer tu..
    tapi tak berjaya gaks..
    tak tau nak kenapa..
    huhuhu

  2. klau nk install windows live writer tu ko kena set ie jd default browser ntuk menyenangkan ko download update dr web microsoft…

    lepas update sekian sekian then barulah ko bleh install wlw skali ngan produk microsoft lain cam windows live gallery dll…

    biasa la software2 microsoft ni leceh sket…

  3. oo..
    macam tu rupanya…
    sengal tol maikelsoft nih..
    huhuhu

  4. Salam,nak tanyak sikit.Aku dah install live writer nie.Tapi ada prob bile nak publish post yang ada banyak gambar.Selalu jadi keluar error request time-out.Ada solution tak??

  5. Ko post kat blog blogspot ke? Dah enable ke picasa apa tah dlu…baru leh upload picture..

  6. wooott, mudah betul sekarang ni 🙂

  7. buat masa ni, WP Post admin dah cukup memadai. 🙂

    abdusfauzi´s last blog post..The “Best” Soccer Game Ever

    1. byk yg kurang guna wp post admin ni.nak letak gambar susah.lepastu nak buat table takleh.

      kl guna WLW, mcm guna Mic Word 🙂

  8. aku cube WL, tp xleh install..dia kate kene update windows..aku pakai windows pirate..nanti kan hang plak komp aku ni bile update
    .-= Tintaluhur´s last blog ..Tool Hiasan Desktop =-.

  9. aku biasa menulis kt dreamweaver..
    pastu copy paste segala code masuk wp post admin..
    aku bahagia dengan cara tu..
    software2 yg dibagitau tu aku dah penah try..
    tp rasa x ngam ngn diri aku..
    tp memang function die best2..
    .-= Anarm´s last blog ..Yasmin Ahmad meninggal dunia =-.

Tinggalkan komen anda