Posted on

Allmyapps – Windows App Store

allmyapps

Apple akan melancarkan Mac App Store bagi sistem operasi Mac OSX dalam beberapa minggu lagi, manakala App Store rasmi bagi windows pula hanya akan dilancarkan oleh Microsoft selepas Windows 8 dikeluarkan.

Tetapi, ada satu syarikat telah membuat inisiatif sendiri iaitu melancarkan Allmyapps yang bertindak sebagai app store bagi perisian-perisian popular untuk sistem operasi Windows 7. Walaupun masih dalam versi beta, anda sudah boleh menggunakan Allmyapps tanpa perlu risau apa-apa masalah.

Allmyapps sangat membantu jika anda baru format komputer dan malas nak download satu-satu installer dari softpedia, filehippo etc. Menggunakan Allmyapps install software semudah satu click sahaja, asalkan mempunyai sambungan internet yang berterusan.

Allmyapps adalah percuma dan cara nak install sangat senang dan cepat. Download installer allmyapps dari link : http://allmyapps.com/download

Anda memerlukan akaun sebelum menggunakan Allmyapps, create akaun dahulu dan boleh upload gravatar jika berminat.

allmyapps app store windows

Untuk menggunakan Allmyapps, masukkan email dan password bagi akaun yang ada create sebentar tadi.

allmyapps[4]

Paparan UI Allmyapps agak kelihatan Apple-ish. Ada macam-macam kategori software yang ada seperti Web, Communication, Security, Utilities, Offices, Video, Audio, Imaging, Games dan Development.

allmyapps[6]

Katakan anda hendak install game Wormux, hanya perlu click pada install sahaja.

wormux allmyapps

Dan Wormux akan muncul di bahagian All my apps. Tunggu sekejap hingga ia selesai download dan install.

allmyapps[8]

Anda juga boleh set Allmyapps untuk start secara automatik bila Windows start. Silent installs bermaksud apps akan diinstall secara senyap tanpa perlu confirmation atau pop-up notification.

allmyapps download

Buat masa sekarang Allmyapps hanya mempunyai library yang terdiri daripada perisian percuma dan juga open source. Perisian berbayar akan ditambah di masa hadapan dan anda boleh integrasikan kredit kad bagi memudahkan pembayaran.

BACA :  Cara Install Windows 8.1 Preview + Download Link

Anda juga boleh membuat list sendiri dalam Allmyapps, dan list itu anda boleh share2 dengan rakan anda yang lain bagi memudahkan, tak perlu nak cari satu-satu.

Allmyapps boleh digunakan di Windows 7 dan Vista 32bit/64bit. Pengguna Windows XP dengarnya tak stable lagi dalam versi sekarang. Selamat mencuba!


RELATED POSTS

11 thoughts on “Allmyapps – Windows App Store

  1. wahh! sangat berguna! very thanks for the info!

  2. Aku still lagi layan ninite hehe. Sama jek concept die

    Kalau nak banyak pilihan lagi pakai jek File Hippo!

  3. Bertambah mudah la gamaknya. Satu lagi aplikasi yg menarik!

  4. nampak gaya, usaha microsoft untuk membasmi pirasi semakin berjaya. susahlah orang miskin macam aku ni. hahaha…

    1. by the way allmyapps nie tak affiliated dgn microsoft pun, cuma initiatif awal kepada windows app store je la

  5. macam best jer. thanks for the info btw.

  6. dah try, mudah dan cepat kpd mereka yang baru lepas format.. 🙂

  7. seiring dengan apple la ni? hhehehee…
    sampai bila versi beta tu?

    1. tak lama lagi kuar version stable la tu…
      now apps tak byk sgt pun lagi

Tinggalkan komen anda