Posted on

Akses partition MacOSX melalui windows dengan MacDrive

Partition MacOSX menggunakan format HSFJ, berbeza dengan Windows yang menggunakan partition ntfs. Jika anda dual boot Windows dan MacOSX, anda tentu perasan partition yang digunakan oleh MacOSX tidak kelihatan.

bootcamp_macbooks2

Berlainan pula dengan MacOSX, anda dapat akses kesemua partition yang ada dalam hard disk anda. Bagaimana nak atasi masalah ini?

MacDrive merupakan perisian berbayar yang membolehkan anda mengakses partition MacOSX anda seperti partition Windows yang lain.

macrdrive1

Cara menggunakan MacDrive adalah sangat mudah. Setelah anda install MacDrive, partition MacOSX anda kini dapat diakses seperti partition yang lain. Gambar dibawah menunjukkan partition MacOSX pada pc saya kelihatan pada Windows 7.

macosx1

MacDrive juga membolehkan anda mencipta, format dan padam partition MacOSX tanpa menggunakan MacOSX.

macosx2

Jika anda pengguna advanced, banyak benda berguna yang anda boleh buat menggunakan MacDrive. Contohnya backup dan restore image partition MacOSX anda melalui windows. Oleh itu jika MacOSX anda mengalami masalah dan tidak dapat boot, anda masih boleh restore partition tersebut dengan senang melalui Windows.

MacDrive boleh dicuba melalui  (15 hari trial percuma):

http://www.mediafour.com/products/macdrive

Bagi saya, perisian ini berbaloi untuk dibeli kerana memudahkan banyak kerja perkomputeran seharian saya. Selamat mencuba 😉


RELATED POSTS

BACA :  Download Windows 8 Developer Preview – 32 bit dan 64 bit

19 thoughts on “Akses partition MacOSX melalui windows dengan MacDrive

  1. Wow, menarik, buat guna Mac ke? Kat parallel OS?

    1. aku hackintosh machine. run macosx kat pc.

  2. huhu cd iAtkos s3…

    tu iAtkos s3 or iAtkos s3 v2…>.<

      1. bagus2…huhu..ak pon gne tu jugak…
        da 2 pc n 1 netbook ak install..run x de masalah…cme graphic je x dpt solution..kext tuk support x de..=.=

        1. graphic apa? dah try tanya kat insanelymac?

        2. Soalan noob dari saya: Maksud “da 2 pc n 1 netbook ak install” tu apa? Install OS MAC kat pc biasa ke? Buleh ke? Berminat ni hehe..

        3. sory2… dua pc uh dua desktop…:P

        4. Soalan saya tu tak berjawab lagi hehe, kalau boleh kat desktop, rasanya nak jugak saya mencuba 😉

        5. meh nk tolong jwb…sgt possible nak run mac os x snow leopard dalam pc…

          org pnggil benda nie hackintosh

        6. Ok, time kasih atas hint nya sahabat 🙂 Saya akan try google nnti 😉

        7. Alamak, xde kesempatan betul nak buat research ttg hackintosh tu. Err, kalau tak keberatan sahabat buat tutorial buleh? Hehe… kira request lah ni 😀

  3. :angel: sejak bila jomphp minat
    guna mac os x. :biggrin:

  4. huhu…x tnye…tp bnyak post kat c2…
    cri kat kext.com pon bnyak x ley guna…
    de yg kasi solution…tp ak buat desktop langsung x kuar…gelap je..(lpas logo mac)

    graphic ak graphic lme… x1650pro…
    kat netbook gma4500..de tuk support je..QE x support lak..huhu..

    last2 biar je vga standerd…jnji ley layan…:p

  5. ada tak cara senang nak install macosx ni?nak try jugak guna mac kat laptop :unsure:

  6. kalau nak access partitions ext utk ubuntu or fedora plak cam mana ein?

  7. mana nak cari mac os .iso nie…nak try pkai mac os la plak..asyik window jek..

  8. ade gak rse nk try tp AMD xsupport jd leh tgk jela… :biggrin:

  9. Akses partition MacOSX melalui windows dengan MacDrive | JomPHP…

    […]Cara menggunakan MacDrive adalah sangat mudah. Setelah anda install MacDrive, partition MacOSX anda kini dapat diakses seperti partition yang lain. Gambar dibawah menunjukkan partition MacOSX pada pc saya kelihatan pada Windows 7. … meh nk tolon…

Tinggalkan komen anda