Posted on

AdMercu – Satu lagi web pengiklanan online tempatan

Nuffnang, Advertlets, Innity, Google Adsense merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengiklanan online. Disebabkan peningkatan pengguna Internet di Malaysia dan kemudahan pembelian online, semakin banyak syarikat dan perniagaan mengiklankan khidmat mereka di internet. Melihat peluang ini, satu lagi web pengiklanan online telah dilancarkan untuk mewarnai dunia pengiklanan online di Malaysia. Memperkenalkan AdMercu.com.

Masih baru dilancarkan iaitu pada bulan Mei 2010, AdMercu mensasarkan pengiklan (advertiser) yang mempunyai bajet rendah. Berbanding pesaing lain seperti Nuffnang yang memerlukan bajet yang besar untuk mengiklankan web/pekhidmatan anda, harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah dengan AdMercu.

Untuk blogmaster dan webmaster yang ingin mencari pendapatan sampingan, AdMercu juga mempunyai program publisher. Anda akan dibayar dengan memaparkan iklan dari Admercu diblog dan juga website anda, sama seperti Nuffnang dan lain-lain.

Bagaimana dengan bayaran dan syarat-syarat untuk menjadi publisher? Untuk menjadi publisher, blog anda mestilah tidak mempunyai unsur-unsur lucah atau tidak sesuai untuk bacaan umum. Pembayaran minima (minimum cashout) ialah RM20 dan anda akan dibayar menggunakan cek. Manakala jika anda berminat menjadi pengiklan (advertiser), bayaran perlu dilakukan menggunakan Paypal dalam ringgit malaysia.

Pandangan peribadi saya mengenai AdMercu, design website perlulah diperkemaskan supaya kelihatan professional dan menarik. Ini penting untuk membina kredibiliti Admercu dan memberi keyakinan kepada bakal advertiser dan publisher. Selain itu, masih banyak yang agak kabur di halaman utama AdMercu. Isi isi penting seperti kelebihan beriklan AdMercu, kelebihan menjadi advertiser AdMercu dan lain-lain soalan lazim (FAQ) mestilah diletakkan dihalaman utama dan senang dicapai walaupun untuk pengguna kurang mahir internet. Apapun syabas kepada AdMercu kerana berani mencuba pasaran pengiklanan online yang agak mencabar ini. Diharap pihak Admercu cuba monitor komen pembaca di JomPHP, mungkin ada input pengguna dari pembaca kami dan juga bakal client AdMercu.

BACA :  PricePanda – Perbandingan Harga Termurah untuk Smartphone, Gadget terbaru

Jika anda berminat, dijemput berkunjung ke laman web Admercu – Pengiklanan Online Malaysia


RELATED POSTS

14 thoughts on “AdMercu – Satu lagi web pengiklanan online tempatan

  1. oh! tamau kehilangan status geli2 (hate to spell it) kat nuffnang. ka3..
    .-= Megat Azfar´s last blog ..Wah! Terharunye.. =-.

    1. yg tu kena tanya En. Nuffnang. Tp rasanya konfir hilang status geli geli tu 😆

  2. wah..xpala, nk tggu company diorg btl2 kukuh dulu baru akan join kot..awal2 ni, biarkan dlu..hehe..
    .-= x-po´s last blog ..MAKIN BERUMUR, LELAKI ATAU PEREMPUAN MAKIN MATANG KE? =-.

  3. Haha…dah g tengok…memang betul, kena ubah theme site tu…macam rumah tak berpenghuni jek…uppss
    .-= rashid´s last blog ..(Kongsi) Percutian Di Bulan Jun, Korang Ada Plan? =-.

  4. anak mercu maya kah? =P

  5. Design website dia agak…meh…even logo dan ads dlm format 125×125 kat sidebar jomphp pun agak x best designnya…

    macamana la advertiser nak yakin dgn kredibiliti pihak admercu nih kalo nengokkan design website pun x professional…

    lagi satu memang perlu ada FAQS, terma dan syarat kena jelas, serta step by step tutorials…camne nak masuk code etc etc…
    yang penting harus user friendly…
    .-= EiNS´s last blog ..Tomok jadi superhero dengan perisai robotik dalam Mantera =-.

  6. bukan nak kondem, tapi tengok web pon tak yakin. apa cer?
    .-= Luth Textile´s last blog ..Pengurangan Subsidi : Adakah anda bersedia? =-.

  7. harap2 diorang boleh improve lah..baru lah ada alternatif lain dari nuff lepas ni :blush:
    .-= aizuddin´s last blog ..Video Lucah Ariel Peterpan Dan Luna Maya Sudah Tersebar? =-.

  8. Ada persaigan lagi…
    Baru best camni…

    Thanks for the info bro..

  9. sape dah try bende nih? dah dpt cashout?
    .-= Anarm´s last blog ..Kenapa manusia suka menzalimi haiwan? =-.

  10. macam dah bankrupt je.. blog aku lagi cantik
    .-= ariff´s last blog ..Innity Site Take Over Ads =-.

    1. lol belum bangkrup, baru start tu :blush:
      .-= cyberfly´s last blog ..Bila gajah “disumpah” menjadi beruang panda =-.

  11. Saya telah berdaftar sebagai publisher di Admercu.com tetapi saya dapati bahagian AR CODE tidak berfungsi.

Tinggalkan komen anda