Posted on

Action! – software rakam desktop, game dan TV Online terbaik

action!

Action! merupakan perisian merakam video dan audio pada komputer. Ia biasanya digunakan sebagai desktop recorder dan juga game recorder.

Katakan anda ada sesuatu untuk dikongsi dalam game kegemaran, anda boleh rekod video menggunakan Action! dan kemudian upload video tersebut ke YouTube atau Facebook. Kebanyakan video yang saya buat di Youtube juga dirakam menggunakan Action!.

Mungkin ada yang pernah guna Fraps atau Bandicam, namun setelah menggunakan Action! selama beberapa bulan lepas lagi saya cukup berpuas hati dengan fungsi dan kualiti yang ditawarkan oleh Action!.

Action! – software rakam TV, desktop dan game terbaik

Antara fungsi Action! yang paling menarik

1. Rakam siaran TV live daripada TonTon

Anda boleh gunakan Action! untuk merakam siaran TV live daripada laman TonTon. Secara teori, ia juga mampu merakam video daripada laman Hulu, Netflix, Astro On The Go mahupun TV Al-Hijrah.

 

Video yang dirakam boleh disimpan untuk koleksi peribadi untuk tontonan masa lapang. Saiz video juga dapat dikurangkan sekiranya anda menggunakan teknik yang betul.

Kalau anda tidak sentiasa didepan komputer, boleh gunakan remote desktop seperti TeamViewer sahaja untuk “trigger” rakaman Action! dari jarak jauh.

2. Rakam video dan ambil screenshot daripada games

action screenshot

Menggunakan Action! anda boleh merakam video gameplay atau mengambil screenshot semudah dengan menekan satu butang. Gambar dan video yang diambil juga agak berkualiti tinggi.

3. Rakam audio desktop dan juga rakam radio

Action! boleh merakam audio daripada microsoft, audio daripada system komputer anda mahupun merakam siaran radio live streaming.

contoh : https://soundcloud.com/eins-trigger/tunein-record

Cepat, ringkas, mudah.

4. Merakam desktop

merakam desktop

Action! boleh merakam desktop komputer anda secara full-screen ataupun menggunakan region selection.

BACA :  Restore Folder Option, Task Manager dgn Emergency Virus Fix!

Contoh : http://www.youtube.com/watch?v=YuXpAr-G-Pw

5. Export video dan Youtube HD Upload

merakam desktop

Action! membolehkan anda export video yang dirakam kepada pelbagai format peranti seperti iPad, iPhone, Playstation Portable, Android dan sebagainya.

Kalau anda berminat untuk upload terus video ke Youtube juga boleh.

Download Action!

Action! merupakan perisian berbayar dan jika mahu anda boleh download trial percuma selama satu minggu.

Download Action!

Harga lesen Action! ialah kira-kira RM90, manakala Fraps juga kira-kira RM90 dan Bandicam pula RM120. Jika berminat, saya boleh jual beberapa serial key Action! original pada harga RM60 sahaja.

Pembelian original tidak perlu risau masalah update atau key kena blacklist…manakala hasil video pula lebih berkat. 😀

Anda boleh email saya di einsync[at]gmail.com jika berminat.

Selamat mencuba! 🙂


RELATED POSTS

21 thoughts on “Action! – software rakam desktop, game dan TV Online terbaik

  1. crack version?

    1. version 1.13.X dah block yang crack version…beli la original rm60 🙂

  2. Kalau rakam dari tv online memang sedap kalau takda buffering. Internet 1Mb/s macam aku pakai memang tak seronoklah.

    Tapi bro,apsal takda fungsi tonton kat Youtube kat pautan video kartun shin chan tu.

    1. Aku pakai streamyx 4mbps…memang takde buffering dan smooth nak rakam

      Shin Chan tu, takleh tonton kat Youtube sebab aku upload kat google drive…haha

  3. file size die lebih kecil drpd fraps/dxtory?

    1. lebih kecil daripada fraps…dxtory tak pernah try
      nak saiz kecil boleh save as mp4 dan buat 480p instead of avi 720p

  4. Download versi 1.12.2, dapat 30 hari trial duration. 😀

    1. versi trial ada watermark bila record video…

      1. Ya betul. Memang berbaloi kalau beli, RM60 tak ada lah mahal sangat untuk software yang bagus macam ni. Nak tanya, kenapa ya size besar sangat, aku record game, 700Mb untuk 3 minit. Kalau kira, 700Mb tu dah boleh tengok movie 2 jam yg kualiti sederhana kan.. Setting, AVI 720p 60 frame. Memang saiz normal dia macam tu eh, ke sebab laptop aku yang jadikan ia saiz besar? Kalau besar macam tu, macam mana nak upload kat youtube?

        1. Pro tip: Action ada option export, contoh export ke Apple 720p HQ…then nak kecikkan lagi boleh import ke windows movie maker dan save format youtube atau facebook

          Baru said dia kecik

  5. ni record screen je ke ? utk tonton??

    ade software yg download mcm dulu x?

    1. record screen untuk live TV…kalau tonton catch-up tu baru bleh pakai software lain

  6. ada tk software utk rekod sound dri PC shj??

    1. ada banyak audio recorder…tapi since aku dah pakai Action! aku guna software ni je both video and sound

  7. mcm best je kan..email kat saya detail leh [email protected]

  8. […] rujukan, boleh baca di Action! – software rakam desktop, game dan TV Online terbaik. Tutorial akan disediakan, step by […]

  9. mcmn nak gn autk ambil video live drpd tv???plzzzz ajar

  10. […] bulan lepas saya ada menulis mengenai perisian kegemaran saya iaitu Mirillis Action! yang boleh rekod online TV, Video, Games serta Desktop. Mirilis Action! bagi saya perisian yang sangat mudah digunakan, hasil output video yang berkualiti […]

  11. salam,
    macam mana nak beli software ni?

    Terima Kasih
    Muhd Soffian
    019-220 8986

Tinggalkan komen anda