Posted on

Tutorial CodeIgniter 3 – Install library dengan mudah menggunakan Composer

Composer adalah tools yang memudahkan PHP developer untuk download third party library ke dalam project.

Untuk menggunakan Composer pada CodeIgniter, anda hanya perlu ubah tetapan di bawah.

1. Buka application/config.php

2. Ubah composer_autoload kepada TRUE

$config['composer_autoload'] = TRUE;

3. Save dan sekarang anda sudah boleh download mana-mana third party library dengan mudah menggunakan Composer.

4. Sebagai contoh, pada terminal saya jalankan command ini untuk download PHPWord, iaitu satu library yang membolehkan developer menghasilkan file Word menggunakan PHP.

composer require phpoffice/phpword

5. Selepas Composer selesai download package PhpWord, anda akan dapat lihat folder phpword di dalam folder vendor seperti gambar di bawah.

6. Semua third party library yang di download menggunakan Composer boleh di dapati dalam folder vendor.

7. Selamat mencuba!

 

 

Posted on

Tukarkan smartphone kepada wireless barcode scanner dengan aplikasi mudah ini

kinoniqrcode

Saya sedang membina aplikasi yang memerlukan penggunaan barcode scanner secara segera, tapi malangnya saya tidak mempunyai barcode scanner untuk di gunakan. Dengan kuasa Google dan smartphone yang canggih sekarang, saya dengan segera mencuba beberapa aplikasi yang menukar smartphone kepada wireless barcode scanner.

Jom kita lihat beberapa aplikasi yang sangat bagus untuk jadikan smartphone anda wireless barcode scanner. Continue reading Tukarkan smartphone kepada wireless barcode scanner dengan aplikasi mudah ini

Posted on

Cara install Visual Basic 6 pada Windows 10

Visual Basic 6 merupakan salah satu software programming Microsoft yang sangat popoular, namun versi VB6 telah lama tamat support dari Microsoft. Oleh itu Visual Basic 6 tidak lagi compatible pada Windows 10, dan memerlukan sedikit ubahsuai.

Jika anda seorang software developer yang masih memerlukan install Visual Basic 6 pada Windows 10, ikuti tutorial ini.

Cara  install Visual Basic 6 pada Windows 10

  1. Pastikan run sebagai Administrator dan Pilih Custom

  2. Jika anda di minta ‘Update Microsoft Virtual Machine for Java’, download file MSJAVA.DLL dari link ini dan pastekan ke dalam folder C:\Windows\SysWOW64\ (Windows 64BIT) atau C:\Windows\System32\ (Windows 32 BIT)

  3. Pilih Data Access dan klik pada Change Option

  4. Pilih ADO, RDS, and OLE DB Providers dan sekali lagi klik pada Change Option

  5. Untick ADO and RDS dan klik OK

  6. Siap!

 

 

Posted on

Cara install iFlix pada TM Unifi HyppTV

xfile

iFlix merupakan satu servis movies dan tv series streaming yang baru bertapak di Malaysia. Banyak movie dan tv series menarik boleh di tonton dengan sangat cepat dan mudah.

xfile

Berita baik buat pengguna UniFi di mana iFlix telah memberi langganan percuma selama setahun buat semua pengguna UniFi. Best tu!

Bagaimanapun, app iFlix tidak di datangkan secara default pada peranti Set Top Box HyppTV, dan anda perlu install sendiri aplikasi iFlix untuk menikmati streaming movies dari iFlix. Ikuti tutorial ini untuk menambah aplikasi iFlix pada STP HyppTV anda. Continue reading Cara install iFlix pada TM Unifi HyppTV

Posted on

Disk space peranti MAC anda penuh dan anda tidak tahu sebabnya? Gunakan aplikasi mudah ini

ncdu-filesize

Saya menggunakan laptop Macbook Air 128GB SSD dan ruangan storage sangat terhad. Oleh itu saya sangat menjaga aplikasi yang di install, dan juga mengelakkan copy fail bersaiz besar seperti Movie, Games dan sebagainya. Bagaimanapun disk space saya masih penuh tanpa di ketahui sebabnya.

Sebagai solusi, saya cuba delete games, movies dan beberapa aplikasi yang jarang di gunakan, tetapi hanya dapat sedikit free space dan disk space masih penuh.

Akhirnya setelah mencuba aplikasi ini, saya dapat mengetahui sebab utama dan membuang fail tidak berguna yang banyak memakan disk space.

Aplikasi ringkas ini di panggil NCDU, dan ianya ringan dan percuma. Aplikasi NCDU juga boleh di gunakan untuk platform Linux. Continue reading Disk space peranti MAC anda penuh dan anda tidak tahu sebabnya? Gunakan aplikasi mudah ini

Posted on

Windows 10 Threshold 2 (Build 10586) Lebih Laju dan Stabil

windows-10-10586-threshold2

windows-10-10586-threshold2

Microsoft dijangka akan melancarkan kemaskini yang agak besar bagi Windows 10 yang diberi kod nama “Threshold 2” (TH2). TH2 akan membawakan pelbagai peningkatan dari segi fungsi sedia selain penambahan beberapa fungsi baru, dan TH2 juga membaiki pelbagai bugs dan crashes yang terdapat dalam versi Windows 10 sebelumnya. Khabar angin mengatakan pelancaran TH2 adalah pada 10 November 2015 tetapi ianya belum lagi disahkan sehingga kini.

Jika anda merupakan insider bagi Windows 10, anda kini boleh memuat turun kemaskini TH2 yang juga dikenali sebagai Build 10586 menggunakan Windows Update. Saya sendiri telah membuat kemaskini Build 10586 pada komputer saya dan segalanya berjalan lancar.

Continue reading Windows 10 Threshold 2 (Build 10586) Lebih Laju dan Stabil

Posted on

Firefox 64-bit (Versi Stabil 42.0) Kini Sedia Dimuat Turun

firefox 64 bit

Akhirnya Mozilla telah melancarkan pelayar Firefox 64-bit versi stabil secara rasmi setelah melalui frasa yang agak lama : pembangunan –> penangguhan –> pembatalan –> pembangunan semula.

Continue reading Firefox 64-bit (Versi Stabil 42.0) Kini Sedia Dimuat Turun

Posted on

Periksa Tahap Suhu Hardware Komputer Anda Dengan Mudah

check suhu komputer

Nak tahu tahap suhu (temperature) hardware komputer anda seperti CPU/APU, GPU, Motherboard, Hard Disk dengan mudah? Gunakan dua aplikasi percuma ini iaitu Speccy dan HWMonitor.

Continue reading Periksa Tahap Suhu Hardware Komputer Anda Dengan Mudah

Posted on

Display Driver Uninstaller (DDU) Memudahkan Anda Uninstall Driver Graphic Nvidia dan AMD


display driver uninstaller

Tahukah anda, driver graphic yang tidak optimal boleh menjejaskan kelancaran sistem operasi anda dan juga menyumbang kepada ‘lag’ atau ‘stuttering’ bila bermain games. Kecelaruan driver graphic biasanya berpunca dari driver lama yang tidak dikemaskini, driver graphic yang tidak sesuai dengan sistem operasi terbaru (contoh; komputer Windows 10 tetapi driver graphic versi Windows 8) dan juga driver dari OEM yang biasanya lambat ‘catch-up’ kepada versi baru.

Display Driver Uninstaller (DDU) merupakan aplikasi ringkas yang membantu anda membuang segala saki baki driver lama yang ada di dalam komputer bagi memudahkan buat ‘fresh install’ driver baru. Ianya sangat popular di kalangan peminat tegar graphic card bagi mendapatkan frame rate yang optimal untuk gaming. Dalam ayat yang mudah faham, DDU membuang segala data driver graphic AMD dan Nvidia sedia ada.

Continue reading Display Driver Uninstaller (DDU) Memudahkan Anda Uninstall Driver Graphic Nvidia dan AMD