Posted on

6tag – aplikasi Instagram untuk Windows Phone kini dilancarkan

6tag instagram windows phone[8]

6tag merupakan aplikasi Instagram pihak ketiga (3rd party) untuk pelantar Windows Phone. Aplikasi 6tag yang dibangunkan seorang diri oleh Rudy Huyn dalam masa kurang daripada sebulan ini mempunyai fungsi lengkap seperti aplikasi rasmi Instagram pada iOS dan Android, contohnya upload gambar beserta filter, memainkan video, rakam dan upload video, tag rakan dan sebagainya.

Pengguna Windows Phone 8 seperti Nokia Lumia 920, Lumia 925, HTC 8X dll kini boleh memuat turun aplikasi 6tag ini secara percuma dari Windows Store.

6tag windows phone

Kurang daripada 24 jam dilancarkan, aplikasi 6tag sudahpun mendapat banyak liputan di blog teknologi terkemuka malah turut mendapat ribuan jumlah muat turun beserta rating positif di Windows Store.

Aplikasi 6tag adalah percuma tetapi anda boleh membayar sedikit in-app purchase untuk mengaktifkan fungsi upload video tanpa had dan juga membuang iklan.

Download 6tag Instagram Windows Phone.

Jika anda menggunakan Windows Store Malaysia, mungkin agak lambat sedikit untuk app 6tag muncul.

Selamat mencuba! 🙂


RELATED POSTS

BACA :  Facebook Chat Head & Sticker

Tinggalkan komen anda