Posted on

$35 Android Tablet, hanya di India

india's android tablet

Sejak Apple keluarkan iPad, ramai company lain berebut nak kuarkan produk komputer tablet seumpamanya. iOS adalah eksklusif untuk produk keluaran Apple sahaja, dan pembuat komputer lain menggunakan operating system alternatif pada tablet seperti Windows 7, Windows Embedded Compact 7, Android, Meego dan sebagainya. Android OS daripada Google adalah antara sistem operasi yang makin mendapat sambutan ramai pengguna di seluruh dunia dan populariti Android bakal menjejas kemasyhuran Apple iOS.

Ini berita terbaru di India, dimana kerajaan India bakal mengeluarkan tablet Android yang bernilai sebanyak $35 (109.39 MYR) untuk kegunaan pelajar universiti di sana. Tablet ini bakal mempunyai spesifikasi seperti skrin sesentuh 7 inci, Wifi dan 3G, microSD storage dan menggunakan Android 2.1 Éclair. Berita ini mengejutkan banyak website dan blog komputer serata dunia kerana sebuah tablet Android tidak mungkin berharga sangat murah dengan spesifikasi yang disediakan.

Ini menunjukkan bahawa teknologi perkomputeran di India sudah sangat maju sehingga boleh menghasilkan komputer tablet yang murah dalam skala yang besar; untuk kegunaan pelajar universiti. Selain tablet ini, salah satu lagi produk komputer tablet keluaran syarikat di India, iaitu Notion Adam Ink juga bakal dilancarkan tidak lama lagi. Notion Adam Ink bakal mempunyai spesifikasi yang sangat canggih serta mampu memintas pesaing-pesaing lain dalam bidang perkomputeran tablet ini.

Diharapkan pihak kerajaan Malaysia juga dapat mengikut jejak langkah pihak kerajaan India dalam membangunkan produk komputer yang canggih, serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Apa yang rakyat mahukan ialah; produk yang bagus dengan harga yang murah. Dan bukannya produk sampah tetapi dengan harga yang sangat mahal. Renung2kan dan moga dapat belajar sesuatu daripada apa yang kerajaan luar cuba berikan pada rakyat mereka.


RELATED POSTS

BACA :  Komputer baru yang lebih laju dan mantap, terima kasih AMD Quad-core processor

14 thoughts on “$35 Android Tablet, hanya di India

  1. mak aii…murah nak mampuih…bila la msia nak jadi cam india..kepakaran dari india dah byk bwk masuk..

    http://zuarxpdc.blogspot.com/2010/09/proton-waja-baru-macam-mitsubishi.html

  2. murah gile..bile mesia nak ada ni :cwy:

  3. Company CSL ada kuarkan tablet pc windows 7 kalau x silap…tapi nampak kualiti cam x best dan mahal gila kot

  4. huhuhu tablet eh..aku dok ingat netbook yg dia kuarkan..huhuhu tp memg respek r india ni..byk produk untuk rakyat..macam keta rakyat keluaran tata…termurah didunia gak..ini baru btul dari rakyat untuk rakyat…

  5. mmg murah gila bro..
    boleh sambar satu ni…

    1. Bukan satu, sepuluh pun boleh…haha

  6. Eh,ko cite psl tablet ni. Aku baru sebat tablet murah harga RM599. Made in China je tp agak bole thn la. Spec sjibik cam kt atas. nanti aku nk wat review psl produk tu kt blog aku. stakat ni aku suke la ngan performance dia… 😉

    1. Serius? model apa gak tuh…berminat nk tahu nie

      1. name agak merapu ckit la, HaiPad MID M701. hahaha…ko try searh kt youtube,ada review dr pengguna. Aku gune stakat ni mmg mantop,da la ringan,kcik lak tu…sungguh memudahkan utk surfing smbil mlepak di mamak. hehe

        1. Oo cam best…
          model ko pakai tu processor 720mhz ke 800mhz…
          boleh bgtau kat mana ko beli n ada warranty tak?
          kalau best aku angkut satu…haha

  7. @EiNS, 720 MHz je. Aku beli mende tu mase ade ekspo kt Danga City Mall,JB dgn waranti setahun. Kt situ ada gak pusat komputer mcm kt lowyat tp hanya utk 1 floor je. Mmg harga tgh promo dia kate, hari biase harga jd RM699. Aku terpikat sbab dia gune OS android 2.1 (Eclair),tablet yg lain ade gune 1.5,mundur la plak rase kalo nk gune 1.5. Support HD bro. hehe

  8. bapak murah..untung la kalau kat Malaysia buat camtuh..aku dok nampak lg nak cekik ada ar..haha

  9. biar btul… tp klu mesia lmbat lg kot… hrga tenet pun mahal mahal nk mapus.. :cwy:

  10. Saya melihat Ipad dapat mengatasi kegagalan Windows semasa melancarkan Tablet PC. Kenapa apabile Apple release Ipad semuan hardcore Apple tertunggu-tunggu dan OS Android adalah salah platform untuk developer akan menjadi sebaik Linux mudah-mudah supaya tidak ada monopoli OS seperti Microsoft

Tinggalkan komen anda