Posted on

3 enjin carian cool yang anda patut cuba

Bila sebut enjin carian, mesti semua orang teringat mengenai raja kepada segala search engine iaitu Google, serta pesaing google seperti Yahoo, Bing, Ask dan sebagainya.  Google memang sangat hebat, laju, lengkap dan komprehensif tetapi google bukanlah pakar dalam segala bidang.

Kali ini saya ingin memberitahu mengenai 3 lagi search engine yang sangat cool, yang patut anda cuba. Jangan la taksub dengan google sahaja, sekurang-kurangnya bagi sedikit peluang kepada search engine lain untuk mencuri sedikit market share.

1. Taqwa.me – enjin carian Islam

taqwa.me

Taqwa.me ialah enjin carian baru dengan tagline “the conscious search engine”. Taqwa berfungsi seakan-akan search engine lain seperti Google tetapi dengan sedikit sentuhan islamik, yang membezakan taqwa dengan search engine lain.

taqwa.me[5]

Antaramuka taqwa sangat ringkas, hanya menampakkan kotak carian dan background wallpaper, ala Bing. Selain itu, taqwa juga mempunyai fungsi untuk flag hasil carian yang anda jumpa. Katakan link website yang serp (search engine result page) itu mengandungi unsur 18+, anda boleh flag pada butang Haram. Dan jika link website itu betul2 bersih, anda boleh click pada butang Halal.

Tujuan fungsi ini ialah membantu menapis link2 yang tidak bersih daripada hasil carian enjin taqwa, sekaligus membantu pengguna dalam menjauhkan diri daripada melakukan maksiat mata.

Link: Taqwa.me

2. Wolfram Alpha

wolfram alpha

Wolfram Alpha ialah search engine yang berfungsi untuk memaparkan data mengikut query yang masukkan, dan ianya jauh lebih versatil berbanding Google jika digunakan untuk tujuan research dan akademik.

Sebagai contoh, saya memasukkan query 3x^5-5x^3+x+m ke dalam kotak carian dan result akan dipaparkan dalam masa kurang 1 saat. Query yang saya masukkan ialah soalan matematik dan memerlukan penyelesaiaan yang panjang dan rumit.

BACA :  Penyelesaian kepada Facebook Chat baru yang dibenci ramai

Dengan Wolfram Alpha, soalan matematik tahap tinggi ataupun soalan2 berkaitan sains, kejuruteraan etc boleh diselesaikan dengan mudah. Ini kerana Wolfram Alpha boleh memaparkan jawapan kepada soalan yang anda masukkan beserta graph serta jalan kira, lengkap dalam masa beberapa saat sahaja.

Link: Wolfram Alpha

3. TinEye – reverse image search

TinEye ialah enjin carian untuk mencari sumber asal bagi gambar yang telah diedit, seperti penambahan watermark, superimposed dan sebagainya. Ia juga berguna untuk anda mencari gambar asal yang dalam resolusi tinggi dan bukannya gambar yang telah di-cropped atau telah di-resize.

Sebagai contoh, saya memasukkan gambar superimposed ini ke dalam tineye, dan tineye berjaya mencari gambar asal yang belum diedit, sungguh cool.

tineye reverse image search

Link : TinEye – reverse image seach

Jika anda ada idea mengenai search engine lain yang lebih cool, boleh bagitahu di ruangan komen ya! Open-mouthed smile

Selamat mencuba!


RELATED POSTS

20 thoughts on “3 enjin carian cool yang anda patut cuba

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Kaki Komplen and AVM, jomphp.com. jomphp.com said: 3 enjin carian cool yang anda patut cuba http://goo.gl/fb/VkWGf #jomphp […]

    1. nice info..interested in taqwa.me!

  2. Wow… memang cool, semuanya mempunyai ciri2 tersendiri dan unik.
    Yang paling aku minat tentunya taqwa.me. Tapi ada satu lagi enjin carian yang bercirikan Islam iaitu http://www.imhalal.com.
    .-= RIS-FAMILI´s last blog ..SALAM RAMADHAN =-.

  3. hahahaha smart la taqwa.me tu.. agak2 berapa blog /web yg dikategorikan haram tu? 😛

  4. Mudah betul sekarang ni ye… Soalan math tahap tinggi pun boleh diselesaikan. TinEye pun menarik.
    .-= fahmi ibrahim´s last blog ..Jom Join Fantasy Premier League Dengan Number10my Dan Menang! =-.

  5. Perggghhh! cool abis enjin carian dari Wolfram alpha. Penyelesaian terbaik bagi sesape yg malas nak wat homework berkaitan math. Begitu terperinci hasilnya…mantop! :-p
    .-= finalcross´s last blog ..Tukar Wallpaper pada Windows 7 Starter =-.

  6. 3-3 memang cool..tak pernah dengar pun sebelum ni :getlost:
    .-= aizuddin´s last blog ..Hidup Seorang Blogger 1 =-.

  7. mcmana nak blog kita masuk dalam cari search engine tu?
    .-= pemanas cerita´s last blog ..Raja Azmi Berbuka Puasa Dalam Lokap =-.

  8. cool.. aku suke wolfram tu.. :w00t:
    .-= Anarm´s last blog ..Mari belajar buat duit bersama Churpchurp =-.

  9. yang taqwa.me tuh guna enjin pe ye? power tak dia punyer index?
    yang pasal tin eye tuh susah gak nak dpt result kalau image tuh image tak popular~

    1. Enjin diorang develop sendiri kot…aku xtau la company mana yg buat sebab tgok dia punya about us tak cerita psl company pun…

      tineye memang senang kalo gambar orang putih..gambar popular2

  10. Terima kasih. Dari mana dapat semua ini?

    1. Dari pengalaman…haha
      .-= EiNS´s last blog ..Internet censorship is depressing =-.

  11. Thanks for your sharing of new cool search engine~ :cheerful: :tongue: 🙂 :biggrin: :happy:

  12. TinEye saja pernah dengar – baca

    yang lain tu, info baru..terimakasih
    .-= Kujie´s last blog ..Kenapa Dia Tak Datang =-.

  13. TAQWA.ME – ianya memang efisien kalau nak detect blog yang ade kandungan gambar TAK SESUAI….hohoho

  14. Wolfram Alpha – Macam best je. Next assignment boleh try cari kat situ..hehe
    .-= Khidhir´s last blog ..Command Prompt- Not Recognized as an Internal or External Command =-.

  15. shodanhq..

    search engine for hackers..

  16. eaaepf

  17. i will like to follow all newstest movie or drama…. :p

Tinggalkan komen anda