Posted on

10 perkara cool yang anda dapat lakukan dengan smartphone

Jika anda belum pernah menggunakan smartphone, anda tentu hairan kenapa orang sanggup berhabis ribuan ringgit sedangkan handphone berharga rm100 pn sudah memadai untuk membuat panggilan. Entri kali ini membawa anda apa yang menariknya dengan smartphone.

Call percuma dengan skype

Jika anda menggunakan pc, anda perlu menghadap pc untuk menggunakan skype. Dengan skype versi mobile, anda dapat menggunakan smartphone anda untuk call rakan-rakan. Bolehlah berbaring sambil call menggunakan skype.

iphone_4

Baca file pdf, word, powerpoint on the go

Sangat berguna terutama untuk pelajar. Saya selalu menggunakan smartphone saya untuk membaca nota dalam format pdf, word dan powerpoint. Boleh juga digunakan ketika kecemasan contohnya kuiz mengejut hehehe.

Stream video kegemaran dari pc

Anda banyak koleksi movie, anime, video clip didalam pc dan mahu menonton melalui smartphone anda. Perisian seperti AirVideo untuk iPhone membolehkan hasrat anda stream video kegemaran terus ke smartphone tanpa perlu convert dan copy ke dalam phone.

Smartphone sebagai mouse dan keyboard (touchscreen)

Perisian TouchMouse untuk iPhone contohnya membolehkan anda menggunakan smartphone sebagai mouse dan keyboard. Cool!

Smartphone sebagai remote

Kawal pc dan perisian kegemaran anda seperti Kmplayer hanya dengan menggunakan smartphone anda. Tidak perlu lagi bangun dari baring semata-mata untuk forward video dan lain-lain lagi.

Apply kerja

Perisian JobStreet untuk iphone membolehkan anda mencari kerja sambil baring di atas katil sahaja. Sangat mudah.

Backup contact online

Tak perlu lagi risau kehilangan nombor kenalan sekiranya handphone anda hilang. Perisian contohnya membolehkan anda backup contact anda ke storage web dengan mudah. Contact yang dibackup boleh direstore kembali dengan mudah.

Live blogging

Jika anda seorang blogger,  dengan smartphone anda boleh berblogging dimana-mana sahaja. Contoh blogger yang selalu live blogging ialah Azman Ishak, Knizam dan Khai.

BACA :  Previu fungsi baru iOS5 untuk iPhone/iPad/iPod Touch

Block nombor yang tidak disukai

Tidak mahu menerima panggilan/sms dari orang yang tidak disukai? Block saja nombor mereka atau forward ke nombor public phone contohnya.

iphone_1

Remote networking

Pernah guna RealVNC? Dengan RealVNC versi mobile, anda dapat kawal dan troubleshoot pc anda melalui smartphone.

Menarik bukan? Jika anda berniat membeli smartphone, smartphone manakah pilihan anda?


RELATED POSTS

32 thoughts on “10 perkara cool yang anda dapat lakukan dengan smartphone

  1. Sudah tentu Iphone!
    .-= Nizam6281´s last blog ..RESULT FINAL EXAM SEM 1 =-.

    1. smartphone lain pn boleh. cuma kena app untuk platform tu je.

  2. Hmmm,nmpk lebih kpd iPhone je. Gajet lain seperti Samsung Galaxy S @ HTC plak cmner?
    .-= finalcross´s last blog ..Tokio Hotel – Darkside of the Sun =-.

    1. semua gajet lain boleh buat seperti dalam senarai diatas. cuma nama app saja berbeza. fyi jobstreet buat masa sekarang hanya untuk iphone saja.

    2. Smartphone lain yang guna Android dan Symbian juga boleh. Cuma nama app yang digunakan berbeza tapi fungsinya tetap sama.

  3. dalam kepala otak dok hasut suruh amek i-phone je. hahahha

    1. haha tidak sama sekali. btw nanti ada masa aku buat post menghasut lak 😀

  4. pilihan saya sudah semestinya, Smartphone Palm Centro.
    Cukup untuk segalanya.

    1. Palm centro tu model zaman bila lagi ek?

  5. Menang aku dah berangan2 nak beli smartphone satu.
    Pilihan aku dah tentunya Nokia N97 sbb banyak fungsi canggih ada.
    Lagi satu, kapasiti telefon tu besar (30 ++ GB) tanpa perlu tambah kad luaran. tapi kalau nak besar gak tambahla kad luaran.
    Berbaloi baloi.
    Entahla bila la nak beli hp tu. Kalo korang nak bagi sebijik kat aku (free), contact le aku. :shocked:
    .-= RIS-IT´s last blog ..Pusat Sehenti – Memantapkan Blog Anda =-.

    1. Xyah beli N97, save duit beli Nokia N8 12MP…ataupun beli samsung wave, htc desire, motorola milestone

      1. betul tu..
        saye baru angkat Samsung Wave, berbaloi2..
        saye sangat la suka hati.

    2. btw n97 fail product. jangan beli. lagi berbaloi angkat Nokia 5800 XM.

      1. bertol3…saya pengguna n97 n rasa x berbaloi la labur duit banyak2 beli phone ni…mmg storage besar tapi phone asik hang dan nak surf tenet slow…lagi best surf guna iphone…serius…kalo nak beli n97 rasanya baik fikir banyak kali…

    3. woii aku dh beli la n97 mini… ermmm mmg bset gila… function mmg banyak…sampai skrg aku tak dpt nk habiska mcm2 yg ada tau.. aku beli rm 1325 cash

      1. N97 mini? rugi je beli…baik balik C6-01

  6. Aku takde lagik smartphone… huhuhu
    .-= ST´s last blog ..Ada apa dengan Edubuntu =-.

  7. pecah tembelang..patut marks tinggi lam kelas! :sideways:

  8. Memang menarik..Malangnya sy takde smartphone.. :cwy:
    .-= Khidhir´s last blog ..Cara Tambah Memory Limit Hosting WordPress =-.

  9. selain iphone…jenama(model) lain yg bleh guna realvnc…harap bantu bro semua…

    1. selain iphone rasanya memang tak ada. link http://www.realvnc.com/products/index.html
      .-= cyberfly´s last blog ..Buaya Port Dickson =-.

  10. sebelum mencuba mesti nak kena beli, sebelum beli mesti nak kena berduit..
    .-= ~MaSa~´s last blog ..10-000 orang jadi domino!!! =-.

  11. memang cool!
    pernah gi kedai tgk smartpone, tapi rasa takde apa yg best sgt, bila baca entri ni baru perasan bleh buat semua tu, terutama sekali skype tu, bleh call kawan2 kat oversea sambil baring2!
    .-= sufian´s last blog ..Cara Membetulkan Warna Paparan CRT Monitor Yang Kebiru-biruan =-.

  12. nice info,,,ade duit nnti nk grab iphone la
    .-= safwan´s last blog ..Tips Sihat Berpuasa Di Bulan Ramadhan =-.

  13. smartphone dah jadi macam keperluan sekarang ni. Kalau x gunakan rasa macam kita tertinggal dengan dunia maya ni .. semua benda kalo boleh nak sentiasa uptodate 🙂

    Apa2 pun, so far rasanya iPhone masih lg smartphone yg terbaik utk digunakan. Maybe Android dlm masa terdekat bleh mencabar tp dari segi UI perlu improve dulu.

    Apps mmg sesuatu yg perlu utk smartphone kalo nak gunakan kuasa sepenuhnya smartphone tersebut.

    Pilihlah iPhone .. hehehe 😀
    .-= hydir´s last blog ..Company from Hell! =-.

  14. Iphone ley remote r/c model kowt,cool gila :biggrin:

  15. klu samsung wonder 0k x??

  16. RealVNC ada utk Android la, aku pakai dah lama dah

    1. ada je ntuk android lgpun nie artikel dah lama ditulis ;D

Tinggalkan komen anda