UXDE dot Net Wordpress Themes

Yoobao YB-651 Power Bank Review (Yoobao Transformer)

By

yoobao transformer power bank review

Baru-baru ini saya membeli power bank bagi keperluan mengecas gajet2 secara mudah alih. Berikut merupakan reviu ringkas Yoobao YB-651 Power Bank Transformer.


Yoobao YB-651 Power Bank Review

yoobao transformer powerbank

Model : Yoobao YB-651 juga dikenali sebagai yoobao transformer powerbank

Kapasiti : 13000mAH

Harga pasaran : RM140-RM250

Warna : Hitam atau Putih

Asal : Shenzhen, China

Menyokong : iPhone, iPad Mini, iPad, telefon Android Samsung, HTC, Sony, LG, Nokia serta tablet serta peranti yang menyokong cas melalui port USB

Yoobao YB-651 Review

+ rekaan bentuk yang kacak samada warna hitam atau putih

+ mengecas iPhone dengan cepat

+ kapasiti antara paling besar di pasaran ketika ini

- saiz yang mungkin besar bagi sesetengah orang

- agak tebal dan berat

- terlalu lama mengambil masa untuk mengecas iPad retina kerana bateri yang besar, buat masa ini wall charger paling disarankan untuk iPad retina


Q : Mengapa beli warna putih?

A : Yoobao Transformer warna hitam terlalu ramai orang guna, jadi saya pilih warna putih

Q : Ada beza ke putih atau hitam?

A : Sama spesifikasi

Q : Macam mana nak tahu powerbank Yoobao original atau tiruan?

A : Lihat gambar di bawah

yoobao yb-651 transformer

Yoobao YB-651 Power Bank original mempunyai 20-digit nombor pengesahan (biasanya digores pada sticker). Masukkan nombor tersebut di dalam website untuk pengesahan.

Kalau original, website akan memaparkan device anda sebagai genuine.

Q : Kenapa harga setiap penjual tidak sama?

A : Beberapa faktor, contohnya penjual tersebut mengambil jumlah stok yang sangat banyak jadi harga yang dia dapat lebih murah. Selain itu, sesetengah penjual juga memberi bonus seperti adapter percuma, beg percuma, converter percuma dan lain-lain lagi.

Q : Bang, benda ini muat dalam poket tak?

A : Haruslah, tengok gambar di bawah.

yoobao yb-651 transformer

Sebagai pengguna iPhone dan iPad Mini, setakat ini agak berpuas hati dengan Yoobao YB-651 Power Bank ini. Tak perlu risau lagi bateri habis ketika bermain game, melayari internet ataupun menonton movie.

Ada soalan boleh komen di bawah.

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 84 Comments

  1. no name

    usb output 1A dgn usb output 1.5A.. kalu ipone 5 usb output mana eins?
    satu lg apa beza kedua2 usb output tu?

  2. ali baba

    biasanya, sekali fullcharge benda transformer tu, boleh guna utk charge ipad mini/device lain berapa kali?

    • EiNS

      2 kali ipad mini, dan beberapa kali iphone

      kapasiti dia tulis : 13000mAH
      kapasiti ipad mini : 4450 mAH
      kapasiti iphone : 1450 mAH

      device lain, camtu gak teori dia

      • tompangTanya

        nak tau cas 0 -100% FULL charge..

        cas ipad mini 2x cas fuLL?

        iphone tu pengLaman bro berapa kaLi cas? nk tau dtaiL..

  3. xMunchyz

    Errmmm .. Bkn ke original harge die hampir2 mencecah rm200..? 145 original ke..? Konpius haku ..

      • pembeli Yoobao

        bende lain plak keluar.. ni yang dia tulis.

        深圳质监防伪提醒:您所查询的号码已被多次查询,请注意防伪!投诉请拨12365打假热线!

        patah haram x paham..

        • aloha

          google translate la,jgn malas

          The Shenzhen Quality Supervision security reminder: your query number has been repeated inquiries, please pay attention to the anti-counterfeiting! Complaints please call 12365 fraud hotline!

        • EiNS

          nombor tu dah banyak kali masuk, sistem dia detect sekali je kalau ori memang dia akan paparkan sebagai “genuine”

  4. Anarm

    Aku guna power bank Yoobao jugak.. tapi kecik punya.. teringin gak nak beli yg transformer ni.. Dah survey harga boleh dapat dalam RM135..

  5. yoobao thunder

    salam , nk tanya kalau pkai usb1 dgn usb2 untuk cas hp biasa takda ape2 effect kan? sbb usb2 tu kan dia cakap untuk tab,ipad dll.. usb2 klau cas untuk hp biasa pn bolehkan?

  6. ikhsan roslan

    kalau nak tau ori ke tak, cek –
    1) gores stiker dekat kotak dan cek online
    2) pastikan beli ade distibuter dari Mobile Dot Com.
    3) warranty 1 tahun…

  7. ieyla

    Sesape yg beli pwerbnk ori nnti lps msukkn kod tu tlg inform die tulis ape yer… sy dh trbeli trnsfomer online…rase x ori…rm100 for 13000mAh…takut gak lame2 nnt rosak…

  8. mohd azzamudin

    bro.. ape beza kualiti yang ori dan x ori untuk powerbank ni.. dan ape kesan kalo powerbank ni x ori..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing