Oct 7 / EiNS

Yahoo Meme bakal mencabar populariti Twitter?

image

EiNS’s meme

Baru2 ini, facebook ada memperkenalkan facebook lite, di mana fungsinya seakan2 twitter dengan interface yang ringkas dan ringan serta berkebolehan men-tag kawan2 anda. Yahoo juga tidak ketinggalan, dengan menawarkan perkhidmatan Meme yang sama sebijik dengan twitter dengan beberapa pengubahsuaian.

Yahoo Meme masih dalam versi beta, dan untuk menggunakannya anda perlu mendapat jemputan dari pengguna meme sedia ada. Anda boleh request invitation dari saya jika berminat.

Terima kasih kepada blog safar kerana invite saya untuk mendaftar menggunakan meme. Saya baru sahaja selesai menulis satu post di meme, seperti yang dapat anda lihat di screenshot pertama.

image

Anda boleh post text, photo, video dan audio dengan menggunakan meme. Di twitter, anda tidak boleh berbuat demikian melainkan menggunakan 3rd party twitter client atau 3rd party service seperti twitpic dan yfrog. Yang menariknya, anda boleh menggunakan html tag seperti <b>,<i> dll di meme, sesuatu yang tidak dapat dilakukan di twitter.

Flickr juga merupakan salah satu website di bawah Yahoo, jadi kemungkinan besar pengguna Flickr dapat mengintegrasi Meme di laman flickr mereka.

image

Setakat ini, anda tidak dapat customize profile Meme sesuka hati kerana hanya terdapat beberapa pilihan tema sahaja. Saya yakin ianya akan dinaik taraf sedikit masa saja lagi.

Dapatkah Yahoo meme mencabar twitter di masa akan datang? Yahoo adalah syarikat yang kaya raya berbanding syarikat Twitter yang saya sering kali dengar berita mereka kerap menghadapi masalah kewangan kerana twitter.com tidak mempunyai monetizing-plan yang berkesan.

Namun, kelebihan twitter adalah jumlah pengguna yang cukup ramai, serta penglibatan ramai developer dalam menghasilkan beratus2 twitter apps dan client. Sesuatu yang agak sukar dilakukan oleh Yahoo kerana ianya mengambil masa yang lama untuk membina fanbase dan komuniti developer yang bagus dan stabil.

Sesiapa mahukan invitation boleh request dari saya dengan memberi email anda; dan jangan lupa jadi follower saya di EiNS’ meme.

Delicious
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Google Chrome OS bakal mencabar Microsoft?
  2. Daftar alamat baru email yahoo !!!
  3. Yahoo Geocities akan ditutup
  4. Check email di desktop menggunakan Yahoo Zimbra
  5. Baca RSS Feed dalam Yahoo Messenger

>> Entri ini telah dibaca sebanyak 790 kali <<

13 Comments

leave a comment
  1. galut (3 comments.) / Oct 7 2009

    Rasanya pada masa akan datang Twitter adalah saingan terbesar bagi Yahoo namun bagi Twitter
    mungkin mereka terpaksa menerima hakikat bahawa Yahoo lebih baik dari segi kewangan.

    • EiNS (994 comments.) / Oct 7 2009

      Yahoo dah kira otai dan dah lama established…cabang bisnes pun banyak…manakala twitter baru kira startup…

      harap2 twitter jangan bangkrap sudah…bosan hidup xleh tweet :lol:

  2. safar (16 comments.) / Oct 7 2009

    Facebook lite bukan aku tak minat.cuma Twitter dan Yahoo! meme betul2 buat aku teruja.kira nak jadi ketangih meme pula.

    gambar hang dekat yahoo meme tu apa.tengah
    pegang ubat gigi ke untuk bersugi.

    PS : siapa nak yahoo meme cepatlah bagi tau.
    safar´s last blog ..Daftar blog wordpress atas nama anda My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Oct 7 2009

      Gambar aku kat meme tu konon2 tengah pegang produk pharmaceutical sendiri masa buat presentation hari tu :cool:

  3. aman (16 comments.) / Oct 7 2009

    hoho. dah seminggu lebih tak singgah usha mem. huhu

    • EiNS (994 comments.) / Oct 7 2009

      Tak ramai orang guna lagi…sure bosan kan?

  4. finalcross (19 comments.) / Oct 8 2009

    yes! aku pun dh jd pengguna berdaftar Meme. Interface yg cun…
    finalcross´s last blog ..25 Beautiful collection of rainbow style & colour wallpapers My ComLuv Profile

  5. Kill-Vearn (70 comments.) / Oct 8 2009

    aku rasa macam lebih selesa ngan twitter..
    Kill-Vearn´s last blog ..Fixing Executable Files on Windows Se7en & Vista My ComLuv Profile

  6. darkk (47 comments.) / Oct 9 2009

    Oh, aku baru daftar tadi. Tak perlu invite dah rasanya. Aku main daftar macam tu je.

    btw, aku guna nick yang sama dengan twitter untuk Meme ini; Darkkavakadabra
    darkk´s last blog ..Reviu Cincai: Papadom My ComLuv Profile

  7. matju2509 (14 comments.) / Oct 9 2009

    cam best je…

    twitter x abis nak explore ag yang nie dah kuar

    yahoo meme plak

    kalau ade rezeki leh cuba lak
    matju2509´s last blog ..Fast Food & Parking My ComLuv Profile

  8. d|n (11 comments.) / Oct 12 2009

    sume bende nk join..
    payah gak nak manage ni..hehe :sick: d|n´s last blog ..FAST update [photo~COMIC version] My ComLuv Profile

  9. hydir (37 comments.) / Oct 15 2009
  10. nazra (6 comments.) / Oct 24 2009

    naz dh try meme ni, semuanya okay, cuma naz kurang berminat. naz lebih suka guna twitter kt tweetdeck

    :wub: nazra´s last blog ..Tak mandi lagi pandai? My ComLuv Profile

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:
OPTION: 1