UXDE dot Net Wordpress Themes

Xbox One Controller (PC Review)

By

Xbox One Controller PC 1

Sekitar dua minggu lepas, saya membuat keputusan untuk mendapatkan  Xbox One Controller serba baru setelah sekian lama menggunakan keyboard serta generic controller di PC saya untuk bermain game Steam. Ianya sedikit mahal, namun pengalaman menggunakan Xbox Controller bezanya seperti siang dan malam jika dibandingkan dengan generic controller atau gamepad.

Grip, button, analogvibration…semuanya top class.

Xbox One Controller PCUnboxing – Xbox One Controller.

Dari segi design dan layout, tiada banyak bezanya controller Xbox One dengan controller Xbox 360. Jika anda peminat Sony, pasti berasa sedikit janggal kerana kedudukan analog dan directional pad sebelah kiri adalah terbalik dengan Sony controller.

Xbox One Controller dijual dalam dua pakej, pakej 1 didatangkan bersama wayar penyambung micro USB serta battery pack. Manakala pakej kedua hanya mengandungi controller Xbox One sahaja, tanpa wayar dan juga bateri.

Harga saranan bagi Xbox One Controller ialah sekitar RM260 untuk pakej lengkap dan RM200 untuk pakej mengandungi controller Xbox One sahaja.

Menyambungkan Xbox One Controller ke PC

Xbox One Controller PC (3)

Xbox One Controller merupakan controller wireless, tetapi sambungan tanpa wayar ketika ini hanya terhad kepada konsol Xbox One sahaja. Untuk PC, anda perlu gunakan sambungan wayar micro USB dan install driver di Windows terlebih dahulu.

Download Xbox One Gamepad driver (Windows 7,8,8.1 32-bit)

Download Xbox One Gamepad driver (Windows 7,8,8.1 64-bit)

Selepas install driver, anda boleh terus akses setting dan maklumat driver dari Control Panel > Game Controllers.

image

Menyambungkan Xbox One Controller ke PC

Xbox One Controller PC (2)

Emulator test – Final Fantasy Type-0 (PPSSPP)

Xbox One Gamepad berfungsi sama seperti Xbox 360 controller untuk PC. Hanya perlu plug-and-play, dan kebanyakan game sudah menyediakan config untuk Xbox Controller secara automatik.

Xbox One Controller PC (4)

Compatibility dengan game Steam adalah sangat baik dan ia juga menyokong Steam Big Picture jika anda bermain di HDTV atau monitor bersaiz besar.

Xbox One Controller – Pros & Cons

Berikut merupakan pros & cons Xbox One Controller untuk PC selepas penggunaan sekitar 2 minggu oleh saya.

✓ Rekaan menarik dan selesa digunakan

✓ Compatibility yang luas dengan game PC, Steam, Origin, GoG

✓ Didatangkan dengan wayar micro-usb yang panjang serta kualiti premium

✕ Masih belum menyokong sambungan secara wireless (setakat 4 Julai 2014)

✕ Mahal

Ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di bawah.

Sumber rujukan : Major Nelson

Beli Xbox One Controller (Online – Pos Laju)

Xbox One Controller boleh dibeli di kedai-kedai menjual konsol dan video games. Namun, jika anda ingin membeli Xbox One Controller secara online, boleh hubungi saya (rujuk pos di bawah).

 

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 3 Comments

  1. latto

    bro…kalau main PES pc bole guna ni ke ? lg 1..mana yang lebih baik…guna monitor or tv ? untuk dapatkan gambar & kepuasan yg max pnya…hehe..sbb beli tv lg murah n besau dari beli monitor komputer…

    • amirmelayu

      melayu pftt..tak abis2 dgn game pes nye..move on la wei..pes pes fifa, tu je la melayu tahu main..bosan..bodoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing