
Microsoft baru sahaja melancarkan perisian Windows Live Essential terbaru iaitu Wave 4 Beta. WLE mengandungi beberapa perisian yang tidak terdapat secara default pada Windows 7 iaitu Live Messenger, Live Movie Maker, Live Mail, Live Writer dan juga Live Photo Gallery.
Versi WLE terbaru nampak lebih kemas, canggih dengan penambahan fungsi2 baru. Yang pasti, penggunaan perisian2 WLE menjadikan Windows 7 anda lebih menarik dan produktif dalam urusan harian.

Windows Live Messenger menggunakan antaramuka Metro UI seakan-akan Windows Phone 7. Selain itu, Live Messenger juga menambahkan fungsi-fungsi sosial dengan mengintegrasikan Facebook dan Myspace.
Pengguna juga boleh update status kemudian share terus kepada facebook, memudahkan anda sentiasa berhubung dengan rakan-rakan facebook tanpa perlu membuka website facebook.
Windows Live Mail telah diupdate dan kini tampil menggunakan Ribbon UI. Menerima dan menulis email baru lebih senang menggunakan perisian Live Mail ini, dan lebih menarik kerana ia mempunyai fungsi “conversation” seperti Gmail, memudahkan anda membaca email daripada sender yang sama.

Windows Live Photo Gallery juga di-upgrade dan mempunyai fungsi seperti face detection dan photo tagging. Anda boleh gunakan perisian ini untuk tengok gambar-gambar dalam komputer anda dan boleh juga edit atau buat slideshow.
Anda juga boleh upload gambar2 terus kedalam skydrive, facebook, youtube dan flickr. Salah satu fungsi penting yang tidak ada secara default pada Picasa, saya rasa.
Ingin membuat slideshow presentation atau hasilkan video dengan senang? Cuba gunakan Windows Live Movie Maker, versi baru yang lebih canggih, mesra pengguna dan fungsi-fungsi menarik seperti effect pada video yang anda publish.
Anda juga boleh upload terus kepada skydrive, facebook dan youtube.

Para bloggers sekalian haruslah cuba menulis blog menggunakan Windows Live Writer ini kerana ianya amat memudahkan anda menulis entri, memasukkan gambar, video, maps dsb. WLW menyokong WordPress, Blogspot serta lain-lain penyedia blog yang popular.
Selain itu, fungsi lain yang terdapat pada WLE Wave 4 Beta adalah seperti Bing Bar, Messenger Companion dan Family Safety.
Jika anda berminat, anda boleh cuba WLE Wave 4 Beta pada link berikut;
Windows Live Essentials 2010 download link.
Selamat mencuba ya! ;D
Users who found this page were searching for:
- gambar perisian komputer
- live masseger 2010
- WINDOWS GALLERY PHOTO
- tonton tv3
- jom php microsotf essential
- fungsi windows live essential
- jom php microsotf essential
- windows live essential
- fungsi windows 8
- uitm student portal
Related posts:




