UXDE dot Net Wordpress Themes

Windows 8.1 – Previu Fungsi dan Aplikasi Baru

By

windows-8.1-malaysia

Microsoft telah mengumumkan beberapa fungsi baru yang akan didatangkan dalam Windows 8.1 atau juga dikenali sebagai Windows 8 Blue. Kemasikini Windows 8.1 akan mula dilepaskan kepada pengguna pada hujung tahun 2013 tetapi versi previu akan dilancarkan lebih awal iaitu pada hujung bulan 6 ini.

Pengguna Windows 8 sedia ada akan berpeluang mendapatkan kemaskini Windows 8.1 secara percuma menggunakan Windows Store, selepas ia dilancarkan secara rasmi nanti.


Windows 8.1 Start Screen

windows-8.1

Peningkatan pada Start Screen; anda boleh resize tiles icon kepada saiz kecil dan sederhana besar, ala Windows Phone. Paparan live tiles pada Weather App pula lebih kacak.

windows-8.1[3]

Pada Start Screen Windows 8.1 juga anda boleh memaparkan background wallpaper yang sama dengan wallpaper pada desktop. Sebelum ini, anda hanya boleh memilih warna atau jumlah background yang terhad saja, sesuatu yang menjadi kritikan ramai pengguna kerana ianya “bosan”.

Microsoft juga menambah fungsi “Motion Background” dimana dari segi deskripsi mungkin agak sama dengan konsep Live Wallpaper pada Android.

Dengan background wallpaper, Start Screen Windows 8.1 kelihatan lebih kemas dan bergaya.

Windows 8.1 Multitasking & Snap

windows-8.1-malaysia[3]

Fungsi Metro snap pula dipertingkatkan di mana pengguna boleh snap pada keluasan 50% atau separuh daripada keluasan horizontal atau melintang pada screen. Windows 8.1 juga mampu menyokong fungsi snap pada resolusi serendah 1024×768, peningkatan yang penting bagi menyokong tablet Windows 8 bersaiz 7-8 inci yang akan dilancarkan kelak.

Aplikasi Metro juga dikatakan boleh dilancarkan pada beberapa monitor serentak dan akan menggunakan keluasan resolusi sebaik mungkin. Pada monitor bersaiz 27” dengan resolusi 2560×1440 anda boleh snap hingga 4 aplikasi Metro secara serentak.

Windows 8.1 Search

windows 8.1

windows 8.1

Fungsi Search pada Windows 8.1 juga dipertingkatkan. Kekunci Windows + S digunakan untuk “memanggil” search panel samada di desktop ataupun ketika anda dalam mod metro.

Ketika menggunakan fungsi search juga, anda boleh melancarkan aplikasi secara terus, serta boleh melancarkan hasil carian kepada metro apps yang spesifik. Contohnya, hasil carian informasi boleh dipaparkan terus ke dalam Wikipedia app, hasil carian trailer boleh dipaparkan dalam aplikasi Netflix atau Hulu dan sebagainya.

Windows 8.1 Skydrive

Windows-8.1-Skydrive-

Fungsi Skydrive diintegrasikan secara penuh pada Windows 8.1, di mana storage Skydrive akan muncul di My Computer (File Explorer) samada di desktop ataupun ketika dalam mod metro. Ini memudahkan anda untuk mengakses file di mana sahaja menggunakan fungsi sync pada Skydrive.

Manakala untuk Internet Explorer 11, antara peningkatan ialah anda boleh membuka tabs secara unlimited ketika browsing.

Windows 8.1 – Aplikasi Baru

windows-8.1[5]

Antara aplikasi baru yang diperkenalkan dalam Windows 8.1 ialah Alarm, Calculator, Bing Food and Drink, Reading List, Bing Health and Fitness. Manakala aplikasi stock lain dipertingkatkan supaya lebih kemas, contohnya aplikasi Photo kini mempunyai fungsi edit gambar secara ringkas.

Bing Food and Drink mempunyai fungsi Hands-free di mana anda boleh scroll hanya dengan melambai tangan di depan webcam atau kamera depan. Sesuai dengan aplikasi yang khas untuk memasak di mana kedua-dua tangan anda penuh (secara teori).

Bing Health and Fitness membolehkan pengguna untuk track nutrisi, diet serta progres senaman serta tahap kesihatan anda. Anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai simptom penyakit pada bahagian badan dengan mengklik pada diagram anggota badan manusia di dalam aplikasi ini.

Reading List pula fungsinya seakan Instapaper atau Read-It-Later. Anda boleh simpan artikel atau sebahagian teks snippet untuk dibaca untuk kemudian dan semua simpanan anda akan di-sync antara komputer lain yang menggunakan Windows 8.1.

Windows 8.1 Start Button dan Desktop

windows-8.1-start-button

windows-8.1[7]

Windows Start Button membuat kemunculan kembali dalam Windows 8.1 atas permintaan ramai. Apabila ditekan, Start Screen akan muncul atau anda boleh set kepada “List All Apps” untuk melancarkan shortcut dengan cepat.

Manakala, fungsi Boot-to-desktop juga ditambah, di mana pengguna boleh terus boot ke desktop selepas menghidupkan komputer…tanpa perlu lagi melalui Windows Start Screen.

windows-8.1-slider

Windows 8.1 juga dioptimasikan untuk skrin kecil sekitar 7-8 inci dengan resolusi serendah 1024×768 . Pengguna display resolusi tinggi atau retina display seperti 2560×1440 hingga 3200×1800 juga mempunyai pilihan resolusi, saiz elemen dan butang serta paparan yang lebih tajam dan mantap berbanding Windows sebelum ini.

Windows 8.1 Lockscreen

Antara peningkatan baru dalam Windows 8.1 lockscreen ialah anda boleh membuat panggilan Skype biarpun ketika lockscreen ditutup.

Selain itu, anda boleh memaparkan gambar daripada galeri photo dalam bentuk kolaj (collages) sebagai background pada Lockscreen.

Windows 8.1 Download & Release Date

Windows 8.1 akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun 2013 manakal versi previu boleh dimuat turun secara percuma pada penghujung bulan 6 nanti.

Pengguna Windows 8 sedia ada boleh memuat turun Windows 8.1 secara percuma daripada Windows Store selepas ianya dilancarkan oleh Microsoft.

Manakala, fungsi-fungsi baru dalam Windows 8.1 akan didedahkan oleh Microsoft dari masa ke semasa. Walaupun kemaskini ini hanya lah sekadar penambahan 0.1 atau minor sahaja, tetapi sebarang peningkatan terhadap Windows 8 adalah sangat digalakkan oleh pengguna.

Sumber : Windows 8.1 blog

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>