Windows 7 Starter – sistem operasi yang ringan dan laju untuk netbook, laptop serta desktop

Majalah9 - Eksplorasi Duniawi

email
windows 7 starter Windows 7 terdapat dalam banyak versi antaranya Ultimate, Professional, Enteprise, Home dll (rujuk entri ini untuk harga). Windows 7 Starter pula merupakan versi yang dikeluarkan khas untuk netbook kerana netbook mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding laptop dan komputer. Beberapa bulan lepas saya mencuba untuk install Windows 7 Starter ke dalam laptop saya (intel core 2 duo 1.80GHZ, 2GB RAM, GMA X3100) sekadar untuk eksperimen. Namun, saya tertarik untuk menggunakannya sebagai os sepenuh masa di laptop saya kerana berpuas hati dengan kelajuan startup, sangat responsive dan ringan. Peningkatan yang agak ketara berbanding ketika saya menggunakan Windows 7 Ultimate di laptop ini dulu. Jika komputer anda agak perlahan dari segi processor dan ram, saya cadangkan anda cuba install windows 7 starter ini. Gerenti berdesup punya laju.

Windows 7 Stater RAM Usage

windows 7 starter Walaupun menggunakan custom theme, menjalankan beberapa software di dalam background namun RAM yang digunakan hanya setakat 656MB. Maka, jika anda ada 1GB, 1.5GB atau 2GB ram sudah cukup dan tidak perlu risau memori penuh.

Beza Windows 7 Starter dengan Windows 7 lain

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa apakah yang membezakan Windows 7 Starter dengan windows 7 versi lain. Kenapa windows 7 starter ni ringan sangat dan hanya menggunakan jumlah RAM yang sedikit? 1. Visual Style windows 7 stater Windows 7 Stater tidak mempunyai fungsi “personalize” untuk tukar visual style dan sound. Anda hanya boleh menggunakan theme default seperti di atas. Tiada fungsi aero seperti aero glass (transparency), aero peek, aero snap dll seperti dalam versi windows 7 yang lain. Seperti yang anda lihat pada screenshot, saya menggunakan custom theme menggunakan perisian WindowBlinds. Selain WindowBlinds, anda juga boleh mencuba Stardock MyColors untuk menukar tema pada Windows 7 Starter. 2. Tidak boleh tukar wallpaper Anda tidak boleh menukar sebarang jenis wallpaper di dalam windows 7 starter. Wallpaper default bagi windows 7 starter adalah seperti screenshot di atas. Malang betul, kan? Tapi anda boleh cuba beberapa tool berikut untuk menukar background; - Oceanis Windows 7 Background Changer - Starter Wallpaper Changer (apply wallpaper, log out kemudian log in balik). - StaterBackroundChanger 3. Tidak mempunyai fungsi Taskbar Thumbnail pada Superbar Antara fungsi menarik pada windows 7 ialah taskbar thumbnail pada superbar. Memudahkan anda grouping program2 atau folder2 yang sedang dibuka, mempunyai thumbnail bagi memudahkan navigasi dan menggunakan aero peek untuk melihat pada desktop. Windows 7 Starter tiada fungsi ini, jadi taskbar akan menjadi biasa seperti Windows XP cuma 7 stater ada fungsi pinned dan grouping. 4. Tiada versi 64-bit, tiada sokongan kepada XP Mode dll Untuk melihat perbezaan penuh antara windows 7 starter dengan yang lain, anda boleh lihat dengan menekan link berikut. http://en.wikipedia.org/wiki/Windows_7_editions#Comparison_chart

Install Windows 7 Starter

windows 7 starter 3 Anda boleh install Windows 7 Stater menggunakan ei.cfg removal. Atau boleh beli cd windows 7 starter original pada harga RM148, agak murah bukan?

Berbaloi ke guna Windows 7 Starter?

Ya, berbaloi jika anda menggunakan komputer hanya untuk browsing internet, bermain facebook, twitter, ym dsb, mendengar lagu, menonton movies serta menaip menggunakan Microsoft Office. Segala fungsi basic untuk tujuan harian ada di dalam windows 7 stater cuma yang kekurangan adalah penyedap mata ataupun eyecandy. Bagi yang merungut kenapa windows 7 slow pada laptop dan komputer mereka, itu kerana anda gunakan windows 7 ultimate. 7 Ultimate perlu hardware yang bagus untuk berjalan dengan laju, jadi jika hardware anda agak sederhana boleh cuba windows 7 starter ini.

Windows 7 vs Ubuntu

Ada orang tanya saya kenapa tak ada artikel Ubuntu atau Linux di JomPHP. Ini kerana saya adalah pengguna tegar Microsoft Windows dan ramai pengguna lebih berminat pada artikel mengenai windows terutamanya windows 7. Saya tiada apa2 masalah dalam menggunakan Windows 7 kerana ia jelas meningkatkan produktiviti saya berbanding menggunakan OS lain. Jika anda berminat mengenai Ubuntu boleh ke blog Melayubuntu dan Jomlinux. Walaupun saya pengguna tegar Windows, itu tidak bermakna saya buta ilmu mengenai Linux. Untuk pengetahuan anda, sebagai seorang yang sukakan ilmu IT, jika ada masa lapang saya akan download dan install distro linux lain seperti Ubuntu, Fedora, Linux Mint, Backtrack, Meego, Jolicloud, Chrome OS dan bermacam-macam lagi. Biasanya saya akan install dalam hard disk dan buat dual boot atau install menggunakan Virtualbox/VMWare. Selain mendalami ilmu mengenai Windows, pada masa sama saya juga mempelajari selok belok menggunakan Linux. Untuk belajar kita tidak perlu ada sifat fanboy, pengguna windows hanya tahu mengenai windows dan pengguna linux hanya mengkhususkan kepada linux sahaja. Kalau boleh, kita belajar dua-dua mengenai OS ini. Mac OS X? Pernah cuba menggunakan hackintosh tetapi kurang berminat sangat. Bagi yang mencari info mengenai Mac OS X boleh ke sembangmac jika berminat.

Users who found this page were searching for:

  • cara pakai tema win7 buat win7 starter
  • sistem operasi terbaik buat laptop 512MB ram
  • os yang ringan buat gaming
  • cara menggunakan laptop 2 os windows dan backtrack
  • karakteristik+windows+7+starter
  • tema visual windows seven ultimate buat seven starter
  • Cara instal win 7 ultimate di Window 7 Starter
  • tidak boleh menukar background wallpaper
  • kendala instal windows 7 di pentium 4
  • win7 yang ringan

Related posts:

  1. 30 wallpaper operasi sistem yang cantik dan bergaya
  2. Pengenalan kepada Sistem Operasi Ubuntu
  3. Carbyn – Sistem Operasi Pertama di dunia menggunakan sepenuhnya HTML5
  4. Patch untuk menggunakan Aero Glass, menukar wallpaper di Windows 7 Starter dan Home Basic
  5. Desktop Sidebar: Eyecandy Untuk Windows XP anda

EiNS

Seorang yang sukakan IT, gila modding gadgets dan smartphone. Follow beliau di twitter @einztrigger kerana beliau seorang yang cool dan boleh juga baca blog EiNS.MY

42 Comments to "Windows 7 Starter – sistem operasi yang ringan dan laju untuk netbook, laptop serta desktop"

Leave a Comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. Basic HTML code is allowed.

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: