Nov 1 / EiNS

Windows 7 dan tips penggunaannya!

image

Pastikan anda telah membaca entri Ulasan mengenai Windows 7 RC dan Windows 7 RTM build 7600 terlebih dahulu ya!

Sana sini, merata web orang sedang bercerita mengenai Windows 7 dan kecanggihannya. Kami pula, sudah hampir setengah tahun menggunakan dan merasai sendiri nikmat dan keseronokan menggunakan OS terbaru dari M$ ini sejak Windows 7 RC dilancarkan kepada publik. Kini, Windows 7 telah pun dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober 2009 dan ramai pengguna OS Windows seluruh dunia sudahpun menunjukkan minat terhadap OS terbaru ini.

Sebagai menunjukkan sokongan terhadap Windows 7 ini, kami ingin berkongsi beberapa tips dan info penggunaan Windows 7 ini dengan anda semua agar anda semua dapat menggunakan windows 7 ini sebaik dan semaksima mungkin.

Apa yang menarik pasal Windows 7?

image

Zaman sekarang pengguna amat mementingkan GUI yang cantik, kemas serta mudah digunakan, dan Windows 7 mempunyai ciri2 berikut. Selepas guna Windows 7, anda dapat rasakan yang windows xp agak kuno dan pasti tidak berminat lagi hendak guna xp selepas itu. Hehe.

Windows 7 sangat laju, ringan dan stable berbanding vista. Banyak lagi kelebihan Windows 7 yang kami harap anda dapat explore sendiri bagaimana memanfaatkannya. Haha.

Harga dan pakej Windows 7

image

Jika berkemampuan, belilah barangan yang original. Windows 7 telah dijual di Malaysia dan harga adalah berbeza mengikut versi. (sumber: Amanz)

  • Windows 7 Ultimate – RM648.00
  • Windows 7 Professional – RM478.00
  • Windows 7 Home Premium – RM368.00
  • Windows 7 Starter – RM148.00

Windows 7 boleh didapati dalam versi 32bit (x86) dan 64bit (x64). Apa pula beza antara windows 32 bit dan 64 bit?

Majoriti pengguna Windows menggunakan windows 32 bit. Kebaikan menggunakan windows 7 32bit ialah anda hanya memerlukan minimum ram 1gig dan banyak software serta games yang boleh dimainkan dan disokong di windows 32 bit. Kelemahannya pula ialah hanya mampu menggunakan RAM maksimum sehingga 4 gig sahaja.

Manakala windows 64 bit pula sangat jarang digunakan orang biasa, dan ianya popular di kalangan developer, tech savvy dan geeks. Windows 64 bit lebih stabil, bagus dari segi performance dan menyokong ram sehingga 8gig, 16gig malah 128gig ram. Namun, kekurangannya adalah memerlukan processor 64 bit, minimum ram 2gig dan banyak software dan games tidak compatible di windows 64 bit.

Untuk pengguna biasa, saya sarankan anda guna Windows 32-bit sahaja.

 

Tips sebelum upgrade kepada windows 7

Awek hot daripada Rocketboom Tech ini ada mengulas beberapa tips berguna sebelum anda upgrade kepada windows 7. Tonton sampai habis ya!

Install Windows 7 menggunakan pendrive

image

Saya lebih suka menggunakan pendrive untuk install Windows 7 berbanding guna dvd-r. Ini kerana install atau format windows 7 menggunakan pendrive lebih laju dan senang diuruskan berbanding guna dvd. Cara penggunaannya sangat senang dan straightforward.

Download Windows 7 USB/DVD download tool.

Tips penggunaan Windows 7

image

Download updates dari M$ menggunakan Windows Update untuk memastikan windows anda sentiasa secure, stabil serta up-to-date.

Saya cadangankan anda set configuration automatic updates kepada cara diatas (rujuk screenshot). Ini penting untuk anda pilih sendiri updates yang ingin diinstall dan boleh hide updates yang tidak perlu (seperti office genuine advantages, windows genuine advantages dll). Selamat dari kena blacklist.

image

Jika anda menggunakan crack tool untuk activate windows, kadang2 masalah mungkin timbul seperti gagal install hotfix, explorer crash dan sebagainya. Cara yang anda boleh gunakan ialah repair corrupted original windows file dengan menggunakan cara berikut;

Masuk command prompt (cmd), taip sfc /scannow dan tunggu proses repair selesai.

Disable UAC dalam Windows 7

image

Saya tak pernah suka fungsi User Account Control sejak dari Vista. Walaupun dalam Windows 7 M$ sudah mempermudahkan lagi fungsi UAC tetapi saya tetap tidak suka. Nak open program, nak install program dll semua nak kena prompt. Leceh.

Cara senang, disable terus UAC ini. Cara2nya tekan start menu. taip “uac” dan User Account Control settings akan terpapar. Tukar slider kepada “never notify” dan restart windows anda. UAC sudah pun dinyahaktifkan. Haha.

Antivirus untuk Windows 7

 

Bagi saya Windows 7 adalah sangat secure berbanding windows xp dan vista. Di Windows 7 saya menggunakan perisian berikut, MSE dan threatfire sebagai perlindungan dari malware. Kedua2nya adalah versi percuma.

image

Download Microsoft Security Essential

image

Download Threatfire

Setakat ini tiada apa2 serangan malware yang berbahaya. Kalau kombinasi dua2 software sekuriti ini sudah cukup bagus tidak perlu la menggunakan produk antivirus komersial seperti Kaspersky, Avira dan AVG.

 

Activate Windows 7 permanently

image

RemoveWAT adalah salah satu kaedah paling senang untuk meng-activatekan windows 7 anda. Dengan RemoveWAT anda akan dapat access windows update dengan bergaya tanpa perlu risau risiko kena blacklist.

Dalam banyak2 windows 7 activator yang saya cuba, hanya ini yang paling berkesan dan sangat mudah digunakan.

Windows 7 Tweak

windows 7 toolkit

Windows 7 Toolkit adalah tweaker + activator suite yang kerap saya gunakan untuk mengubahsuai windows 7. Anda boleh cuba benda2 yang saya highlight tersebut. Antara yang cool ialah anda boleh install extra + regional themes.

image

Extra theme ialah theme windows 7 dalam berbagai warna (rujuk screenshot: Windows 7 Ultimate Black hingga Windows 7 Ultimate Violet).

syadeskie

Contoh; Windows 7 Ultimate Blush (Pink) yang saya set untuk laptop kawan saya.

Windows 7 Personalization

 

image

Jika anda bosan dengan rupa windows 7, anda boleh download extra themepack dari microsoft. Ada bertemakan negara seperti Korea dan Japan, jenama terkemuka seperti Coca-Cola dan Pepsi dan lain2.

Pilihan saya ialah Zune Characters themepack. Sangat cool dan cute. Adeh, tapi screen laptop pecah pulak. Haha.

image

Atau anda boleh refer artikel Wallpaper Widescreen dan Windows 7 Visual Styles untuk mencari lebih banyak idea dan ilham untuk personalize windows 7 anda.

image

Windows XP Mode

Screenshot (21h 44m 27s)

Anda boleh menggunakan Windows XP secara virtual di dalam WIndows 7, fungsi ini hanya didapati di dalam Windows 7 Professional dan Ultimate sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel Install Windows XP Mode di dalam Windows 7.

 

Windows Access Panel

image

Dengan Windows Access Panel (WAP) anda boleh akses kepada semua fungsi2 utama windows dengan senang. Tidak perlu susah2 right click, properties…buka control panel dll untuk akses fungsi2 windows.

Download Windows Access Panel (WAP).

Ok, ada masa saya update lagi artikel ini jika perlu. Saya sibuk! ;(

kredit picture: Gambar sendiri dan juga didapati melalui Google Image.

Delicious
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Install Windows XP Mode di dalam Windows 7
  2. Tips bermain game menggunakan laptop
  3. Ulasan mengenai Windows 7 RC
  4. Windows 7 rtm build 7600
  5. Cara format windows XP menggunakan pendrive

>> Entri ini telah dibaca sebanyak 3,652 kali <<

71 Comments

leave a comment
  1. EiNS (994 comments.) / Nov 13 2009

    100++ komen untuk entri ni telah hilang coz aku terdelete post masa manage beberapa duplicate entries…

    walaupun berjaya restore post asal melalui backup tapi komen2 hilang smua…

    DAMN…geram gila…ni sebab tetiba server blog ni ada error mende tah..tu jadi mistake…

  2. mk / Nov 13 2009

    alamak..
    patut pn tgh mlam smlam xdpat bukak page ni..

    baru ingt nak copy smua link2 yg ada dlam comment..
    ilang da link baru utk Windows 7 USB/DVD download tool tu..
    activator punye link pn da ilang..

  3. mohdisa (10 comments.) / Nov 13 2009

    bro, cam mana nak dapatkan button kat atas nun? i mean desktop button
    mohdisa´s last blog ..Penulisan Di Waktu Kecil My ComLuv Profile

  4. syinrayafa (1 comments.) / Nov 14 2009

    nice sharing….thank…

    p/s : hari ni masih lagi x install w7…haha..walaupun dvd w7 dah lama ada…(pirate punye je….hahaa..)
    syinrayafa´s last blog ..Chelsea vs Manchester United My ComLuv Profile

  5. 56666666 (1 comments.) / Nov 14 2009

    rt4665775555

  6. annamir (50 comments.) / Nov 14 2009

    Ingatkan kena h@cked tadi :p
    5666666 tu kira junk terus huhu…

    BTW, saya guna RemoveWAT baru ni, tapi sblum guna dia kena install windows update file KB974431 dulu kan? Sebab, kalau tak install manual file tu, lepas aje buat removeWAT, try nak update tapi tak boleh, failed memanjang. Tapi bila install file KB tu dulu, then baru apply removeWAT baru lah boleh update cam biasa dari windows update…
    annamir´s last blog ..Waiting For Tomorrow (Time Lapse Photography) My ComLuv Profile

  7. hydir (37 comments.) / Nov 15 2009

    thanks for sharing

    kalo kita dah download Win7 RTM n install, bleh tak kita install pada PC yg lain?
    hydir´s last blog ..International Friendlies: Spain edge Argentina and round-up My ComLuv Profile

    • EiNS (994 comments.) / Nov 16 2009

      Kalo nak ikut m$ hanya benarkan 1 installation windows 7 key ntuk satu pc saje…

      tapi who cares kan? haha
      EiNS´s last blog ..My Top 5 Treat List My ComLuv Profile

  8. takings / Nov 19 2009

    bro, windows 7 toolkit nk dpt mn ek??
    ad link x?

  9. loque / Nov 20 2009

    thanks dude..windows aku dah aktiv .

  10. Fafah / Nov 21 2009

    Salam…sy nak tnyer…sy da pki win 7 da…tbe2 jer cd drive laptop sy nie hide…mngkn dsbbkn virus…tp sy da bnyk kali scan laptop nie n still xde cd drive…sy nk format blik pon xleh sbb xder cd drive…jd cmne nk selesaikan yer? :sad:

    • EiNS (994 comments.) / Nov 21 2009

      Bukan sebab virus…ada sebab lain tu…nanti aku post cara nak show hidden dvd drive
      EiNS´s last blog ..My Top 5 Treat List My ComLuv Profile

      • Fafah / Nov 22 2009

        owh ok…terima kasih sgt2…da lama da sy cari jln, tp xdpt…insyaALLAH, hang dpt tlg yer… :biggrin:

  11. fendi / Nov 25 2009

    salam eins…7 tool untuk usb tu xleh donlod la..
    de link lain tak..maceh..

  12. fendi / Nov 25 2009

    tumpang lalu lalu lagi… :biggrin:
    eins….camne lak ngan win 8..da bleh pakai ke..?

  13. fendi / Nov 29 2009

    tompang lalu lagi Mr eins…. :biggrin:

    win 7 aku ni mcm ade benda tak btol je..
    slow n lmbt,x mcm mase mule2 install dulu..
    hang2 selalu….ram pakai 3gig..
    boot windows pon slow..
    nak bukak program2 yg dekat taskbar
    hang dlu pastu bru la bleh bukak..
    rase cm nk format je..tp maleh la plak..
    tolong la bgi best solutions ye sifu…

    macehhhhh

    • EiNS (994 comments.) / Nov 30 2009

      Ko pakai windows 7 version apa? laju bukan bergantung ram je…kalo processor ko cikai tetap slow gak windows tuh..

      • fahmie / Dec 16 2009

        kALo pentium dual core ok?

        • EiNS (994 comments.) / Dec 16 2009

          Boleh je pentium dual core…cuma jangan expect speed laju sangat la

  14. spatt (2 comments.) / Nov 30 2009

    salam..
    nak tanya, icon kat atas skrin tu pakai rocketdock ke?
    spatt´s last blog ..Cara Mencari .EDU & .GOV Backlink 1 My ComLuv Profile

  15. YANA / Dec 2 2009

    NAK TANYA…
    asal dvd rw saya x dpt detect dvd..kadang2 dia detect…baru tukar os windows 7 baru2 ne…tlg x tahu nak wat pe….

  16. hizi / Dec 3 2009

    alo shbt nak tnya boleh….
    saya ada window 7…
    RemoveWAT tu nak dwld kat mana?
    kalu dah buat RemoveWAT tu boleh pakai w7 sampai bila2 ka?

    • EiNS (994 comments.) / Dec 3 2009

      Secara teori boleh guna win 7 smpai bila2…xyah risau kena blacklist..
      nah download removewat cni; xpun scroll balik komen2 yg ada disini…
      http://forums.mydigitallife.info/showthread.php?t=10895

      • hizi / Dec 4 2009

        ok bro lps tu bila saya bukak control panel dia tulis window x genuine plk dah…
        mcm mana nak buat plk???

        • hizi / Dec 4 2009

          removewat dah clear dah…
          cun:]
          lps tu maslh bila saya bukak contr pnl plk…
          dia keluaq notify window x genuine…
          arghhhh…
          mcm mana nak selesai kan mslh ni???
          terima kaseh sbb bantu saya bro…

  17. fendi / Dec 3 2009

    lalu lagi eins… :biggrin:

    aku pakai
    cq40..
    amd turion x2 dual core 2.1ghz
    3 gig ram
    160 hdd..
    win 7 ultimate (original) :tongue:

    • EiNS (994 comments.) / Dec 3 2009

      Ok dah spec laptop ko…
      ko buat clean install la…format semua hardisk…lepas dah siap install windows…
      run windows update download mana yg perlu…dah siap install updates baru crack windows tuh…
      Sepatutnya takde masalah lah :)

  18. syahemi (1 comments.) / Dec 4 2009

    kalau windows 7 tu.. sy beli kat kedai..standard kedai r..yg pirate.. pastuh kalu install, ok ker?? :blush:

    • EiNS (1223 comments.) / Dec 5 2009

      Xtau la…dvd pirate biasanya banyak yg dah alter…tapi ramai orang guna ok je kot…kalau ada masalah terjadi lepas install boleh tanya sini :)
      EiNS´s last blog ..Perkhidmatan setup blog wordpress My ComLuv Profile

  19. hizi / Dec 4 2009

    dia keluar benda ni…
    resolve now or go online to get genuine windows!!!!!

  20. fendi / Dec 4 2009

    sekali lagi nak lalu :tongue:

    ok2 maceh2 sifu eins…
    dgn rase sedey aku memformat laptop aku tuh.. :biggrin:
    skunk da pon ok..
    maceh sifu……

  21. singkong / Dec 8 2009

    hi eins…selain dr remove WAT..ader tak software len utk active kan window 7. :smile:

    • EiNS (994 comments.) / Dec 8 2009
      • singkong / Dec 8 2009

        kalau pakai removeWAT tuh,window kter leh update smpai ble2 ker?

        • EiNS (994 comments.) / Dec 8 2009

          Boleh…asalkan jangan install windows genuine advantage ngan office genuine advantage..baca tentang set automatic updates kat artikel di atas…

  22. singkong / Dec 8 2009

    ok….thanks eins!!!u help me alot… :biggrin:

    • EiNS (994 comments.) / Dec 8 2009

      ok sama2…
      selamat menggunakan windows 7 :D

  23. hizi / Dec 10 2009

    mcm mana nak buang petak kat icon?

    • EiNS (1223 comments.) / Dec 12 2009

      Petak apa maksud ko?

      • hizi / Dec 13 2009

        kan kita klik icon kat desktop dia ada petak yg color putih tu…
        dlm windows xp x dak…
        icon kat desktop je…
        aku x mau petak tu…
        nak buang…
        bila kita tekan icon kat desktop dia ada bayang2 putih tu…

  24. aminin / Dec 12 2009

    Eins ko pkai stardock ke??

  25. kawey / Dec 16 2009

    salam. aku nak tanya kalo pc aku agak2 bile gune win7 ultimate ke?? agak2 nanti die bule hang x??

    pentium 4 2.66 ghz
    RAM 1.25gb
    ATI radeon 9550
    base score 2.1 jer..

    aku skg gune vista ultimate.men game selalu je hang…maen cs cz yg da lame gile kuar pon hang gak…hishh tension akuh.. :angry:

    salam….

    • EiNS (994 comments.) / Dec 16 2009

      Kompem boleh install windows 7…cuma kalau ko nak lebih laju harus turn off la aero (glass transparency) dan efek2 yang tak diperlukan sangat…

  26. lunn (2 comments.) / Dec 17 2009

    semekom… sy guna w7 trial punya ms kat pcfair baru2 ni. katanye 60 hari trial. baru seminggu je guna, dh xleh. camne? kena beli kt kedai ke install dr web je???? conpius ni. dr artikel u, mcm blh jerrr :unsure:

    • EiNS (994 comments.) / Dec 17 2009

      Apa maksud dah takleh tu? dia kata windows expired, please activate? camtu ke…

      kalau dari artikel ini, tunjuk cara activate windows 7 secara free je…ehem2 punya method :lol:

  27. lunn (2 comments.) / Dec 17 2009

    sy tanya kt kedai hg kit w7 RM 199, btoi ka? ke yg pirate punye

    • EiNS (994 comments.) / Dec 17 2009

      Ori punya la tu…cuma bukan pack yang paling mahal…paling mahal windows 7 ultimate la..

  28. hussein / Dec 30 2009

    salam…
    camner nk download Windows 7..? ada link download x…?

    • EiNS (994 comments.) / Dec 30 2009

      Ko masuk forum mydigitallife.info kat sana ada bnyk link direct download windows 7

  29. bujang / Jan 19 2010

    eh.. apsal modem broadband aku ade problem ek lepas install w 7. nak update driver pon x leh.. ada cara ke nk solve mslh modem broadband ni?

    • EiNS (994 comments.) / Jan 20 2010

      Bro, modem apa ko pakai? bagitahu secara spesifik boleh…kalau xde ko upload gambar then tunjuk kat aku

  30. ixora_girlz / Feb 1 2010

    salam..sy p’gne w7…tp laptop sy slalu hang sjak gne w7 nie..b4 nie gne vista ok je..npe ye laptop sy slalu hang??

  31. anis / Feb 1 2010

    salam..sy p’gne w7 tp sjak gne w7 nie laptop sy slalu hang…npe ye??

  32. fendi / Feb 24 2010

    salam eins…

    ngah terperanjat nih…

    tetibe kluar ‘this copy of windows not genuine’..’resolve now’

    adoiiiii…aku ngah scan pendrive gune M.S.E…tetibe je kluar..

    aku pakai win 7 ultimate & pakai removeWAT….

    knpe ye..ni aku da uninstall M.S.E..

    terkejut plakkk…. :shocked:

  33. eastbullet (1 comments.) / Mar 5 2010

    nak tanya sikit ni..
    kalo dah guna window 7.. tak boleh downgrade ke window xp ke..??
    rasa tak puas la guna window 7 pirate, nak tukaq balek xp ori.. hu3!

    tp cuba2 nak format, tak boleh.. ada cara lain ka untuk downgrade..??
    eastbullet´s last blog ..PeRLuKaH FunGsi “Right-ClicK” DiSeKaT My ComLuv Profile

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:
OPTION: 1