UXDE dot Net Wordpress Themes

VPNFREAK – cara bypass sekatan ISP Internet di Malaysia

By

image

Pernah dengar VPNFREAK? Ia merupakan perkhidmatan virtual private network (vpn) berbayar berasaskan OpenVPN. Fungsi utama vpn ialah untuk mendapatkan kebebasan dalam menggunakan internet, tanpa perlu bimbang keselamatan ketika browsing, atau risiko dikesan oleh penyedia internet (ISP). Anda juga boleh mengatasi laman2 web yang telah di-block dan menggunakan perisian yang biasanya di-block seperti Skype, Mirc, Garena dan lain2.

Paling menarik, perkhidmatan vpnfreak dapat mengatasi  ‘p2p throttle’ oleh penyedia internet seperti TMNet. Anda boleh mendownload torrent, limewire dan sebagainya. Malah, saya juga telah menjalankan eksperimen untuk membuktikan benarkah vpnfreak dapat mengatasi p2p throttle.

Semalam saya request free trial dari admin vpnfreak, nasib baik terus dapat. Lantaran itu, saya bergegas membuat eksperimen untuk mencuba perkhidmatan vpnfreak. Perkara pertama yang saya cuba ialah kelajuan mendownload torrent.

Semua orang tahu bahawa TMNet telah throttle download torrent, dan kebiasaannya kelajuan download yang diperolehi jika menggunakan torrent amatlah perlahan. Screenshot di bawah ialah ketika sebelum saya connect vpnfreak.

vpnfreak2

Saya mencuba download satu movie bersaiz 700mb menggunakan Utorrent 1.9 Beta dalam Windows XP SP3. Portforward telah dilakukan. Antivirus,firewall dimatikan. Average download speed yang saya dapat ialah 30-40 kBps.

Selepas itu, saya connect vpnfreak menggunakan openvpn gui dan mendapat IP baru. Seterusnya saya resume kembali proses download torrent.

vpnfreak3 

Tanpa disangka, kelajuan download torrent mencecah 100++ kBps secara average. Setting tetap sama seperti sebelumnya cuma kali ini saya menggunakan vpnfreak dan mendapat IP baru.

Saya juga mencuba kelajuan browsing menggunakan vpnfreak. Yang pasti, IP saya telah ditukar kerana apabila saya click home, akan redirect kepada google france dan bukan google malaysia seperti kebiasaannya. Kelajuan browsing agak perlahan biarpun saya menggunakan Firefox 3.5 dan Lunascape.

Kesimpulannya, perkhidmatan vpnfreak amat berguna jika anda seorang yang gemar menorrent tetapi kurang sesuai bagi mereka yang gemar browsing sahaja.

Untuk menggunakan VPNFREAK, anda boleh order account di web mereka, vpnfreak.com. Anda boleh mendapatkan harga serendah rm30 sebulan, tanpa sebarang had penggunaan.

Atau anda boleh cuba email kepada sales@web-hosting.net.my untuk mendapatkan free trial sebelum order vpnfreak. Anda juga boleh gunakan kupon VPN30 untuk mendapatkan lifetime 30% discount.

image 

 

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 42 Comments

  1. darkk

    Aku dulu pernah pakai Boleh VPN. Rm10 seminggu kalu tak silap. Kelajuan memuaskan.

    Tapi itu dulu. Sejak hdd dah penuh, rasa malas nak dload. Dan sejak tahu trick guna rapidshare.

    Btw, untuk torrent.jiwang tak buleh guna VPN. Rasenya.
    .-= darkk´s last blog ..Bangun Pagi, Gosok Gigi =-.

  2. HuRuL_AiNi

    wah….serius ni….akan ku usha segera…hoho…
    aku kalau kat rumah biasa 20-40kB/s…kalau kat office, kengkadang kalau speed ok boleh jugak dpt sampai 80-180kB/s…..tp lately 20 cemtu je…hoho…thanks for sharing…
    so far aku ada gak pakai proxy ke apa yg org panggil PAW = proactive web filter…utk bantu atasi “connection close by peer”….

    :biggrin: :tongue:
    .-= HuRuL_AiNi´s last blog ..Payahnya hidup tanpa lelaki… =-.

  3. S.A Nik

    cube gune add on kat firefox

    name die Skipscreen

    download free acc dr rs sampai 100++ kbps

    try la

  4. Kill-Vearn

    owh ic… ada menda best utk melajukan torrent eh… bagus² neh… tapi aneh kan aku donlod torrent walau besar mana pon mesti cecah 100kb/s walau guna streamyx 1mbps… tapi kompom browser lembap tahap cipan…
    .-= Kill-Vearn´s last blog ..Kill-Vearn: iNove Mode =-.

  5. mrdzy

    tp kan…ak de prob la…x de ke software bypass yg portable?? kt lab aku tu semua die nk block..youtube, web proxy,nk install software n MAFIA WARS pon kene block..tenshion~

  6. NoName

    Tak mahu komen banyak. Aku tak paham sangat mender ni. Ingat dier guna ISP baru. Takat guna line sama sedia ada, apa beza dier?
    Harga pulak MAHAL TAHAP MELAMPAU. SEMI-ANUALLY jer dah RM155. Padahal aku TOP-UP RAPIDSHARE aku baru RM130 utuk SEMI-ANUALLY.

    • EiNS

      Beza dia yang ini untuk private browsing n downloading…kita bebas download, upload, atau buat pape je lah tanpa mendedahkan ip daripada dikesan…

      boleh gak bypass laman2 web atau services atau port yg dah kena blocked…kalau rapidshare free pun maybe vpnfreak boleh bypass (sesuai ntuk pengguna celcom bb yang share ip)…

      ntuk lebih info google ‘anonymous vpn’
      .-= EiNS´s last blog ..Twitter aku dah kena suspend? =-.

  7. DewaKematian

    Aku dah try,tapi takleh nak guna torrent lah pot kena block,aku tukar2 gak pot tapi still sama takleh nak buka..

  8. DewaKematian

    pot utk torrent tu,aku dah tukar tapi warna dia still kuning psl kena block,porftforward router tu apa ek,tak faham ler

  9. Khai

    Diorang pon ada send kat email suruh aku review pasal menda ni. Beserta dengan trial.. tak sangka plak dah ada artikel kat sini. Baru terbaca.

    Thanks bro…tapi aku blur sbb aku x buat test menyeluruh macam ko buat.. terbaek!!

    p/s: kekurangan bila blog ni x boleh dihighlight, adalah bila aku tulis komen ni, aku x leh nak edit ayat2 kat belakang.. ape lagi nak copy all before submit komen.. nasib la komen lepas masuk, kalau x sure aku ngamuk.. hehehe.. kalau salah taip pon nak betulkan, mmg x boleh.. melainkan backspace la semua balik.. hehehe
    .-= Khai´s last blog ..(Download) OST Ghost 8TV Season 1 dan 2 =-.

  10. Joe_Black

    aku siap da subscribe da vpnfreak ni..p xdpt guna..nasib baik sbulan ajer aku subcribe..bla try, fail jer..huhu…celcom2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>