Unifi – jalur lebar kelajuan tinggi daripada TM

Majalah9 - Eksplorasi Duniawi

email

unifi - high speed broadband by tmSemalam, TM telah pun melancarkan Unifi, iaitu jalur lebar kelajuan tinggi atau high speed broadband (HSBB). Jom kita tengok beberapa fakta mengenai Unifi ini.

 

Pakej

Kelajuan

Bandwidth

Bil bulanan

VIP 5

5 Mbps

60GB

RM 149.00

VIP 10

10 Mbps

90GB

RM 199.00

VIP 20

20 Mbps

120GB

RM 249.00

 
Pakej di atas adalah pakej untuk pengguna biasa sahaja; terdapat pakej lain untuk bisnes iaitu biz 5, biz 10 dan biz 20.
 
Seperti yang kita lihat, kelajuan yang ditawarkan oleh TM agak menarik kerana anda boleh dapat kelajuan hingga 20 Mbps, lebih kurang 20 kali ganda kelajuan streamyx 1Mbps yang ramai orang guna sekarang. Harganya pula tidak terlalu mahal, jika RM149 dan RM199 tu saya rasa ramai yang mampu pakai. Kalau untuk satu rumah kongsi bayar ramai-ramai la.
 
Akan tetapi, pakej VIP 5, VIP 10 dan VIP 20 ada limitasi dari segi bandwidth. Itu yang kurang seronok bagi pengguna tegar internet. Internet dah laju, kan seronok kalau boleh download macam2 file saiz besar, stream video HD dll. Setakat 60GB-120GB bandwidth tu sekejap sahaja boleh habis guna, lebih2 lagi jika pakai kat rumah sewa. Satu rumah 10 orang sekali pakai. Silap2 tak sampai sehari dah exceed bandwidth yang TM tetap ini.
 
Saya sendiri hairan kenapa penyedia internet di Malaysia meletakkan bandwidth yang terhad bagi pakej internet jalur lebar. Sepatutnya pengguna dah bayar mahal jadi boleh la guna buat apa sahaja, bebas tanpa sekatan. Kalau setakat nak buka facebook dan chatting ym rasanya tak perlu pakai sampai 20 Mbps, pakai 3g pun dah cukup.
 
Oh ya, Unifi buat masa sekarang boleh didapati di beberapa kawasan sahaja iaitu; Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar. Kawasan lain akan di-cover pada masa hadapan.
 
Ketika artikel ini ditulis, nampaknya TM masih mengemaskini website mereka, Unifi – http://www.unifi.my. Lain2 berita akan kami update lagi, itu pun jika berita itu menarik la.
 
edit: Nampaknya TM dah remove bandwidth cap untuk pakej home user VIP 5, VIP 10 dan VIP 20. Ini berikutan ramai rakyat Malaysia yang menyuarakan rasa tak puas hati berkaitan bandwidth cap melalui internet; twitter, facebook, blog etc dan juga melalui media mainstream.
 
Sekian ~ majulah broadband untuk negara ~

Users who found this page were searching for:

  • ape itu unifi
  • kelajuan downloan unifi 20mbps
  • maksud jalur lebar
  • best kelajuan unifi
  • promosi tm internet jalur lebar
  • berbaloi ke pakai unifi
  • kelemahan unifi telekom
  • danvip.biz
  • ubnt unifi
  • kelajuan tinggi broadband

Related posts:

  1. Streamyx no 1 di Malaysia, apa komen anda?
  2. Kelajuan Celcom Broadband 3.6Mbps !!!
  3. TIME Fibre Broadband dengan kelajuan 50 Mbps
  4. Cara set gambar lebar penuh di blog WordPress anda
  5. Reimage Pc Booster – Jadikan PC anda lebih laju daripada biasa

EiNS

Seorang yang sukakan IT, gila modding gadgets dan smartphone. Follow beliau di twitter @einztrigger kerana beliau seorang yang cool dan boleh juga baca blog EiNS.MY

19 Comments to "Unifi – jalur lebar kelajuan tinggi daripada TM"

Leave a Comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. Basic HTML code is allowed.

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: