May 9 / EiNS

Ulasan mengenai Windows 7 RC

windows seven

Windows 7 RC telah dilancarkan kepada public pada Isnin lepas, dan saya pula dengan segera  mendownload ISO installer windows 7 dari server microsoft. Memang dah lama saya tunggu microsoft release versi RC kerana saya tidak berminat mencuba versi beta sebelumnya. Download server sangat laju, nama pun server microsoft. Cool

Saya tidak terus install ke dalam hard disk, tetapi mencubanya menggunakan perisian Virtualbox terlebih dahulu. Spesifikasi laptop saya tidaklah “power” sangat jadi performance windows 7 yang sebenar tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh saya.

Semalam, saya nekad untuk mencuba windows 7 dengan menginstallnya kedalam hard disk laptop saya.  Proses installation berjalan dengan senang dan cepat, lebih kurang 15 minit sahaja. Saya buat dual boot, sekarang laptop saya ada dua OS iaitu seven dan xp. Tiada vista. Haha. Setelah berexperimentasi, ternyata performance Windows 7 RC sangat2 memuaskan. Love Struck

Windows 7 RC sangat ringan dan laju. Booting dan startup memang 4,5 kali lebih bagus daripada xp dan vista. Spesifikasi untuk menggunakan windows 7 pula tidaklah memerlukan komputer yang sangat canggih.

1GHz 32-bit or 64-bit processor
1GB of RAM
16GB of disk space (or 20GB for 64-bit users)
DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0 or higher driver

Anda juga boleh cuba Windows 7 Upgrade Advisor untuk menilai kebolehan komputer anda untuk menggunakan Windows 7 RC. Download Windows 7 Upgrade Advisor.

Laptop saya, Acer 4920 Intel Core 2 Duo 1.80Ghz, 2Gig Ram dengan chipset Intel GMA X3100 berjaya menggunakan windows 7 RC dengan lancar. Jauh lebih lancar dan laju dari ketika menggunakan Vista Ultimate. Base score hanya 3.4, mungkin disebabkan graphics intel yang kurang bagus.

windows seven 2

Windows 7 RC merupakan windows yang mempunyai antaramuka paling cantik setakat ini. Dari segi bootscreen, login screen, visual style, desktop dan wallpaper semuanya cantik.

windows seven 3

Superbar membolehkan anda group similar windows dengan teratur, hanya tekan pada preview windows untuk masuk ke active windows. Taskbar menjadi lebih teratur dan kemas, serta canggih.

windows seven 4

Windows 7 mempunyai banyak pilihan theme untuk digunakan. Anda juga boleh unlock regional theme seperti Afrika, US, Australia, Japan dll. Pelbagai pilihan wallpaper untuk digunakan malah terdapat fungsi slideshow dimana anda boleh set masa untuk setiap wallpaper itu ditukar kepada wallpaper lain. Anda boleh ubah warna theme dan juga set transparency.

windows seven 5

Explorer dan start menu windows 7 tidak mempunyai perbezaan ketara dengan windows vista. Jika anda biasa menggunakan vista maka anda pasti tidak mempunyai masalah menggunakan fungsi2 ini.

windows media player 12

Windows Media Player 12 jauh kelihatan lebih cantik, dengan sokongan transparency serta fungsi2 lain. Menariknya, saya tidak perlu install apa2 codec untuk memainkan format AVI contohnya menggunakan WMP12 ini.

driver magician

Selepas install windows 7, saya dapati semua driver saya berfungsi dengan baik tanpa perlu saya cari dan download kemudian install satu2 driver. Contohnya, graphics dan audio, serta wireless berfungsi terus selepas installation baru. Menurut pendapat pengguna lain, anda boleh gunakan driver untuk vista kerana ianya juga compatible dengan windows 7.

Untuk menyenangkan proses mencari driver saya menggunakan software Driver Magician. Refer post sebelum ini mengenai Driver Magician.

windows seven 6

Windows 7 mempunyai fungsi backward compatible, iaitu hampir 90% software yang boleh digunakan di XP dan Vista juga boleh digunakan di dalam windows 7. Perisian yang pertama sekali saya install tentunya ialah Mozilla Firefox. Lain2 perisian saya boleh capai melalui partition yang mengandungi windows xp.

internet explorer 8

Internet Explorer 8 merupakan browser default bagi windows 7. Memang laju, stable dan canggih berbanding IE7 dan IE6. Anda boleh pilih samada mahu menggunakan IE sebagai default browser atau install firefox atau chrome yang ternyata jauh lebih bagus. Hehe.

yurnero

Sokongan windows 7 keatas games juga dikatakan lebih baik. Setengah games akan berupaya run dengan higher frame rate dan better quality. Game pertama yang saya cuba dengan windows 7 ialah Warcraft 3: Frozen Throne. Main DoTA satu round, nasib baik boleh support kalau tak mesti boot windows xp kalau hendak main DoTA. Unstoppable Yurnero!!! Devil

Ulasan mengenai windows 7 mungkin akan ditambah lebih lanjut lagi di masa hadapan. Kawan2, readers sekalian apa tunggu lagi jom semua kita cuba windows 7.

Download Windows 7. Dapatkan activation key dengan mendaftar dengan microsoft. Percuma, tidak perlu bayar apa2. Anda boleh gunakan windows 7 rc hingga Jun 2010, setahun lagi tu. Ada pertanyaan tinggalkan sedikit komen ya!

Delicious
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Install Windows XP Mode di dalam Windows 7
  2. Tarikh pelancaran Windows 7 final dan download Vista Service Pack 2 (SP2)
  3. Bermain games Windows Vista dalam Windows Xp
  4. Cara format windows XP menggunakan pendrive
  5. Vista Screensaver Dalam Windows XP

>> Entri ini telah dibaca sebanyak 26,147 kali <<

229 Comments

leave a comment
  1. din / Oct 30 2009

    aku guna acer aspire 4810tz dan baru install windows 7 ultimate 64bit..tp network controller driver aku xdpt nak install..mane aku nak carik ye

    • cyberfly (384 comments.) / Oct 31 2009

      sesetengah driver tak support utk version 64 bit. kl still tak jumpa, nampak gaya kena tukar yg 32 bit la atau tunggu driver update :D

  2. awei / Dec 2 2009

    kalau dah download windows 7 dari laman web, lepas tu macam ne nak jadikan dia boot? masukkan dalam cd ke? minta instruction tok guru.

  3. saya jer... / Dec 5 2009

    salam…saya xfaham window 7 RC tu macam mana….
    saya ada guna window 7 skrg…tp pirate jela….
    apa gne RC tu? macam mana nak bt…leh tolong terang…sy betul2 xfaham…sy ada download window 7 upgrade advisor tu…tp tu untk ape?

    • EiNS (1226 comments.) / Dec 9 2009

      Windows 7 RC nie zaman dulu punya…skang dah kuar windows 7 final (oem)…upgrade advisor tu dia check komputer ko boleh guna windows 7 atau tak…
      EiNS´s last blog ..Tema baru di JomPHP My ComLuv Profile

      • saya jer... / Dec 11 2009

        ooo…mcm tu…baru fhm..kira skrg da ade baru..pirate boleh gune lg?
        then ingt nk buat dua bo0t…mana nk dapat driver Compaq CQ40-506TU…for xp…dah acari kt web compaq..tp xde…ade dua 3driver jer..yang lain xde…
        mana nak cari?

  4. jai / Dec 9 2009

    salam…aq pkai window7 ultimate,tp modem streamyx not compatible..cmne ek???

    • EiNS (1226 comments.) / Dec 9 2009

      Tak compatible? modem streamyx kena install ke? setau aku xyah…
      apa maksud x compatible nih be specific please :wassat: EiNS´s last blog ..Tema baru di JomPHP My ComLuv Profile

      • awei / Dec 13 2009

        betulla. win 7 takleh install modem zxdsl streamyx nye. fail. napa yek? :sad:

  5. fahmie / Dec 13 2009

    skrg sy guna beta..then macam mana nak convert ke RTM? kena convert RC dlu ker?
    macam mana? leh tunjuk step by step? n ape link utk download?

  6. missy / Jan 21 2010

    hai..nk tye sikit..
    saye hntr kedai untuk format n install window7..
    then, skrg lps install beberape program dah full kat hard disc..
    pki acer aspire 4720..
    tgk dekat programs ada ‘microsoft visual c++2008redistributable’ dan ‘microsoft visual c++2005 redistributable’
    sama ke 2 program ni?boleh buang salah satu tak?
    tq

    • EiNS (1226 comments.) / Jan 21 2010

      Ok, buang je…untuk normal user memang tak perlu pun visual c++ tuh

Trackbacks and Pingbacks

  1. Menambah efek2 cute kepada photo :) | EiNS Lobby
  2. Malaysian Computer Technical Blog: Sudahkah anda mencuba Windows 7?
  3. Tarikh pelancaran Windows 7 final dan download Vista Service Pack 2 (SP2) | JomPHP
  4. Kill-Vearn » Upgrade Windows 7 RC to RTM
  5. Windows 7 dan tips penggunaannya | JomPHP
Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:
OPTION: 1