Tutorial Unlock Processor AMD Phenom II

Jika anda berminat mencari processor baru yang bagus dan murah, saya cadangkan anda beli processor AMD Phenom II. Beberapa model processor AMD iaitu Phenom II X2 550, X3 710 dan X3 720 dikenalpasti sebagai berpotensi untuk diunlock menjadi processor AMD Phenom II X4. Pada harga sekitar RM350-RM450 anda sudah boleh menggunakan processor quad-core yang bagi saya sudah berbaloi sangat2.

Bagaimanapun, masih ramai yang belum tahu cara untuk unlock processor yang saya sebutkan di atas. Ada juga yang tahu tapi masih ragu2 mengenai risiko kehilangan warranti atau kerosakan hardware. Artikel ini akan menyentuh mengenai segala requirement, tips, tutorial yang perlu anda tahu jika anda berminat untuk unlock processor amd phenom II.

Requirement

– Processor AMD Phenom II X2 550, atau X3 710 dan X3 720. Saya cadangkan anda beli X3 720 kerana ia mempunyai lebih 50% peluang berjaya unlock.

– Motherboard yang menyokong fungsi Advanced Clock Calibration (ACC). Saya cadangkan anda beli Asus m4a785td-v evo.

– Perisian CPU-Z, Coretemp dan Orthos.

Peringatan

– Tidak semua processor yang berjaya diunlock menjadi phenom ii x4, jika berjaya maknanya nasib anda baik dan jika tidak jangan sedih. Pakai je triple core atau dual core.

– Ada processor yang berjaya unlock tapi tidak stabil, dalam kes ini anda terpaksa disable balik core yang diunlock dan gunakan default core bagi processor yang anda beli.

– Risiko di tangan anda sendiri! Untuk capai sesuatu kita kena sanggup tanggung risiko, macam saya yang sanggup mencuba unlock processor milik saya barulah dapat belajar macam2 perkara.

Unlocking Phenom II Processor

Tutuorial ini menggunakan processor AMD Phenom II X3 720 (2.80GHZ triple core) dan Motherboard Asus m4a785td-v evo. Pertama sekali, tutup komputer anda atau restart balik dan masuk bios.

unlock x3 720

Masuk advanced tab, dan tekan CPU configuration.

unlock x3 720

Cari advanced clock calibration. set kepada Auto.

unlock x3 720

Pada Unleashing Mode (dibawah Advanced Clock Calibration), tekan Enabled.

unlock x3 720

Selepas itu, save segala changes yang anda telah buat. Komputer akan direstart dan sila masuk semula ke dalam bios.

12122009495

Jika anda lihat yang processor anda telah bertukar menjadi AMD Phenom II X4, ini bermakna processor anda telah berjaya di unlock.

 X3 720 unlock

Ok, masuk ke dalam Windows pula. Jika anda gagal masuk windows seperti BSOD atau hang, itu bermakna anda perlu revert balik segala step di atas.

 X3 720 unlock

Cuba check device manager dan system properties anda. Sepatutnya ia sudah menunjukkan yang processor anda sekarang ialah Phenom II X4.

Ok, masa untuk program Orthos pula. Orthos ini nak test kestabilan core 0,1,2,3 processor anda dengan membuat stress test. Buka dua window sekaligus.

orthos

Set kedua-dua orthos tu dengan option seperti gambar di atas. Gunakan test Large-in place, stress more ram dan priority 9. SILA CLOSE semua program yang ada dalam komputer anda untuk mengelakkan HANG.

orthos prime

Ctrl+Alt+Del untuk membuka task manager. Cari processor orthos.exe, right click dan tekan set affinity. Pilih Core 0 dan Core 1. Untuk orthos yang satu lagi, set affinity kepada core 2 dan core 3.

orthos3

Setelah set processor affinity untuk menggunakan core 0,1,2 dan 3 anda tekan butang start pada Orthos. Biarkan orthos selama beberapa jam, lebih elok jika dilakukan pada waktu malam dan anda check balik pada keesokan harinya.

orthos4

Ketika orthos dijalankan, CPU Usage akan menjadi 100% dan anda dinasihatkan tidak membuat sebarang aktiviti lain dengan komputer anda. Jika Orthos menunjukkan FAIL itu bermakna processor anda gagal dan tidak stabil. Jika orthos masih berjalan even selepas beberapa jam, anda boleh assume yang processor anda telah berjaya diunlock. TAHNIAH.

CPU-Z

Gunanya CPU-Z ini nak check informasi mengenai processor anda. Screenshot menunjukkan processor yang telah dioverclock kepada 3400 MHz.

coretemp

CoreTemp pula perisian untuk memeriksa suhu processor anda. Jika processor anda terlampau panas ia akan menjadi tak stabil dan boleh crash bila2 masa. [Gambar dari google image]

Ok, saya harap anda boleh faham tutorial detail yang saya tuliskan ini. Saya menghabiskan banyak masa bagi mengolah ayat dan mengambil screenshot semata2 untuk artikel ini. Diharap dapat membantu anda semua yang berminat mengenai hal ini.