Biasa tengok video2 mengenai games di YouTube? Kebanyakan daripada video2 permainan komputer adalah dirakam menggunakan perisian ini iaitu FRAPS.
FRAPS boleh digunakan untuk rekod video ketika anda bermain games dan juga boleh mengambil screenshot ketika di dalam games. Anda boleh pilih untuk rekod dalam kualiti tinggi tetapi ianya akan memakan ruang yang besar di dalam hard disk anda.
Contoh video yang dirakam menggunakan FRAPS pada komputer saya :
Tutorial guna FRAPS
1. Download FRAPS daripada www.fraps.com. Fraps adalah perisian berbayar namun anda boleh dapatkan versi percuma tetapi mengandungi watermark pada video.
2. Install dan run dan FRAPS akan berada di taskbar windows.
3. Untuk setting rakaman video, saya cadangkan setting seperti di atas, 30 fps dan rakaman half size. Ini bagi memastikan video tersebut lancar dan tidak memakan ruang yang terlampau besar.
Namun, kalau PC anda berkemampuan tinggi maka boleh set kepada 60 fps dan juga full size.
3. Key asal untuk rekod video ialah F9.
4. Key untuk tangkap screenshot ialah F10. Anda boleh pilih untuk save dalam format BMP, JPG, PNG atau TGA. JPG dan PNG paling sesuai untuk anda pilih.
5.Selepas itu, kecilkan FRAPS dan kemudian masuk games PC yang anda hendak main dan rakam video atau tangkap screenshot.
6. Masa tengah berada dalam games, tekan F9 untuk rekod video dan F10 untuk ambil screenshot. Pastikan rekod jangan terlalu lama sebab boleh menggangu gameplay.
7. Video yang dirakam mempunyai saiz yang sangat besar, sekitar 1 gig untuk video dengna durasi 2 minit.
8. Untuk mengecilkan saiz video yang dirakam, boleh gunakan converter seperti Freemake Video Converter.
9. Video yang telah dirakam dan diconvert boleh diupload ke YouTube atau Facebook untuk dikongsi bersama.
10. Itu sahaja, sangat mudah dan cepat. Selamat mencuba !

woooo
senang lah mcm ni
assalam bro..
kalau nak amek screenshot masa boot screen tu camne plak?
tak pun masa kena BSOD macam yang bro buat untuk windows 8 tu..camne eh?
nak senang capture time boot screen or bsod tuh kalau guna vmware or virtualbox…
ntuk bootscreen gak bleh guna tool nih http://www.coderforlife.com/projects/win7boot/#Download
aku pakai bandicam kalau nak rakam video dari games.. woah!
ape spec pc ko eins? nmpk lancar je..
Knp x boleh tekan jpg ?
Ane udah coba pada PS2012 wah top abizz 100000 jempol Ente. sukses selalu
Ane udah coba pada PS2012 wah top abizz 100000 jempol bwt Ente. sukses selalu
thanks bro!!!add fb saya…jasamu dikenang… [email protected]
disini saya ingin share software secawan screen recorder http://semangkukcawan.blogspot.com/2013/05/secawan-screen-recorder.html
mudah dan pantas