Tutorial ini mengkhususkan cara untuk online, melayari web, chatting melalui ym atau msn, update facebook dan twitter dll menggunakan handphone anda. Asalkan handphone anda mempunyai fungsi 3G dan java, maka anda boleh menggunakannya untuk online.
Tak semestinya kena beli iphone atau blackberry yang harganya beribu2 tu baru boleh online, guna handphone murah pun boleh online lepas baca tutorial ini ya!
1. Data Plan / Mobile Broadband
Untuk melayari internet di handphone, anda kena langgan data plan atau mobile broadband yang menawarkan pelayaran tanpa had. Kalau tak, memang rugi lah sebab caj transfer data melalui GPRS/3G/HSDPA memang mahal melampau2 dan tak masuk akal. Jika anda pengguna Celcom, anda boleh menggunakan pakej broadband harian iaitu RM6 sehari atau pakej broadband mingguan iaitu RM20 seminggu. Untuk melanggan, dial *118# di handphone anda kemudian tekan pada celcom broadband untuk melanggan. Untuk pengguna Maxis pula, terdapat pakej broadband harian dengan caj RM8 sehari dan pakej broadband mingguan dengan harga RM25 seminggu. Untuk melanggan, anda boleh ikut cara2 di website Maxis Broadband.2. Mobile Browser
Pelayar web default pada handphone 3G anda biasanya tidak bagus dan perlahan. Oleh itu, anda perlu install pelayar web alternatif seperti Opera Mini. Opera Mini sangat laju biarpun anda menggunakan connection 3G atau Edge.
Untuk download Opera Mini, anda perlu buka default phone browser terlebih dahulu, kemudian buka adress m.opera.com, kemudian download dan install versi yang sesuai untuk handphone anda.
Selain Opera Mini, saya juga cadangkan anda supaya menggunakan Bolt Browser. Bagi saya, bolt browser jauh lebih ringan dan laju berbanding Opera Mini. Malah, bolt juga memaparkan website sebenar dan bukannya versi mobile.
Bolt juga mempunyai fungsi stream video youtube. Jika internet anda laju, cuba lah stream youtube menggunakan browser ini.
Untuk download boltbrowser, pada handphone anda, buka adress boltbrowser.com kemudian download dan install.
3. Web versi mobile
Web versi mobile jauh lebih ringan dan laju bila load. Oleh itu, jika melayari internet menggunakan handphone saya cadangkan anda buka sahaja web versi mobile. Tak semua web boleh dilayari dalam bentuk mobile, tetapi web2 besar seperti facebook, google dan yahoo ada menyediakan web mobile.
Untuk melayari facebook mobile, anda boleh ke m.facebook.com atau touch.facebook.com untuk handphone touchscreen.
Jika untuk bertwitter, saya cadangkan guna dabr (m.dabr.co.uk) kerana fungsi dan antaramuka dabr jauh lebih baik daripada mobile twitter.
Beberapa senarai website popular dalam bentuk mobile;
http://m.youtube.com
http://m.yahoo.com
http://m.google.com
http://m.gmail.com
Kebanyakan web versi mobile menggunakan subdomain m.
4. Java Apps
Install Nimbuzz di handset anda untuk berinstant-messaging dengan rakan2 YM, Skype, MSN, ICQ dll. Dapatkan nimbuzz di m.nimbuzz.com
Selain Nimbuzz, anda ada ebuddy, iaitu java client untuk instant messaging yang agak bagus juga. Download ebuddy di m.ebuddy.com
Snaptu pula merupakan java apps untuk social networking seperti facebook, twitter, flickr dll. Ia juga mempunyai fungsi rss feed reader.
Download snaptu di m.snaptu.com
Jika anda mempunyai handphone Symbian S60 v3 dan v5, Gravity adalah perisian wajib anda install. Gravity adalah twitter client terbaik untuk Symbian Phone. Selain twitter, gravity menyokong foursquare dan facebook serta google reader.
5. Situasi yang memerlukan anda online menggunakan handphone
- Rugi ada handphone 3G tapi tak guna pun 3G, nak video call pun jarang sekali…jadi guna la untuk online - Kalau handphone tiada fungsi GPS, boleh install google maps for java phone dan guna internet untuk cari direction atau location - Boleh baca latest update blog kawan2 atau blog JomPHP, langgan rss menggunakan feed reader di handphone anda - Kawan2 anda yang ada iphone dan blackberry menunjuk2 mereka boleh YM dan main facebook, Sebenarnya handphone anda yang berusia 3 atau 4 tahun lepas pun boleh juga YM dan facebook. - Anda sedang dalam perjalanan atau pegi bercuti kat tempat jauh contohnya dekat Pulau, sekiranya ada line phone maka anda boleh online menggunakan gprs sekurang2nya Akan tetapi, jika tiada keperluan sangat tak perlulah langgan pakej Data Plan, kerana membazir. Gunakanlah internet dan kredit handphone anda secara bestari. Jangan terlalu seronok online menggunakan handphone sampai kredit nak balas message awek atau member pun dah kering ya! Saya pula menggunakan handphone untuk online jika benar2 terdesak untuk menggunakan internet. Jika tidak perlu, lebih baik online menggunakan pc atau laptop, confirm lebih seronok. Selamat mencuba, nantikan tutorial2 yang lebih menarik di JomPHP.Users who found this page were searching for:
- celcom for nokia n8 configuration
- buka internet free di handphone
- celcom caj untuk twitter mobile
- cara guna nokia n8
- langgan internet di android
- tutorial 3g
- cara mendaftarkan plan internet di handphone maxis
- celcom nokia N8
- cara daftar pakej internet celcom mobile
- fungsi blackberry 3g
Related posts:




