Semalam kami ada membuat live update mengenai pelancaran Apple iPhone 5 dan kami menggunakan twitter timeline widget untuk kemas kini pantas live event tersebut.
Ini merupakan kali pertama kami membuat live update menggunakan Timeline Widget dan kami rasa ianya merupakan kaedah yang sangat convenient untuk semua.
Kelebihan Twitter Timeline Widget
- senang, cepat dan jimat
- sesuai untuk update pantas acara perlawanan bolasepak, acara pelancaran sesebuah produk baru mahupun konsert seperti Juara Lagu dan sebagainya.
- boleh digunakan di WordPress, blogspot serta mana2 platform yang menyokong javascript dan HTML
- interaksi dengan pengguna lebih senang dengan fungsi mention/tweet to
- timeline widget boleh memaparkan tulisan (text), gambar, video dan link
Tutorial memasang Twitter Timeline widget
- login akaun twitter anda dan akses kepada Twitter Widget
- anda boleh customize username, height, tema cerah atau gelap, domains dan warna link.
- selepas siap, tekan save changes dan copy code tersebut.
Contoh code twitter timeline widget.
- Seterusnya sila login ke dalam akaun WordPress, pergi bahagian Dashboard > Appearance > Editor > Footer.php dan cut paste code bermula daripada <script> sampai ke </script> sebelum penutup tag </body> .
- Untuk Blogspot, anda kena masuk Editor > HTML template > cut paste code bermula daripada <script> sampai ke </script> sebelum penutup tag </body> .
- Tekan save.
- Untuk memasukkan ke Twitter Timeline widget ke dalam blog, anda hanya perlu copy dan paste code ke dalam widget area atau post area.
Lihat contoh di bawah :
Cuba tekan preview…dan kalau sudah puas hati boleh terus publish.
- Untuk membuat update, anda boleh gunakan twitter web atau mana2 app twitter samada untuk komputer ataupun telefon pintar.
Menggunakan twitter web, anda boleh melihat interactions daripada pengikut twitter atau mereka yang mengikuti live update pada timeline widget tersebut.
Untuk event iPhone 5 semalam, live update kami mendapat lebih 300 interactions (mentions, RTs) dan juga ramai followers baru.
Kalau nak cuba timeline widget boleh lihat di post ini. Selamat mencuba!

terbaikk!!