Tutorial Jailbreak iOS 4.3.3 iPhone 4 menggunakan JailbreakMe 3.0

iphone 4 jailbreakme

Sebelum ini kami buat tutorial jailbreak iOS 4.3.3 pada iPad 2 menggunakan JailbreakMe 3.0. Kali ini pula tutorial jailbreak iPhone 4 iOS 4.3.3 kalau anda belum jailbreak menggunakan cara lama iaitu redsn0w dan sn0wbreeze.

Cara jailbreak ini sangat mudah dan tak sampai 5 minit boleh siap. Kudos kepada Comex, pencipta JailbreakMe yang sungguh genius sehingga mampu jailbreak iPhone tanpa perlu sambungan kepada PC dan download tools third party.


Panduan Jailbreak

1. Kena guna iOS 4.3.3. Sila update iOS dalam iPhone anda ke 4.3.3 menggunakan iTunes jika belum.

2.  Kalau Apple dah keluarkan iOS 4.3.4 sila jangan update dan anda akan kehilangan jailbreak untuk suatu tempoh yang agak lama.

3. Digalakkan membuat jailbreak menggunakan sambungan internet yang laju (wifi) dan bukan GPRS atau EDGE mahupun dial-up.

Cara Jailbreak iPhone guna JailbreakMe 3.0

iphone 4 jailbreakme 2

1. Masuk http://jailbreakme.com menggunakan browser Safari pada iPhone. Lepas tu tekan butang Install seperti di atas.

iphone 4 jailbreakme 3

2. Sila tunggu sekejap…Cydia akan diinstall.

iphone 4 jailbreakme 4

3. Cydia sudah selamat diinstall. Launch Cydia.

iphone 4 jailbreakme 6

4. Dalam Cydia, set kepada User dan Done.

5. ??? Siap sudah jailbreak. Masa untuk menginstall sources dan packages2 cydia apps ke dalam iPhone anda bagi menjadikan iPhone anda lebih best.